enám

829 72 6
                                    

Majlis berlangsung dengan ringkas. Itu pun atas permintaan Marha. Dia tidak mahu majlis yang gah, cukuplah hanya kecil-kecilan. Lagipun Marha tiada keluarga lain selain Umi Fatimah.

Marha di terima dengan baik oleh ahli keluarga Farhan. Lagi-lagi Farhah, dia lah yang paling seronok kerana kakak ipar dia ialah seorang yang baik. Dan juga, memang orang kata stok menantu idaman lah.

Marha hanya memerhati tetamu yang sedang menjamah lauk kenduri. Dia ternampak Umi Fatimah yang sedang berborak bersama Puan Aminah dan juga mak cik yang Marha tidak kenal. Mungkin adik beradik Puan Aminah dan Encik Abdul Shah.

“Marha..”

Marha menoleh belakang. Marha mengangkat kening.

“Jom, berkenalan dengan family.”

“Family ab-abang?”

Farhan mengangguk. Apabila Marha menggelar dirinya sebagai ‘abang’, hati dia rasa berbunga. Tidak tahu mengapa.

Farhan mencari tangan Marha dan menggenggam erat. Marha hanya memandang Farhan dengan mata bulatnya. Selepas itu mereka pergi bertemu dengan ahli keluarga Farhan yang lain.

.
.
.

Farhan masuk ke dalam bilik. Dia ternampak Marha baru sahaja selesai solat.

“Abang dah makan?” Marha bertanya sambil melipat sejadah.

“Belum. Marha dah?” Farhan berjalan dan duduk di hujung katil. Dia memerhati sahaja perbuatan Marha sehingga naik segan Marha dibuatnya.

“Belum.”

“Jom makan.”

Marha mengangguk. Dia membuka kain telekung dan menyangkut di dalam almari. Itu lah, kali kedua Farhan nampak rambut Marha. Tidak dapat dinafikan, Marha nampak manis bila bertudung dan nampak sangat cantik bila tidak bertudung.

Marha mencapai tudung sarung di dalam beg bajunya. Dia menyarungkan tudung dan menghampiri Farhan. Farhan bangun dan mencapai tangan Marha. Tidak tahu mengapa, Farhan suka memegang tangan Marha. Hobi baru mungkin?

Mereka keluar dari bilik, kebetulan pula bertemu dengan Puan Aminah.

“Nak pergi dapur?”

“Haah. Baru nak makan.”

“Hah, pergi pergi. Lauk petang tadi ada lagi, ibu dah siap-siap masuk dalam mangkuk. Nanti panaskan lah ye.”

Farhan mengangguk dan berjalan ke dapur. Tiba sahaja di dapur, Marha terus menuju ke rak pinggan. Dia mengambil dua pinggan dan dua cawan.

“Abang nak lauk panas? Kalau nak Marha panaskan.” Marha memandang Farhan yang berdiri di meja makan itu.

“Tak pe lah. Kita makan je.” Marha angguk. Dia meletak satu cawan dan dua pinggan di atas meja. Cawan lagi satu dia letak berdekatan dengan cerek elektrik.

“Abang nak air apa? Marha buatkan.”

“Apa-apa sahaja Marha.”

Marha pun mengambil satu packet serbuk Nescafe. Dia pun meletak di dalam cawan dan mengacau dengan air panas. Setelah selesai, Marha meletak cawan itu di depan Farhan. Marha mengambil senduk dan mula menyenduk nasi ke dalam pinggan. Baru sahaja Marha mahu mengambil lauk untuk Farhan, Farhan terus memegang tangan Marha.

“Marha duduk, biar abang amik sendiri. Penat abang tengok Marha dari tadi berdiri.”

Marha akur. Dia pun duduk di sebelah Farhan dan mengambil lauk. Selepas itu, Farhan mula membaca doa dan mereka mula makan.

“Tadi abang buat apa kat luar?” Farhan memandang Marha sebelum menjawab.

“Lepak dengan sepupu lelaki. Biasalah, jarang jumpa. Bila dah jumpa banyak lah cerita yang nak dibualkan.” Marha mengangguk. Dia tengok keluarga Farhan besar. Mesti seronok kan ada keluarga yanv besar.

“Abang memang dua beradik je ye?”

“Haah. Abang dengan Farhah. Tiada yang lain.” Marha angguk. Dia tidak mahu berbual apa jadi dia hanya menyambung makan.

“Nanti dah habis makan, abang ada nak buat apa-apa ke?”

“Takde lah. Semua macam dah mengantuk je. Abang terus masuk bilik.”

Marha angguk lagi. Setelah selesai makan, Marha bangun dan menghampiri singki. Farhan juga telah selesai makan.

“Abang letak je pinggan, nanti Marha basuhkan.”

“Tinggalkan je lah Marha..”

Marha menggeleng dan senyum sedikit. Marha terus mencuci pinggan dan cawan mereka. Setelah selesai, Farhan terus memegang tangan Marha dan menuju ke bilik.

Tiba di bilik, Farhan terus mengunci pintu. Marha membuka tudungnya dan menyangkut di almari. Farhan pula membuka baju, hanya meninggalkan seluar sahaja di badannya.

Marha perasan tentang itu, dia pura-pura tidak nampak Farhan dan terus membaringkan diri, menghadap siling. Takut nak menghadap Farhan.

Farhan baring sebelah Marha, dia juga menghadap siling. Tadi matanya terasa mengantuk, alih-alih hilang pula mengantuknya. Adakah sebab dia minum air Nescafe tadi?

Farhah menggerakkan badannya menghadap Marha. Dia mendekati Marha dan mencapai tangan Marha. Perlahan-lahan Farhan mengusap kekura tangan Marha. Marha menahan debaran.

“Abang..”

“Hmm”

“Abang kahwin bukan sebab kesian kan?”

“Tidak Marha. Abang memang niat mahu berkahwin dengan Marha untuk menjaga Marha dan juga kerana Allah.”

Marha mengiringkan badannya menghadap Farhan. Dia rasa terharu dengan jawapan Farhan.

“Jadi, Marha nak jadi isteri abang sampai bila-bila.”

Farhan berkerut. Dia tidak pasti sama ada ayat Marha itu hanya sekadar ayat atau ada maksud tersendiri.

“Maksud Marha?”

“Marha nak jadi isteri yang sebenar-benarnya. Marha nak jadi isteri solehah untuk abang. Marha nak jaga diri Marha supaya orang nampak Marha dalam diri abang dan abang dalam diri Marha. Jodoh itu kan cerminan diri kita. Jadi, Marha nak jadi cermin untuk abang.” Marha menjawab dengan panjang. Farhan rasa, tidak salah keputusannya yang mahu mengahwini Marha. Dia memeluk Marha dan membaca satu doa.

Marha tahu itu doa apa. Marha cuma mahu menjadi isteri yang baik untuk seorang Farhan.

Malam itu, Marha telah menyerah segala-galanya kepada Farhan. Dia mahu buat yang terbaik untuk Farhan dan juga dirinya. Dia tahu, apabila lelaki itu mula mengangkat akad, maka dia lah jodohnya. Farhan jodoh untuk Marha, yang telah ditetapkan oleh Tuhan.


Cahaya Marha || SHORT STORYWhere stories live. Discover now