7 | Autumn In Our Ship

239 23 17
                                    

"Jagakan dia untuk aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jagakan dia untuk aku."

Daniel tersenyum sebak mendengar pesanan bekas adik iparnya. Dia tahu Asif masih dihantui rasa bersalah.

"Apapun yang berlaku, Tuhan yang takdirkan. Berhenti salahkan diri kau sebaliknya buatlah sesuatu untuk menjadi lebih baik."

Asif mengedipkan mata yang hampir kabur dengan air mata. Pasti Daniel faham, dia masih trauma ketika pulang ke rumah dan melihat Zaya terbaring tidak bergerak dengan darah yang banyak di baju dan lantai rumah mereka.

Malah, ketika dia membersihkan darah itu, tubuhnya menggigil hebat hingga akhirnya dia tersandar di dinding, menangis bagai orang gila. Terasa dia telah membunuh anak mereka sendiri.

"Tapi, kalau aku tak balik lagi dan ada someone..."

"Aku tak rasa dia akan ada 'someone' dalam masa terdekat ni. Kau tinggalkan kesan yang dalam di hati dia," tingkah Daniel, memberi jaminan.

Asif tersengih, menyembunyikan robek di hati.

"Aku baiki dan bina semula hidup aku. Ada rezeki, aku datang salam balik tangan kau," ucap Asif sambil tersenyum membentuk kerutan halus di hujung mata yang berkaca juga akhirnya.

🍁



"Yaya taknak jumpa dia? Flight dia esok."

"Taknak! Otak mana otak? Tak faham-faham!" Zaya mematikan panggilan.

"Marahnya. Gerun aku tengok," tegur Eja. Dihulur kopi ais pada kawannya itu.

"Rasa nak kokak je kepala Daniel tu. Asyik call dari tadi."

"Pasal apa?"

Zaya terdiam seketika. "Tak ada apalah."

"Terima kasih tau tolong aku kemas hari ni. Nanti aku buat open house rumah baru, kau jadi VIP eh?"

"Aku nak sudu emas tau," gurau Zaya. Mereka ketawa bersama.

Bunyi hon membingitkan telinga.

"Yes, lori terakhir dah sampai. Kau rehat kat sini. Biar abang aku kemas dengan pekerja dia."

"Okey," balas Zaya.

Dia mendekati sisir beranda, melihat mereka memunggah barang. Abang Eja merupakan pemilik syarikat kecil yang menguruskan pemindahan rumah. Oleh kerana Eja bakal berkahwin bulan hadapan, rumah untuk dia dan suaminya mesti disiapkan segera.

Murah rezeki Eja. Dia dan Asif dulu ambil masa hampir dua tahun barulah dapat merasa duduk rumah sendiri.

Ah, kenapa perlu diungkit kisah lama?

Tegukannya terhenti apabila terpandang sesusuk tubuh yang amat dikenali biarpun hanya dari belakang.

"Jangan pandang lama-lama. Nanti menyesal jadi single balik." Entah bila Eja berdiri di sisinya, mengusik.

"Kau tahu tu..." Bibirnya seakan membeku, sukar untuk diungkapkan nama lelaki itu.

"Cip, kan? Dah lama la dia kerja dengan abang aku. Part-time."

"Berapa lama?"

"Dari sebelum kau berpisah dengan dia lagi. Kau tak tahu ke?"

Melihat wajah blur Zaya, tahulah Eja kawannya itu memang tidak tahu menahu tentang hal bekas suaminya.

"Dia diberhentikan kerja awal bulan Mei. Lepas tu dia start buat part-time. Antaranya dia pernah jagakan gelanggang futsal, katering, angkat barang macam hari ni dan... itu je aku tahu. Itupun abang aku yang cerita sebab Cip tu gigih orangnya."

Zaya menggenggam mug di tangan. Maksudnya selama dua bulan Asif berpura-pura pergi ke ofis padahal...

Bertambah rasa teruknya diri sendiri dalam hati. Sudahlah dia baru dapat tahu hal sebenar malam kereta dia rosak yang menyebabkan lelaki itu tidak dapat menjawab panggilannya.

"Zaya..."

Zaya memandang Eja dengan wajah suram. "Aku isteri yang teruk, kan?"

Eja kelu, tidak tahu bagaimana hendak memujuk. Mug di tangan Zaya diambil. Dia menepuk bahu Zaya dengan lembut sebelum berlalu pergi.

Zaya kembali berpusing ke hadapan, memandang ke laman tingkat bawah yang luas. Dalam remang senja, mereka bertembung pandang. Lelaki itu seakan sudah lama berdiri memerhatikannya.

Angin berpuput lembut membawa dedaunan gugur kembali ke tanah, mengingatkan mereka pada perbualan terakhir mereka ketika di Quebec. Musim luruh yang membawa kedinginan di hati.

Kata Daniel, tiket penerbangannya dibayar oleh Asif kerana Asif memang sudah berniat untuk bawa dia bercuti ke luarnegara.

Dari bawah, Asif berdiri tegak dalam keadaan percaya dan tidak percaya, tidak berkedip memandang wajah Zaya walaupun kurang jelas kerana jarak yang agak jauh. Tidak menyangka doanya untuk memandang Zaya sebelum dia pergi melanjutkan pelajaran di luarnegara akan tercapai.

Wajah yang menyedarkan dia hakikat sebuah kehidupan, dan mengajar erti pahitnya sebuah perpisahan.

Rambut yang bergerak ditiup angin ditolak ke belakang. Sebuah senyuman diukir membentuk lekuk manis di pipinya.

Dia ingin Zaya tahu, mereka berdua patut merelakan semuanya dan teruskan hidup tanpa dendam dan sesalan. Kasih yang direnggut dari hati tak mungkin lenyap dalam sepurnama. Jejaknya tertinggal, mendalam dalam setiap helaan nafas.

Zaya tergamam melihat senyuman lelaki itu. Dia menggenggam kedua tangannya. Senyuman Asif bagai meruntuhkan semua rasa ralat, rasa bersalah, sesal dan kecewa dalam hatinya.

Seolah-olah lelaki itu ingin memberitahu bahawa segalanya akan menjadi lebih baik.

Tanpa sedar, untuk pertama kalinya selepas kehilangan bayi mereka, dia akhirnya kembali tersenyum.

Mereka berpandangan dalam bahasa bisu yang dibawa oleh angin senja yang masih berhembus tanpa rentak. Bersama memori musim luruh dalam lipatan takdir hidup mereka.

Sebuah kedinginan dalam keindahan.

🍁
Autumn shows us
how beautiful it is
to let things go.

Autumn in our ship.
🍁


Nota : Perkahwinan bukanlah sebuah kisah dongeng 'happily-ever-after'. Kalau korang nak tahu macamana diorang jumpa balik, boleh pergi ke buku Versus The Moon, tajuk Aku, Dia dan Memori.

Doakan saya supaya full version Asif-Zaya ni cepat complete 😶‍🌫️

Gabungan inspirasi prompt dan kisah benar.
Yang menangis,
Flizwn.

779 words
TOTAL WORDS : 4986
26.10.2020, 2241

Autumn In Our Ship (Completed)Where stories live. Discover now