"Tyaaa! Tak tidur lagi? kamu ingat ni dah pukul berapa" jerit mak Senah.
Tya menoleh kearah jam kemudian menoleh kembali kearah maknya. "pukul 1:50 pagi" jawab Tya.
"Dah tu!" Mak senah.
"yelah orang tahu lah nak tidur. Mak ingat orang ni budak kecil ke!" Jawab Tya dengan nada yang kurang sopan. Tya mencapai earphonenya dan berlalu meninggalkan maknya di ruang tamu sendiri.
keesokan harinya...
"Kakak kakak kakak bangunn!" Mia.
"Ishhh apalagilah yang budak ni nak!" Panas hati Tya dek kerana adiknya melompat-lompat atas katilnya.
"bangunlah kakak dah pagi ni..ibu masak nasi goreng! Sedappp" kata Mia sambil melompat.
PANG!
Tya menampar adiknya sehinggakan Mia terjatuh di lantai. Mana tidaknya sudahlah dia berjaga sampai lewat malam tambah lagi adiknya yang nakal itu melompat di atas katilnya.
Mia menutup mulut dengan serapat-rapatnya. Air matanya mula mengalir sedikit demi sedikit. Dia tahu kalau dia menangis mesti kakaknya akan dimarah lagi oleh ibunya.
" kakak Mia minta maaf" kata Mia sambil tersedu sedu menahan.
" Apa minta maaf... ehh budak kau dengar sini eh.. kau tu dah lah menumpang je kat sini ..tah mana ibu kutip kau.. sedarlah diri tu sikit!".
jerit Tya sambil menunjal-nunjal kepala adiknya."Mia janji Mia tak buat lagi" Mia
"Lepas ni ibu kerja.. aku nak kau bersihkan satu rumah ni kau faham tak!" Tya menarik-narik rambut Mia.
" Mia dah kejut kakak.. mari makan!" jerit mak Senah dari dapur.
"Ye orang dah bangun!"Tya
" kau lap air mata kau sekarang!" Tya berlalu ke dapur meninggalkan Mia.
...........................
" wei tya aku dengarkan adik kau tu anak angkat!" tanya Zaza.
" haah.. dahlah aku malaslah nak cerita pasal budak sial tu" kata Tya.
" kenapa dia buat hal ke.. dia sakitkan hati kau?...aku dengarkan kalau budak bermasalah ni..selalunya anak luar nikah!" bisik Zaza.
" Wei.. betul jugakan!" kata Tya sambil tergelak." bonggoklah kau ni!".
"kannn.. kesian kau"kata Zaza lagi.
kringggg
...............
"Ibu orang dah balik!"Tya.
"Ibu takde rumah, pergi rumah maklong" jawab Mia sambil tengok rancangan kegemaranya di tv.
Tya pergi menghampiri Mia dan menutup tv. Dia teringat kembali apa yang dikatakan kawannya tadi.
"kakak kenapa tutup, mia nak tengok kartun". Mia
"tengok kartun? takde kerja lain ke pergi sapu lantai ni " Tya menjerit sambil kakinya menunjal-nujal kepala adiknya.
"tapi adik nak tengok sekejap je" rayu Mia.
Tya menghembuskan nafasnya dek kerana geram. Dia menarik rambut adiknya dan menyeret hingga ke dapur dan membaling penyapu lidi di muka adiknya.
Mia menekup mulutnya menahan sakit. Dia akur dan mengambil penyapu itu dan membawa ke ruang tamu.
" bagus!" kata tya lalu menuju je biliknya.
...........................
Tya duduk di pangkin sambil mengunyah jambu yang dipetik sebentar tadi. Seperti biasa dia akan scrol instagramnya untuk menghilangkan kebosanan.
YOU ARE READING
Cerita Seram Disney👸👻(CSD)
Short Story11 cerita dongeng Dan seram.? Not for children ....this stories not in your expected .. Cubalah baca Mana tahu suka.... Original from author no copied.. Have fun 😋