Chapter 3

356 13 0
                                    

MATA Luhan mengecil memandang kedua dua orang perempuan di belakangnya. Dalam fikiran menimbang nimbang sama ada ingin menegur atau tidak. Akhirnya, Luhan mengambil keputusan untuk menegur.

"Yuri?" sapa Luhan pada perempuan berskirt hitam.

"Nope. Not me. She is Yuri" jawab perempuan itu sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah Yuri yang duduk dihadapannya.

Yuri tarik nafas dalam dalam dan sejurus itu dia berpusing ke belakang. Memandang Luhan dengan muka tiada riak. "Yes, anything?"

"Errr... hai" ujar Luhan tergagap gagap. Mana tak gagapnya? Dah berapa puluh tahun tak bertentang mata. Tiba tiba terjumpa macam ni. Mahu tak ketar? Dalam masa yang sama, mulutnya dah ternganga melihat si gadis yang makin cantik di hadapannya.

"Kut ye pun, tutuplah mulut tu, bro" tegur Sehun. Terasa lucu melihat reaksi kawannya itu.

"Hurm..." balas Yuri lantas berpaling. Dia mengemas segala jenis fail di atas meja, bersedia untuk bergerak balik ke pejabat. Dah nak habis waktu lunch.

"Yuri, wait!" panggil Luhan. Malangnya, Yuri sudah keluar dari pintu restoran. Hesy, sombongnya bakal isteri aku ni!

"Ha... itulah kau. Duk ternganga aje dari tadi. Kan dah terlopong..." ujar Sehun.

Luhan buat buat tidak dengar dengan apa yang dicakapkan oleh Sehun. Otaknya hanya memikirkan gadis yang baru kejap tadi hilang daripada pandangan. Macam mana nak hidup dengan minath sombong macam tu? Tapi... dia makin cantik.

"Dia cantik..." bisik Luhan tanpa sedar.

Sehun tergelak kuat. Dah sudah. Ada potensi untuk angau si Luhan ni. Itu baru sekejap jumpa bakal isteri. Tak sampai sepuluh minit pun.

"Apasal kau gelak kuat sangat ni? Nak ajak satu restoran ni join gelak sekali ke?" sindir Luhan. Dalam masa yang sama matanya meliar melihat sekeliling restoran. Adalah juga dua tiga pasang mata duk pandang mejanya dan Sehun. Tak tahulah sama ada kerana gelak si Sehun yang kuat ataupun ingin mencuci mata dengan ketampanan dirinya dan Sehun. Perasan!

"Boleh juga ajak diorang join aku gelakkan kau. Seorang bakal suami angau dengan bakal isterinya sendiri" sakat Sehun.

"Banyaklah kau. Tapi rasanya tak salah pun kalau aku angau, kan? Bakal isteri aku juga. Bukan bakal isteri kau" bidas Luhan sambil tersengih.

"Dah, sudah. Tak payah nak angau dekat sini. Kau taknak masuk klinik ke? Dah pukul dua ni. Tahulah klinik sendiri. Kalau ye pun, kesian dekat kawan kau ni, kerja makan gaji" kata Sehun dengan nada sedih yang sengaja dibuat buat.

"Makan gaji dengan company atuk sendiri?'

"Makan gajilah tu. Company atuk aku yang bayar gaji aku" ujar Sehun tak mahu kalah.

"Apa apalah Oh Sehun oii" balas Luhan lantas bangun daripada kerusi dan diikuti oleh Sehun.

Sampai di hadapan kaunter, Luhan memandang Sehun. Sehun pandang Luhan. "Bayarlah"

Cik adik di kaunter dah tersengih sengih.

"Aku pula?" tanya Luhan.

"Awaklah. Saya kuli aje" balas Sehun mengusik lalu tangannya menyeluk poket belakang. Dompet jenama Gucci dibawa keluar. Baru aje nak hulur duit, dah kena tepis.

"Tak payah. Aku dah bayar. Lambat sangat kau keluar duit" ujar Luhan lantas berjalan keluar dari restoran menuju ke keretanya.

"Ceh... Trimas" ucap Sehun lantas masuk ke dalam keretanya.

Luhan mengangguk dan masuk ke dalam keretanya juga setelah mereka  bersalaman. Enjin kereta dihidupkan. Hon dibunyi dan tangan diangkat tanda selamat tinggal kepada Sehun.

YURI memberhentikan kereta di kotak parkir yang memang  telah disediakan untuknya. Fikiran melayang pada kejadian di restoran sekejap tadi. Macam mana boleh terjumpa pula dengan bakal suami hari ni?

"Boleh pula mamat tu seru seru nama aku. Yu... Yu... Yu" ngomel Yuri sendirian. Nak tergelak juga dia dengan aksi Luhan tadi. Nampak sangat berusaha nak ingat. Duk Yu... Yu.... Yu... Hahahahahaha lawak lawak.

Disebabkan dah tak tahan  nak tergelak terus dia menyampuk, menyebut namanya. Kwon Yuri. Itu pun sebab Miss Christine, kliennya macam tak senang dengar suara Luhan yang tergagap gagap nak ingat nama Yuri. Dahlah gagap, kuat pula tu. Orang nak bincang pun susah.

"Dah nampak berkarisma pula mamat tu" ucap Yuri sendirian. Memang. Luhan nampak berkarisma dengan baju kemeja yang cukup sesuai terletak dibadannya. Dengan lengan baju yang dilipat sehingga ke siku, sungguh menarik gayanya.

"Hesy, Yuri... apahal kau teringatkan mamat tu pula? Kerja woi kerja" Bebelnya sendirian  dan pantas  Yuri menepuk perlahan pipinya. Beg tangan di tempat penumpang  diambil dan terus dia keluar dari keretanya. Kerja di pejabat tak habis lagi, masalah lain tolak tepi dulu.

So Cheezy!Where stories live. Discover now