Sebulan telah berlalu, Marha sudah menjadi seorang pelajar sekali gus menjadi bos di kedai bukunya. Marha meminta bantuan dari adik angkatnya.
Marha melangkah masuk ke dalam kedainya. Dia menyapa adik angkatnya, Suhaila.
“Suhaila apa khabar? Semua baik-baik sahaja kan?”
Suhaila senyum.
“Alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Akak, macam mana sekarang? Makin lama makin busy Suhaila tengok.”
“Biasalah Sue, student life. Nak buat macam mana.”
Loceng di pintu hadapan berbunyi. Suhaila dan Marha memandang pintu utama itu. Seorang lelaki masuk. Marha terasa berdebar. Lelaki ini lah yang Marha jumpa hari tu!
Marha mendekati lelaki itu dan bertanya dengan sopan.
“Hai, encik cari buku apa ya?”
Lelaki itu memandang Marha, tepat pada matanya. Marha melarikan pandangan. Tak elok pandang lama-lama.
“Saya cari buku untuk lawyer. Ada?”
Marha mengangguk. “Encik pergi ke belakang, belah kanan.”
“Terima kasih.” Lelaki itu mengangguk dan berjalan ke arah yang Marha tunjuk.
Marha pun berjalan semula ke kaunter. Disebabkan Marha tiada kelas selepas ini, jadi dia menjaga kedai bukunya bersama Suhaila.
.
.
.“Marha macam mana sekarang? Umi tengok Marha macam sama je. Takde yang beza.” Umi Fatimah menegur Marha yang sedang mengambil lauk untuk dimakan. Marha memandang Umi Fatimah.
“Maksud umi? Apa yang beza?”
“Marha okay? Marha mesti penat jadi student, balik kena jaga kedai, lepastu tolong umi lagi uruskan adik-adik dekat sini.”
Marha senyum. Dia duduk di hadapan Umi Fatimah. Marha mencapai tangan Umi Fatimah dan menggenggam erat.
“Marha tak penat pun umi. Marha okay je. Sebelum sebelum ni pun, Marha buat benda yang sama. Tak penat pun. Marha okay.”
Umi Fatimah menggenggam balik tangan Marha.
“Yelah.. Makan makan.”
Marha ketawa. Dia mula membaca doa dan makan. Umi Fatimah memandang Marha dengan penuh kasih sayang. Marha yang dia jaga dari kecil. Marha yang sentiasa berlembut dengannya. Marha yang sentiasa melakarkan sebuah senyuman di bibir merahnya.
Entah mengapa, sejak kebelakangan ini, dia berasa tidak sedap hati. Dia risaukan Marha.
‘InsyaAllah tiada yang berlaku.. Allah akan menjaga dia.’ Umi Fatimah memujuk hatinya.
.
.
.Marha tidak dapat tidur. Masa sudah menunjukkan angka 2 pagi. Habislah Marha esok, mesti dia tidak dapat fokus dalam kelas nanti.
“Sekarang banyak kes rogol. Kau hati-hati tau.”
“Baru-baru ni kan, ada kes pecah masuk. Katanya dalam rumah tu ada dua perempuan. Dua-dua dia sapu.”
“Kau ingat tak yang isu rogol hari tu. Ramai gila kata salah mangsa. Tak faham aku.”
Sebab ini lah Marha tidak dapat melelapkan mata. Marha risau dengan perkara itu.
Marha pernah kena kacau dengan budak sekolahnya. Akibat dulu, mereka suka menganggap Marha anak luar nikah, jadi mereka berfikiran bahawa Marha mesti seperti ibu bapanya.
Marha tak faham. Kenapa mesti berfikir sampai sebegitu rupa? Yang salah ibu bapa yang tidak reti bertanggungjawab. Bukannya anak yang baru lahir itu, mereka masih suci!
Disebabkan mereka ada title ‘Anak tidak saf taraf’, perlu ke meletakkan 100 peratus kesalahan itu di atas bahu mereka? Sedangkan mereka tidak mahu pun dilahirkan dalam keadaan yang begitu.
Disebabkan perkara-perkara tersebut, Cahaya Marha kena kacau dengan budak lelaki. Walaupun lelaki itu hanya bergurau tetapi menggunakan gurauan lucah, terus meninggalkan kesan yang agak mendalam dalam hati Marha.
Balik dari sekolah, Marha kerap menangis kerana terimbau gurauan lelaki itu.
Disebabkan itu lah, Marha kalau boleh dia tak nak ada sejarah hitam tu.
‘InsyaAllah semua baik-baik Marha. Trust on Him.’
Marha mula berzikir di dalam hati. Kononnya, selepas membaca Surah al-Mulk, dapat lah dia tidur. Haih..
.
.
.Farhan Ahlami bertungkus-lumus memahami tajuk yang diberikan oleh Farhah Ahlamiah.
Disebabkan adiknya ada assignment yang mempunyai jumlah markah yang banyak, Farhah meminta pertolongan Farhan.
Farhan seorang lawyer tapi lawyer accountant. Farhah pula sebagai peguam bela. Kan jauh beza tu.
Farhan pun mencari semula nota-notanya ketika dia belajar. Nasib Farhan masih simpan. Kalau tidak? Menangis tidak berlagu lah si Farhah Ahlamiah ni.
“Adik dah siap? Bahagian abang dah siap. Nanti pandai-pandai lah adik buat eh.”
“Okay. Abang nak tidur dah ke? Kalau nak tidur, pergi lah tidur. Farhah lagi sikit je ni.”
Farhan meletupkan jari-jarinya. Selepas itu, dia mengusap rambut Farhah.
“Jangan tidur lambat sangat. Tak elok untuk kesihatan.”
Farhah senyum sehingga menayangkan gigi dan juga terserlah kedua lesung pipitnya.
“Baik.. Thank you abang! Goodnight and sweet dreams.”
“Goodnight and sweet dreams sis.”
Farhah mengangguk. Dia tekun menyiapkan kerja yang lagi sedikit sahaja mahu habis.
Setelah siap, Farhah memegangkan semua otot-otot di badan yang sudah tegang. Selepas itu, Farhah termenung. Abangnya, sudah masuk three series tapi masih belum berkahwin. Abangnya asyik dengan kerja sahaja. Farhah tidak faham!
Adakah abangnya gay? Atau pernah disakiti oleh kaumnya? Tapi abangnya tidak pernah pun bercinta sebelum ni.
Tiba-tiba Farhah Ahlamiah terbayang si Marha yang cantik dan sopan.
“Kalau akak tu jadi kakak ipar aku mesti best kan!”
Farhah tiba-tiba berhenti tersenyum. Baru dia ingat sekarang sudah pukul tiga pagi. Habislah dia, tak boleh fokus dalam kelas!
.
.
.Setelah Farhan membantu adiknya, Farhan memandang siling, mengenang perempuan yang berada di kedai buku tadi.
Jujur, hatinya berdebar-debar. Pertama kalinya, dia rasa seperti ini.
Farhan akui, perempuan itu cantik dan manis serta seorang perempuan yang muslimah.
"Astaghfirullah.. tak elok kenang anak dara orang." beristighfar Farhan.
Dia mengusap dada dan cuba memejam mata untuk tidur.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Maaflah, chapter ini pendek sangat.
YOU ARE READING
Cahaya Marha || SHORT STORY
Short Story[C O M P L E T E] - hadirnya cahaya darinya, telah mendatangkan kegembiraan - • • • Cahaya Marha, seorang perempuan yang lembut dan ceria. Tidak mempunyai ibu bapa sedari kecil. Dia hanya ada Umi Fatimah, pemilik Rumah Anak Yatim Seri Fatimah. Seme...