Chapter 2

415 11 0
                                    

"GOOD morning, doc" sapa Eunji si kecil molek. Senyumannya melebar melihat penampilan Luhan. Baju kemeja yang terlekat kemas  di tubuh berserta tali leher yang sepadan amat menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Huh, Eunji! Ingat tunang kat China tu woi.

"Morning Eunji. Sihat hari ni?" tanya Luhan dengan mesra. Dengan pekerja wajiblah mesra, bukan? Barulah disenangi dan dihormati.

"Baik je... Doctor pulak nampak happy aje hari ni. Ada apa apa ke? Doctor nak kahwin ye?" usik Eunji.

"Eh, mana awak tahu ni?"

"Ha? Betul ke doctor nak kahwin? Betul?" tanya Eunji teruja. Kalau betul, baguslah. Bukannya apa, Doctor Luhan ni nampak macam tak berminat dengan perempuan. Bukan sekali dua perempuan datang memikat, tapi semuanya dibuat endah tak endah je. Tak tahu nak kesian kepada perempuan perempuan tu ataupun Luhan.

"Err... yelah. Lagi sebulan. Tapi, kenapa awak nampak macam teruja sangat ni?" soal Luhan. Pelik. Kenapa pulak dia yang excited sangat dengar aku nak kahwin?

"Takde apa apalah. Suka dengar doctor nak kahwin. Mana kadnya?" tanya Eunji. Gila. Takkan nak bagitahu doctor yang aku ingat dia gay? Mahu kena inject ubat bius nanti.

"Kad?" Err... ada dekat rumah tu ha. Esok saya bagi awak. Okeylah, saya masuk bilik dulu" ujar Luhan, pantas meminta diri. Tak mahu berlama lamaan bersembang dengan Eunji.

Bukannya apa... Kad kahwin pun aku lupa letak kat mana. Hari tu omma ada bagi. Bawah katil kot? Mampuslah kalau omma terjumpa. Harap harap omma tak buat spotcheck mengejut dalam bilik bujang aku tu.

"BRO, apasal muka macam kucing hilang anak ni?" tanya Sehun. Dari tadi sebenarnya dia memerhatikan Luhan. Masam macam nasi basi.

"Aku nak kahwin..." ujar Luhan mendatar.

"Uhuk... uhuk... uhuk!" Sehun tersedak kuat. Aku dengar perkataan kahwin ke tadi? Adoiii... sakit dada aku.

"Amboi, teruknya kau tersedak?" perli Luhan. Bubble Tea milik Sehun  dihulurkan.

"Kahwin?" tanya Sehun selepas menyedut airnya.

"Yalah. Kahwin" tekan Luhan lagi. Buat buat tak dengar pula aku cakap. Sekeh kang kepala tu, baru tahu.

"Serious?" tanya Sehun lagi.

"Ya... Kad pun dah siap. Cuma aku tak edarkan je lagi" jawab Luhan. Kenapa susah sangat budak ni nak percaya yang aku nak kahwin? Musykil ni.

"Yes. Congrates bro" ucap Sehun. Dia tumpang bahagia. Lepas ni tak ada lah orang cakap si Luhan ni gay.

"Hurmmm... eh, aku nak tanyalah. Apesal kau nampak terkejut gila bila aku cakap aku nak kahwin? Tadi Eunji, ni kau pula? Musykil aku"

"Errr... takde apa apalah. Suka aje aku dengar kau nak kahwin. Cuma terkejut sikitlah. Tak pernah pernah aku nampak kau keluar dengan perempuan. Ingatkan kau tak minat dengan perempuan. Tup tup nak kahwin dah. Pandai kau simpan ye?" ujar Sehun.

"Wait! Kau cakap aku apa? Tak minat dengan perempuan? Oh, sebab nilah kau terkejut ya? Eh, entah entah Eunji pun fikir aku tak minat perempuan. Tu yang dia pun terkejut tadi" ujar Luhan tak puas hati. Tak boleh jadi ni. Aku yang manly ni dikatakan tak minat perempuan?

"Eh, apa pulak? Tak adalah. Mana ada aku fikir macam tu. Takde... takde..." ujar Sehun sungguh sungguh sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

"Ah, kau. Macamlah aku nak percaya"

"Siapa pengantin perempuan kau?" tanya Sehun, cuba menukar topik. Bukan dia tak tahu, Luhan akan terus bertanya selagi dia  tidak mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.

"Huh? Pengantin perempuan?"

"Yelah... pengantin perempuan. Takkan kau nak kahwin dengan pengantin lelaki kot" usik Sehun lantas ketawa besar.

"Ceh, ada pula macam tu. Ni pilihan omma dengan appa aku. Member masa kecik dulu. Actually, bukan member. Tapi lebih kepada memsuh" balas Luhan.

"Memsuh? Apa tu? Kuih ke?" soal Sehun dengan dahi yang berkerut.

"Banyaklah kau punya kuih! Member campur musuhlah!"

"Uit? Musuh? Menarik ni. Macam mana boleh jadi musuh pulak?" tanya Sehun ingin tahu. Pinggan yang sudah licin ditolak ke tengah.

"Entah" balas Luhan sepatah.

"Entah? Macam mana boleh entah? Mesti ada sebab kenapa kau jadi memsuh dengan dia?"

"Ah, malas aku nak cerita. Buat malu je"

"Ha, aku macam dapat teka aje. Kalau tak kau yang buli dia, mesti dia yang buli kau kan? Tapi aku rasa dia yang buli kau ni..." ujar Sehun. Tengok pada gaya Luhan, memang sah dia yang kena buli.

"Erk..." Luhan terkedu. Heh, mana pula si Sehun ni tahu aku yang kena buli. Dah tergagap gagap, resah semacam. Luhan... Luhan...

"Dah... Sudah. Baik kau diam sebelum aku ketuk kau dengan garpu ni" gertak Luhan. Mukanya dah terasa panas. Siaplah kau perempuan. Aku buli kau balik lepas kahwin nanti, ujar Luhan dalam hati.

"Lawaklah kau Luhan. By the way, apa nama minah tu?" tanya Sehun, sedaya upaya dia menahan gelak. Sudah Sehun sudah. Kesian pula tengok muka Luhan yang merah menahan malu. Tapi, betullah... lelaki yang kena buli? Adoiii...

"Apa ek nama dia?" soal Luhan kembali.

"Hoi, nak aku ketuk kepala kau baru kau nak ingat ke?" ujar Sehun geram. Boleh pula dia tanya aku balik?

"Alah kau ni... janganlah marah. Kalau tak silap, nama dia, Kwon... Kwon Yu... Yu apa, ha?"

"Yu apa? Kau ni nama bakal isteri sendiri pun tak lepas.  Macam mana nak kahwin?

"Sabarlah... aku nak ingat balik lah ni. Yu apa eh? Yu... Yu..." Jenuh Luhan cuba mengingati nama minah tu.  Alahai. Yu apa ha?

"Yu apa?!" gertak Sehun. Budak ni  kena kasi gertak sikit. Baru lancar percakapan dia.

"Yu Jin!"

"Yu Jin?" ulang Sehun.

"Eh, bukan rasanya..." ujar Sehun ragu ragu. Macam bukan Yu Jin. Nama minah tu macam lembut je. Tak padan langsung nama dengan perangai dia. Huh!

"Yu apa ha?" tanya Luhan lagi dengan dahi yang sudah berkerut seribu.

"Yu apa? Dari tadi Yu, Yu" bebel Sehun. Geram pula dengan Luhan ni. Dari tadi tak ingat nama bakal isteri sendiri. Nampak sangat terpaksanya.

"Aku lupalah bro. Yu Jin? Eh, bukan" sangkal  Luhan lagi. Sampai terpejam pejam matanya mengingatkan nama si bakal isteri.

"Kwon Yuri..."

"Ha... Kwon Yuri. Terima kasih" ucap Luhan lalu matanya terus terbuka. Terima kasih la Sehun sebab kau ingatkan aku nama bakal isteri aku tu ha. Eh, tapi kenapa lembut semacam aje suara si Sehun ni? Takkan sebab tersedak tadi terus bertukar suara?

Sehun pantas menjengukkan kepalanya di belakang Luhan sebaik sahaja terdengar suara lembut itu. Seorang perempuan berkemeja belang belang itu menarik perhatiannya. Kalau tak silap, perempuan tu yang bersuara tadi... tapi macam mana dia boleh tahu nama bakal isteri Luhan pula?

"Eh Sehun, kau dah tahu nama dia, kau tanya aku lagi buat apa? Dan sejak bila suara kau ayu semacam?" tanya Luhan sambil mengerutkan dahinya.

Eh jap! Bukan Sehun ke tanya aku nama minah tu? Kalau Sehun dah tahu, takkan dia tanya aku. Dan bila masa pula suara Sehun macam perempuan? Sakit tekak ke?

"Bukan akulah sengal! Agak agaklah suara aku nak bertukar macam tu sekali. That girl yang kat belakang kau yang bersuara tadi" ujar Sehun sambil jari telunjuknya menunjuk ke belakang Luhan.

Pantas Luhan menoleh. Terdapat dua orang perempuan berpakaian formal. Seorang berkemeja belang belang dan seorang lagi berblazer. Yang pasti, perempuan yang duduk membelakangi dirinya langsung tidak berpaling. Siapakah?

So Cheezy!Where stories live. Discover now