Kerana Sudu

33 7 1
                                    

Kenapa ayah buat begitu?
Apa motif ayah lakukan itu?
Adakah kerana daku?
Perlu ke sampai begitu sekali?

Aku rasa sangat tidak berguna..
Membiarkan sahaja ia berlaku,
Di depan mataku tiada bingkai,
Agenda yang tidak terlintas terjadi.

Hati aku hancur pecah bukannya kaca,
Tidak mampu bersuara atau bertindak,
Berbalutnya luka dan aku kesal,
Tidak dapat membela suasana itu.

Hanya mampu menahan esakan,
Kerana aku tidak rela melihat wajahnya,
Yang sedih dan kecewa bahkan pilu,
Kerana dia seorang wanita yang hati tisu.

Maafkan aku wahai syurga terindah,
Aku hanya seorang anak biasa-
Tetapi untukmu, aku di atas sejadah,
Berdoa moga kamu adalah ahli Firdaus yang kekal abadi.

Buku of PoemWhere stories live. Discover now