C18

528 92 41
                                        

Selepas beberapa minit Mashiho dan Hyonju membuat tugasan untuk membersihkan lantai gelanggang akhirnya Mashiho mula berganjak untuk mendekati Hyonju kerana dia ingin menyuruh untuk Hyonju berhenti memandang sudah 20 minit mereka mopkan lantai tapi niatnya terbantut tatkala melihat ke arah Hyonju yang sedang bertungkus-lumus menyelesaikan tugasannya

Matanya mula terpanah melihat kerajinan Hyonju . Mindanya pula menerawang mengingati ibunya yang sudah lama meninggalkannya dengan sebuah penyesalan

"Senpai" dalam pada masa yang sama Hyonju telah menyiapkan kerjanya dan memandang ke arah Mashiho . Lambaian diberikan oleh Hyonju tapi tidak diendahkan

"Omma" Mashiho memegang kepalanya . Memori gelap mula menghantui diri Mashiho

"Mashiho senpai! Saya dah siap mop lantai ni" Hyonju berlari mendekati Mashiho

"Hyonju hati-hati li-"

Dan

Buk!

"Licin.." kata Mashiho perlahan

Hyonju jatuh terduduk diatas lantai

"Ahahah takpe senpai saya ok" sengih Hyonju

Mashiho menghulurkan tangannya dan disambut oleh Hyonju

"Lain kali jangan tolong aku"

"Saya nak tolong juga" Hyonju tetap berkeras , bibirnya diketap rapat

Mashiho merenung wajah Hyonju seketika sebelum membuka jaket sekolahnya

"Serius kalau kau berkeras nak tolong aku lagi , 1 minggu kau tak nampak muka aku kat sekolah ni" ugut Mashiho sambil mengikat jaket miliknya itu dikeliling pinggang Hyonju supaya basah yang berada diskirt Hyonju tidak kelihatan

"Sen-senpai" Mashiho yang menyedari perbuatannya itu terus berdehem dan menjauhkan dirinya dari Hyonju

"Makaseh sebab tolong aku" kata Mashiho sambil memandang ke tempat lain

"Eh takpe lagipun baru separuh gelanggang je kena mop bahagian hadapan pun belum bersih lagi" sengih Hyonju

"ya nanti aku bersihkan, kau bolehlah balik kelas lagipun kau ada kerja yang lain lagi kan?"

"Ohya! Waktu rehat pun dah habis. Mesti kawan sepasukan senpai datang . Saya pergi dulu nanti dorang pandang kita dua lain pula ,nanti dorang sangka kita couple" panik Hyonju , dia cepat-cepat ke pintu keluar

Mashiho hanya membiarkan Hyonju pergi

.........

Yume P.O.V

"Asahi betul lah apa yang kau cakap, Mashiho memang lalu library masa nak pergi gelanggang , nasiblah sempat aku bawa Hyonju pergi sana fiuh" terujaku sambil duduk dihadapan Asahi dan Haruto

"Aku kan hebat"

"Hebat-hebat" Setujuku

"Baru pula aku nampak korang sekepala" ujar Haruto sambil mengacau-gacau minumannya

"Of course ni demi Mashiho dengan Hyonju" balasku

"Yume kau tak tau ke-"

Dan secara tiba-tiba Asahi menarik tanganku membuatkan Haruto mematikan kata-katanya

"Oi" lantas aku menepis tangan Asahi

"Kau tau tak ramai orang kat kantin ni" geram ku

"Nanti dorang fikir lain lagisatu aku ni dah skip pembersihan kelas pastu semua senpai-senpai kat kantin ni tengok kita tambah lagi kau pegang tangan aku"

"Bibir kau comel" habis satu muka aku rasa merah bila Asahi kata macamtu

"Ka-kau eish" lantas aku berdiri dan meninggalkan mereka berdua

"Asahi tak sangka kau gentle" pujian yang lebih kepada perlian itu diberikan kepada Asahi oleh Haruto

"Terpaksa" selamba Asahi

"Kenapa? Sebab kau taknak bagitau dia pasal Mashiho?" Haruto menaikkan keningnya

"Hm"

"Tapi kesian Hyonju dia dahlah kawaii cair bhai, Yume pun sama cantik, kenapa kau dengan Mashiho sanggup buat dorang macamtu sedih weyh"

"Aku taulah aku nak buat apa, semua ni bergantung dengan Mashiho, sama ada dia nak bermain dengan fikiran dia tu atau tidak" Haruto yang mendengarkan kata-kata Asahi terus memegang bahu rakannya itu

"Aku cuma nak bagitau perempuan ni susah nak pujuk sekali kau permainkan dia it's game over. Dah aku pergi dulu" ucap Haruto sambil menepuk-nepuk bahu Asahi

Tbc

[P] Please Love Me Back ,Senpai +mashiho°Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang