Part 1 - MEJA D17

92 2 0
                                    

DARI tadi Syaff memerhatikan meja nombor D17. Sejak pelanggan-pelanggan itu masuk sehingga sekarang,ada sahaja yang tidak kena. Rakan setugasnya Lucy,masih sanggup melayan kerenah pelanggan itu dengan sabar. Lepas satu, satu. Kadang-kadang Lucy di herdik. Namun begitu Lucy masih bersikap tenang.
Penyabar betul si Lucy ni. Kalau aku berada di tempatnya, dari tadi lagi dua orang pelanggan itu sudah aku siram dengan air kopi! Hati Syaff berdetik geram.
Sambil memerhati gelagat mereka, sesekali tumpuan Syaff beralih kepada tugasnya sebagai juru wang. Menerima bayaran dari pelanggan dan mengembalikan baki wang mereka. Hari-hari bermain dengan duit. Duit kertas, dui syiling dan duit plastik. jangan lupa untuk mengucapkan "thank you".jangan lupa memberikan senyuman. jangan lupa ucapkan "come again'.sentiasa Syaff di ingatkan senyum. senyum. dan senyum . Sekalipun untuk pelanggan-pelanggan yang seperti dua orang lelaki itu. Syaff meluat. Cukup meluat!
"syaff...bring bill to table B4: pinta becca, seorang lagi pelayan di cafe itu. sebelum pergi Becca sempat berbisik, "poor Lucy, need to handle that "F" customer. "F" adalah nama panggilan mereka terhadap customer yang FUSSY,
"hey girl! wheres the cream!" jerit salah seorang lelaki dari meja D17. sedikit pun tak ada perasasan hormat terhadap pelanggan-pelanggan lain yang ada di sebelah menyebelah. Berlagak bukan main dengan slang Inggerisnya.
"you wanna cream? why don't you come here and get it your self!" Dengan spontan Syaff membalas laungan lelaki itu .
Tindakannya itu mengejutkan Lucy, becca dan juga beberapa orang pelanggan lain. sebagai pekerja di cafe eksklusif itu, mereka sentiasa diingatkan, dalam apa jua keadaan , para pelanggan harus di layan dengan penuh hormat, penuh santun, Dan penuh senyuman. Sekalipun berhadapan dengan pelanggan yang 'bermasalah'.
'what did you say, boy? i heard someone begging to be fired" jerit lelaki kedua di meja yang sama.
Mendengar jeritan balas lelaki itu Syaff dengan perasaan marahnya mengambil dua teko cream dan meluru menuju ke meja D17 dan menyimbah kedua-dua lelaki yang tiada adab itu.
Malangnya tindakannya itu dilihat oleh managernya Mr orlando.

BERSAMBUNG...

MR DAVID MR SYAFFWhere stories live. Discover now