Chapter 1

760 16 1
                                    

"BAK sini aiskrim tu" minta budak perempuan itu. Kasar

"Tak boleh. Ini saya punya" jawab budak lelaki itu. Suka suka dia je minta. Aku tak makan tadi kat sekolah semata mata nak beli aiskrim ni.

"Saya nak aiskrim yang kat tangan awak tu. Awak nak bagi ke tak?" minta budak perempuan tu lagi. Aku tak kira. Aku nak juga aiskrim kat tangan dia tu. Macam sedap je.

"Yuri, ini saya punyalah. Kalau awak nak, awak belilah lain"

"Taknak. Saya nak dekat tangan awak tu juga" bentak Yuri lantas cuba mengambil aiskrim dari tangan Luhan.

"Eh, janganlah. Ni saya punyalah" ujar Luhan sambil cuba melarikan aiskrimnya. Aksi tarik menarik berlaku diantara Luhan dan Yuri. Dan akhirnya...

"Ha, kan dah jatuh" ujar Luhan sambil merenung aiskrim yang makin mencair di atas rumput dengan pandangan sedih.

"Hah, padan muka. Saya nak, awak tak kasi. Bye" ujar Yuri lalu dia melangkah pergi.

"Oit!" sergah satu suara kuat tiba tiba.

"Oh, mak kau meletup!" latah Luhan. Langsung mematikan lamunan Luhan. Ye. Luhan lelaki yang melatah ye.

Suara perempuan yang gelak ala ala mengilai membuatkan Luhan berpaling ke belakang. Bibir diketap geram.

"Eh noona ni, tak reti nak bagi isyarat dulu ke ha? Suka sangat bagi orang terkejut" ujar Luhan sambil mengurut dadanya. Nasib aku tak kena heart attack. Kalau tak, mau rebah menyembam bumi. Tak sempat kahwin, omel Luhan dalam hati.

"Budak kecik berangan apa ha? Dari tadi dok mengelamun. Tahulah lagi sebulan nak kahwin" sakat Victoria dengan tawa yang makin surut. Tumpang gembira yang adiknya ingin menamatkan zaman bujang. Walaupun bukan dengan pilihan sendiri.

"Kahwin kahwin jangan sebut ha... perkataan paling digeruni sekarang ni"

"Lah... Apa pasal gedik?"

"Sape gedik? Pergi main jauh jauh lah gila. Shuhh shuhh..." balas Luhan sambil mengibas ngibaskan tangannya. Gaya menghalau.

Victoria yang melihat aksi Luhan pantas memulas telinga Luhan. "Ha... ambik kau. Main main lagi"

Budak ni suka betul main main. Orang tanya betul betul taknak jawab. Ni dah cukup sweetlah seorang kakak ingin mengambil berat akan adik lelakinya. Cewah, bebel Victoria dalam hati.

"Hoi, sakit lah! Berbisa betul. Kalau tercabut telinga, macam mana nak kahwin nanti ha? Jawab jawab" Sakit betul. Ni kena pergi hospital ni. Mana tahu kot patah tulang telinga aku ni ha. Tak pasal pasal turun saham aku nanti, omel Luhan dalam hati.

"Hah, tahu pun dah nak kahwin. So, cubalah serius sikit. Main main aje tahu. Kalau paderi tanya, kau kena jawab straight to the point tau. Tak boleh bengkang bengkok. Mau kena luku dengan paderi nanti" bebel Victoria.

Hambek! Cik Victoria dah mula membebel. Baik lari cepat. Kalau tak, mahu dua jam aku tak boleh lepas. Agaknya sebab dia kuat membebellah dia tak kahwin kahwin lagi. Semua lelaki lari. Hahaha! Luhan ketawa dalam hati.

"Ha, tu mengata aku dalam hatilah tu. Daulat tahu?"

"Hahaha! Tak tahanlah kau ni noona"

Aku agak dah. Kalau dah tertahan tahan mulut and terpegang pegang perut, mengumpat akulah tu. Nak kena budak ni. Nantilah kau, bisik Victoria dalam hati dengan geram.

"Luhan, Victoria... masuk! Apa buat tengah tengah malam duduk kat luar tu?" jerit Puan Lu dari dalam rumah.

Aisy. Omma ni kacau daun lah... baru nak balas dendam kat Luhan, desis Victoria dalam hati.

Luhan tersenyum sambil menaikkan ibu jari kanannya. Bukannya dia tak tahu yang noonanya sedang merancang untuk mengenakannya balik.

"Siapa last, tutup pintu" ujar Luhan dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Woi budak! Apa kau ingat ni zaman sekolah ke nak main macam tu? Luhan!" Jerit Victoria tak puas hati. Mana boleh. Mana aci!

"MORNING omma, morning appa" sapa Yuri di meja makan.

"Morning darling" balas Tuan Kwon.

"Morning all..." sapa Changmin yang baru tiba di meja makan.

"Morning..." serentak ketiga tiga beranak itu membalas sapaan Changmin.

"Tengahari nanti balik makan kat rumah" pesan Puan Kwon, mengingatkan anak anaknya. Dalam fikiran sedang menimbang nimbang lauk apa yang hendak disajikan pada tengahari nanti.

"Erk, omma..." panggil Yuri dengan suara meleret.

"Ha, ada lah tu. Apa dia?" Puan Kwon dah dapat menangkap helah anak daranya. Jangan main main. Sixth sense kuat ni.

"Harini Yuri ada lunch appointment kat luarlah omma... dengan klien, penting. Sorry..." ujar Yuri dengan suara manjanya. Fuh... fuh. Harap haraplah omma tak marah.

"Yuri lupa ye apa omma pesan? Setiap hari rabu, kan kena makan tengahari kat rumah? Yang Yuri buat appointment kat luar tu kenapa?" tanya Puan Kwon dengan pandangannya yang tajam menikam mata Yuri.

"Yuri lupalah... sorry. Kali ni je. Yuri janji ni yang last" rayu Yuri.

"Biarlah dia... Dah ada appoinment, nak buat macam mana?" ujar Tuan Kwon yang cuba meleraikan keadaan.

"Yelah... yelah. Kali ni aje tau? Lain kali kalau Yuri buat lagi, omma denda Yuri. Ni kenapa pakai baju kemeja? Mana blazer Yuri?" soal Puan Kwon lagi.

"Erk, Yuri... Yuri tak selesa la pakai blazer. Yuri kan kerja lasak. Buatnya terkoyak time Yuri kerja, tak ke ada free show nanti?" jawab Yuri.

"Hahaha! Opss" Changmin menahan gelak. Lawaklah adik aku sorang ni.

"Alasan. Kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih cik Yuri oii..." perli Puan Kwon.

"Dahlah... lepas kahwin nanti taulah dia nak berubah Puan Kwon, sayangku. Tak gitu Yuri?" ujar Tuan Kwon. Kesian pula dia tengok anak daranya yang seorang ni kena bebel di pagi hari dengan isteri tercinta.

"Hesy awak ni... ada aje nak menangkan Yuri ni. Sepatutnya, sekarang ni pun Yuri dan kena pakai pakaian yang elok elok sikit. Yang feminin sikit. Senang lepas kahwin nanti" bebel Puan Kwon lagi.

"Erk... Yuri pergi kerja dululah omma, appa. Dah lambat ni. Annyeong" ujar Yuri lantas menghabiskan coffee di dalam cawan. Lari woi lari.

"Nak lari la tu. Hurmmm... yelah. Pergi elok elok. Hati hati" ujar Puan Kwon.

Kahwin? Alahai. Bala bala... omel Yuri dalam hati.

Whatever it is, family comes first.

So Cheezy!Where stories live. Discover now