Hyonju P.O.V
"Huk! Sob sob kenapa kenapa kenapa" aku membaringkan kepala di atas meja
"Kenapa apa? Haish ni mesti sebab tak jumpa Mashiho kan" tebak Yume
"Yala dah dua minggu aku tak jumpa Mashiho senpai" keluhku
Bayangkan dalam dua minggu aku keliling sekolah batang hidung Mashiho aku tak nampak-nampak lagisatu dah nak exam jadi mungkin masa aku dan masa dia tak sehaluan sebabtu tak dapat jumpa dia . Nak masuk kelas dia pun aku malu , eh tau juga aku malu ehh
"Hyonju sebenarnya dorang ada perlawanan kat luar sebabtu-"
"Hah?? Perlawanan?!"
Suasana kelas mula menyepi apabila aku menjerit . Semua pelajar melihat tepat ke arahku
"Sorry guys" sengihku dan mereka semua kembali membuat kerja masing-masing . Fuh~ nasib orang Jepun bukan kaki kecam sangat
"Kenapa aku baru tau?"
"Aku pun baru tau" Hyonju menunjukkan telefonnya kepadaku.
"Pergh Asahi dengan dia berchat bhai-"
"Diamlah" Yume menutup mulutku
"Dia ni dak famous , kang pelajar kelas ni minta nombor dia macam mana" geram Yume
"Hekeleh kau macam mana kau dapat nombor dia?"
"Ergh-" Yume menggaru belakang lehernya
Throwback Yume P.O.V
Aku selalu kena balik cepat lepas dari sekolah sampaikan Hyonju pun dah biasa . Ahahah dia pun tak kisah sangat
Sebenarnya aku balik cepat sebab nak pergi tempat penjagaan anak-anak yatim piatu . Kat sini mama aku kerja jadi aku tolonglah lagipun aku suka .
"Mama! Saya dah sampai" kataku , aku melihat mama baru sahaja keluar dari rumah agam itu
"Ya , tolong sini jemurkan kain ni"
"Haik!"
Time begini mesti budak-budak tu tengah makan jadi aku ada masa lagi nak jemur sebelum main dengan dorang
"Mama nak masuk dulu ya"
"Oke"
Aku pun memulakan kerjaku . Angin pula bertiup membuatkan kain yang belum aku jepit itu terjatuh menyebam tanah
"Heok!"
Seorang lelaki mengutip kain tersebut dan memberikannya kepadaku
"Arigat-" mataku membulat tatkala melihat ke arah wajahnya
"Nah" Asahi memberikan kain itu kepadaku
"Kau- sampai bila kau nak datang sini?" Aku mengambil kain itu dengan kasar
"Suka hatilah" kata Asahi dengan sengihan . Aku tak mampu nak kata apa-apa sebab perumahan anak yatim ni milik dia! Huhu kang aku melawan owner dia mau tak kena jual tanah ni kesian budak-budak nanti
"Fikir apatu? Fikir masa depan kita berdua ke?" Sinis Asahi
"Lelaki baka" Yume menggenggam tangannya erat. Perasaan marahnya kian membuak-buak
"Seriuslah??" Hyonju membulatkan mata. Tak sangka pula itu kerja Yume bila balik dari sekolah
"Haih lepastu dia minta nombor aku , dia paksa dengan alasan dia senang nak call aku kalau ada kecemasan kat rumah anak yatim tu" terang Yume lagi
"Hairanlah...Asahi senpai sweet je dengan kau tapi dengan orang lain mesti jadi prince ice" kata Hyonju
"Oi! Baka, dia saja je buat macam tu sebab nak sakitkan hati aku" Yume membantah dengan keras sekali
"Meh kau ni tak faham-faham lagilah" Hyonju hanya mampu menggelengkan kepalanya
"memanglah tak faham, aku tak puas hati kenapa dia kena datang rumah anak yatim tu setiap hari , eish baka" terus Hyonju menonjol kepala Yume sehinggakan Yume kebelakang sedikit
"Baka Yume, macam yang kau cakap itukan tanah dia mesti dia kena selalu datang nak pantau-pantau keadaan di sana, anak orang kaya biasa" terpaksalah Hyonju juga berlagak tak tahu apa-apa . Kalau diberitahu pasal cinta mesti Yume akan membantah 10 ribu kali ganda
"ya dia orang kaya waris tanah tu sampaikan dia suka-suka datang rumah anak yatim tu even dia ada pertandingan kat daerah lain" keluh Yume
"Ppabo! Aku tak tahan lagi dengan kau ni . Itu sebab dia suka kau lah!"
"Baka! Bukan macam tulah!"
Yume dan Hyonju masing-masing berdiri dari kerusi dan menunjukkan wajah tidak puas hati mereka menyebabkan sekelas mereka mula memandang
Tbc
YOU ARE READING
[P] Please Love Me Back ,Senpai +mashiho°
Fanficෆ nande? "Kenapa bukan aku? Kenapa dia?" +semua yang terkandung dalam cerita ini hanyalah sekadar suka-suka dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati