👩moana👩

485 56 0
                                    

Matahari mula meninggi.  sesekali ombak menghempas pantai. Tenang. Itulah kehidupan Dyana saban hari hidup di kampung. Dia memulakan paginya dengan mehirup udara segar di tepi pantai yang dahulu acap kali bermain ke situ bersama arwah kakaknya.

Setelah kakak kesayangannya mati Dyana tiada tempat untuk meluahkan kasih sayangnya. Dia tinggal bersama Nek Mar dari kecil dan kini nenek sudah kembali kepangkuan Nya.

Sewaktu Dyana habis SPM ,dia teringin untuk berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan memandangkan keputusannya tidak berapa baik.
Akan tetapi hasratnya ditegah oleh Nek Mar.

Tekadnya diteruskan setelah sebulan nek Mar mati.

............

Dyana menaiki bot untuk ke pekan dan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke seberang.

"Dik ni nama apa?.... nak buat ape kat bandar tu?... cari kerja ya? " bertalu talu soalan yang diberikan oleh pakcik bot.
"Saya  Dyana .... ya pakcik,saya ke bandar cari kerja "
"Oh, hati -hati sikit kat bandar, bahaya kalau berseorangan "pesan pakcik itu.Senyum.

" Baiklah pakcik"

Cuaca yang baik terus mendung apabila tiba di tengah perjalanan..
"Cuaca tak baik ni kita berhenti kat pulau terdekat lah ye "

"Okay" pendek saja jawapan Dyana .Dia mula berasa panas.Dia mengibas - ngibas baju kurung dan melepaskan rambutnya yang ikal mayang itu.

.........

Setelah sampai di sebuah pulau yang agak sunyi ,Dyana dan pakcik itu berteduh di sebuah rumah usang .

"Ade orang yang tinggal kat sini ke pakcik" tanya Dyana memandang persekitaran rumah itu.

"Ada dulu sekarang takde la.. mereka dah dipindahkan ke petempatan lain sebab ramai terkorban masa ribut melanda pulau ni " jelas pakcik itu senyum.

"Ohh ..mana pakcik tahu "
"Dulu pakcik tinggal kat sini dah lama dah ....pakcik duduk sini dari kecik sampai la kamu datang ni ha "

"Ohh ...pakcik boleh tak saya nak jalan -jalan kat sini ..jangan tinggalkan saya pulak"

"Boleh apa salahnya ...sementara tunggu cuaca reda...jangan risau pakcik ada je kat sini tak pernah pergi mana -mana"
Pakcik itu senyum lagi ke arah Dyana yang sudah jauh meninggalkan nya.

............

Dyana berehat di sebuah rumah nipah usang yang masih kukuh . 'teruk jugak ribut tu habis hancur rumah -rumah kat sini' bisik hati Dyana.

Akibat terlalu penat duduk di dalam bot , Dyana tertidur di rumah itu sehingga senja berlabuh.
jam sudah menunjukkan pukul 9 malam . Dyana terjaga dari tidurnya disebabkan bunyi katak yang bersahutan. Dia mengikat siput rambutnya yang serabai akibat tidur tadi dan terus keluar dari rumah usang itu .

" pakcik oh pakcik "
'mana pakcik ni kata nak teman sampai cuaca reda , ni sampai malam takkan hujan lagi kot'desis hati Dyana sambil menuju ke persisiran pulau itu.

"mana bot ,takkan pakcik tu tinggalkan aku ,.. aduhh" Dyana meringis kesakitan akibat tersadung ketika mencari pakcik bot tadi.

'ape bende ni ' detik hati Dyana melihat benda yang disadungkan sebentar tadi. Dyana menyapu- nyapu benda tersebut untuk menghilangkan pasir.

"AAaaaaaa!!" jerit Dyana dengan mata yang terbeliak .Dia melihat sekujur tubuh yang sudah reput sedang memakai cicin cincin batu akik yang berwarna hijau kekuningan .

"haa sini pon Dyana ...mana kamu pergi puas pakcik cari... " ujar pakcik itu bernada risau.

"errr pakcik tadi Dyana jumpa..." kata-kata Dyana terhenti apabila melihat pakcik bot itu memakai cincin batu akik yang sama dengan mayat yang sudah reput itu.Dyana mula menangis. Bulu romanya naik menegak. sungguh dia tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Dyana nak cakap apa tadi ..kenapa senyap je " pakcik bot itu memberikan senyuman yang boleh membuatkan sesiapa pun tidak boleh lelap apabila mengingatkannya.

"Pakcik rasa kamu nak beritahu sesuatu ..apa dia cakaplah"                                                                    Dyana menunduk tidak berani dia mahu memandang 'pakcik bot' itu.                                               "kamu dah tau ya " Dyana tersentak apabila bahunya digengam dengan begitu kuat.                       Amat menyakitkan.

dyana mula teringat tentang perbualannya bersama pakcik bot itu.

"Ohh ...pakcik boleh tak saya nak jalan -jalan kat sini ..jangan tinggalkan saya pulak"

"Boleh apa salahnya ...sementara tunggu cuaca reda...jangan risau pakcik ada je kat sini tak pernah pergi mana -mana"
Pakcik itu senyum lagi ke arah Dyana yang sudah jauh meninggalkan nya..

Dyana menepis tangan pakcik itu..dan tanpa befikir panjang dia berlari ke arah laut dan berenang selaju yang mampu..

1 Bulan kemudian.....

"pakcik bila nak sampai bandar ni......hahahahaha kelakarlah pakcik ni.....pakcik nak pergi mana tu jangan tinggalkan Dyana " jerit Dyana sambil menangis teresak esak.

"cik Dyana mari makan ubat dulu , nanti kita jumpa doktor ya" ucap jururawat .

'kau sana lah jangan kacau aku nak borak dengan pakcik...kan pakcik" tepik Dyana ....    


**************************

              Dyana ditemui oleh orang kampung di persisiran pantai kg kerang . Mereka membawanya ke hospital dan selepas beberapa hari Dyana tersedar dari tidurnya dan ketawa seorang diri.....



jangan la baca je vote skalii....

support story ni ....tQ yang sudi vote story tak seberapa ni ^^                                                                          sory min lambat update sibuk sikit dengan SPM ....

Cerita Seram Disney👸👻(CSD)Where stories live. Discover now