Chapter 6

243 10 1
                                    

LUHAN merenung Mrs Lu dengan pandangan mata penuh sayu. Minta perhatian dan simpati.

"Omma...." Suara Luhan mendayu dayu memanggil Mrs Lu yang sedang mengemas barang barang perkahwinan.

"Hurm" jawab Mrs Lu endah tak endah. Adalah benda yang budak ni nak minta. Dah mendayu dayu aje bunyinya.

"Tak kahwin tak boleh ke omma?" soal Luhan bersahaja tanpa memikirkan soalannya boleh memberikan impak yang besar kepada pesakit pesakit jantung. Nasib baiklah ommanya bebas dari penyakit itu. Sebab itu dia berani tanya. Kalau tak, memang tak beranilah nak ambil risiko.

"Apa Luhan ni? Tak nampak ke omma dah siapkan semua barang ni?  Its a big no to that baby" tegas Mrs Lu. Perkahwinan mesti diteruskan. Kad semua dah hantar. Saudara mara semua dah call nak datang.

"Tapi..."

"Tak ada tapi tapi, Luhan. Omma buat ni semua untuk Luhan. Bukan untuk orang lain. Luhan je anak lelaki yang omma ada. Tak ada yang lain" potong Mrs Lu sambil merenung mata anaknya.

"Erk? Alah, omma... suruhlah noona kahwin dulu. Kenapa Luhan?"

"Suka hati omma lah"

"Mana boleh suka hati omma. Hati Luhan tak suka macam mana?"

"Lama lama sukalah tu"

"Tapi omma..."

"No tapi tapi Luhan. Dah. Tolong omma angkat barang ni masuk bilik" arah Mrs Lu sekali gus mematikan niat Luhan untuk bersuara.

Luhan mengeluh. Serabut otaknya. Lagi beberapa hari aje dia nak kahwin. Tak pasal pasal hilang title bujang dalam dirinya.

"Menung apa lagi tu? Cepat hantar masuk bilik" tegur Mrs Lu.

"Yelah... yelah" Luhan menapak perlahan lahan menuju ke tangga. Takde semangat.

"Luhan! Cuba semangat sikit buat kerja. Apa lemah gemalai omma tengok Luhan ni? Lagi tiga hari aje Luhan nak kahwin tau?" Mrs Lu dah mula membebel. Budak nilah kan... kena juga kejap lagi. Kena push sikit. Kalau tak, sampai depan paderi macam ni.

"Hmm..." Luhan masih tidak memberi respons. Masih dengan gaya tak semangatnya. Kaki pun diseret.

"Luhan, kalau Luhan buat macam tu, malam ni juga Luhan kahwin" gertak Mrs Lu menahan geram.

"Mana boleh macam tu" bidas Luhan. Terus dipalingkan kepalanya menghadap Mrs Lu.

"Boleh aje"

"Mana boleh. Yang kena kahwin tu Luhan"

"Eleh"

"Hmmm merepek je omma ni"

"Dah. Jangan banyak soal. Hantar semua ni masuk dalam bilik Luhan cepat. Semangat sikit" arah Mrs Lu dengan tegas. Sebenarnya nak membendung kesalahan sendiri.

Luhan oh Luhan. Terima je lah dengan apa yang jadi. Buat buat berlakon bersemangat depan omma. Dalam bilik nanti kau nak menangis tertonggeng tonggeng pun takpe, Luhan mengeluh dalam hati.

"Yes, boss!" ujar Luhan dengan bersemangat. Berlakon. Semangat ni aku panjat tangga.

"Ahhh!" jerit Luhan tiba tiba.

"Ha, itulah. Buat kerja tak ikhlas. Kan dah dapat balasan. Nasib baik bukan esok nak kahwin. Kalau tak, senget sebelah aje Luhan jalan nanti" bebel Mrs Lu sejurus melihat anaknya terduduk di atas tangga. Nasib baik barang yang dipegang tidak terjatuh. Masih kukuh dalam pegangan Luhan.

"Omma ni, orang tengah sakit ni. Tolonglah dulu. Kejap lagi bebellah balik" ujar Luhan sedikit merajuk. Omma ni tak kesian ke kat anak dia ni?

"Ha, mulalah tu. Cakap sikit nak merajuk. Hesy... tunggu situ. Omma ambil first aid" Arah Mrs Lu dan pantas berlalu mengambil first aid.

Sayang juga omma kat aku rupanya. Hihihi! Adoi, sakitnya kaki. Ni mesti sebab malang kena kahwin dengan minah tu. Nasib... nasib, rungut Luhan dalam hati.

"UHUK... uhuk!" Yuri tersedak. Adoi, peritnya tekak. Siapalah yang duk mengumpat aku time tengah makan ni ha? Air... air! Yuri pantas mendapatkan air. Tersedak sambal wei. Mahu tak merana tekak?

"Hah!" sergah Changmin tiba tiba.

Burrr. Malang lagi... Makan, tersedak. Minum air, tersembur.

"Apa oppa ni? Tak nampak ke orang tengah minum air ni?" marah Yuri sambil mengelap mukanya. Double malang aku malam ni.

Changmin tergelak. Lepas beberapa saat ketawa, dia masuk mood serius.

"Yuri ni tak reti reti nak tolong orang kat depan tu ke ha? Selamba dia aje duk melantak kat dapur sorang sorang" Changmin dah masuk mood membebel. Hai la... adik aku sorang ni. Nak kahwin lagi tiga hari, tapi boleh buat selamba badak dia je.

"La la la... Tak dengar, tak dengar" ujar Yuri main main. Lantaklah. Bukan aku yang nak sangat kahwin. Ni pun terpaksa jadi pelakon terhebat depan saudara mara yang ramai kat depan tu.

"Kalau ya pun tak suka dengan perkahwinan ni, janganlah biar omma buat sorang sorang. Malu kat sedara yang datang. Hesy, Yuri ni... trust me. Yuri akan bahagia nanti" nasihat Changmin dengan lembut. Yuri ni kena main psycho sikit. Kalau tak, keras macam batu aje hati dia.

"Ha! Ha! Ha!" Yuri gelak sepatah sepatah. Huh, bahagia konon. Dengan si mamat anak mak tu? Tak mungkin!

"Kenapa? Tak percaya? Tengoklah nanti..." ujar Changmin. Ini Changmin lah. Sixth sense yang omma turunkan kat aku kuat tau. Satu hari nanti Yuri dengan Luhan akan bahagia punya. They just need to try.

Tanpa mengendahkan kata kata oppanya, Yuri pantas melarikan diri keluar dari dapur. Cakaplah apa apa pun oppa. Taknak dengar.

"Hah, tu nak kemana pula tu? Oppa tak habis cakap lagi ni. Suka sangat mengelat" tanya Changmin sejurus melihat Yuri sudah menuju ke pintu dapur. Cakap sikit mengelak. Keras hati betul adik aku ni.

"La... tadi suruh orang tolong omma. Orang nak pergi tolonglah ni. Banyak bunyi pulak. Sekeh kang" jawab Yuri geram.

"Oh, ek? Sorry... sorry. Pergilah. Oppa izinkan" ujar Changmin sambil tersengih. Lantas dia berlari lari anak ke arah Yuri. Sempat ditarik tocang Yuri sebelum melarikan diri.

"Oppa!" jerit Yuri.

Puan Kwon yang berada di ruang tamu bersama auntie auntie Yuri menjegilkan mata kepada anak anaknya. Suka benar buat kecoh budak dua orang ni.

Menyerah bukan bermakna kalah. Tapi hanya untuk meneruskan hidup.

So Cheezy!Where stories live. Discover now