C20

515 90 21
                                    

"uish Yume dengan Hyonju" seorang lelaki bernama Kito mula kecoh tatkala Yume dan Hyonju duduk dikantin yang jauh dua meja dari mereka

"kenapa?" Haruto menaikkan kening . Dia sempat melambai ke arah dua perempuan itu

"Cantiklah dorang" puji Kito. Taro sahabatnya itu juga mengangguk laju tanda setuju

"Ohyaa dengar cerita Mashiho tak suka Hyonju, cuma Hyonju je terhegeh, betul ke?" Kito mula membuka cerita . Wajah Haruto kelihatan tidak senang tika itu

"Dari mana kau dengar?"

"Korang tak tau ke? Rumor tu dah tersebar luas semenjak Hyonju luahkan perasaan dia masa kat gelanggang. Yume pun sama sebab bertegur sapa dengan Asahi bukan sekali dua tapi selalu je pelajar perempuan lain nampak" jawab Taro. Asahi terdiam seribu bahasa

"Aku nak bagitau korang berdua , terutama Asahi . Fans kau banyak weyh, bila-bila je Yume tu kena serang . Kalau Mashiho lain cerita cuma kemungkinan Hyonju akan dipandang keji . Mesti Hyonju perasan tapi dia pura-pura je tak nampak orang pandang dia macam mana, perangai dia pun dah tau dah yang dia jenis positif" tambah Taro lagi

Mashiho yang mendengarkan itu terus saja melihat ke arah Hyonju dan perempuan itu tersenyum manis ke arahnya tapi tidak dibalas malah Mashiho tetap fokus mendengarkan kata-kata Taro kembali

"Tapi jangan risau korang bertiga kan ada untuk lindungi dorang, aku dan Taro pun ada" ujar Kito menenangkan situasi mereka yang mula tegang itu

Beberapa orang perempuan yang semakin mendekati kantin mula menjadi tumpuan Mashiho

'Hyonju, aku takde niat pun nak buat kau macamni tapi' bisik hati Mashiho dan tanpa berfikir panjang , Mashiho berdiri dan mendekati Hyonju

'aku kena tolong kau' sambung Mashiho dalam hati

"Oi Mashiho" panggilan dari kawannya langsung tidak dipedulikan

"Ma-mashiho senpai" Hyonju terkelip-kelip melihat Mashiho sudah berada dihadapannya

Mashiho memandang ke arah perempuan-perempuan tadi dan apabila mereka melihat ke arah dirinya dan Hyonju terus saja Mashiho memegang bibir Hyonju

"Sen-senpai"

"Ikut je apa aku buat" Hyonju sudah menelan air liur nya . Terasa debaran di dada semakin kuat . Yume yang melihat kejadian tu hanya mampu menutup mulutnya

"Jangan pakai benda alah ni" Mashiho mengusap bibir Hyonju perlahan-lahan untuk melarikan kesan lip gloss itu

"Hm" Hyonju tertunduk malu . First time Mashiho nampak muka Hyonju seperti itu selalu dia ni lah berani tapi entah kenapa kelihatan seperti kucing pula, hampir tergelak Mashiho olehnya

Asahi, Haruto, Taro dan Kito pula tercengang melihat kejadian itu . Perempuan-perempuan yang baru sahaja ingin mencari tempat duduk itu pula sudah membuat muka terkejut

"Dah" Mashiho pun pergi meninggalkan mereka

'asalkan perempuan-perempuan tu  sebarkan lagi rumor yang kononnya aku suka Hyonju balik lepastu budak Hyonju tu tak kena pandang hina lagi' gumam Mashiho didalam hati

"Tapi tch baka beraninya aku buat macam tu" Mashiho memegang telinganya yang merah . Kesan lip gloss ditangannya direnung lama dengan perasaan malu

"Bila fikir balik kenapa aku tolong dia?"

Tbc

[P] Please Love Me Back ,Senpai +mashiho°Where stories live. Discover now