Nama aku Haneesya Hanes. Orang panggil aku, dengan gelaran Esya. Aku ni, merupakan anak tunggal oleh Puan Aminah merangkap mama aku.
Aku anak yatim dan dibesarkan oleh mama dengan penuh kasih sayang. Papa aku, meninggal waktu aku berumur 10 tahun dan sekarang aku 18 tahun.
Aku tak nafikan kalau, ada sesetengah orang yang akan meluat dengan perangai aku. Sebab aku, sangat manja dengan mama.
"Esya! Sini kejap!"panggil Emir merangkap abang tiri aku.
Emir ni pulak satu hal jugak. Mulut dia ni, memang tak makan saman. Uncle kata, dia jadi macam tu sebab kurang kasih sayang. Yela kot!
"Apa!"sambil berjalan ke arahnya.
"Cepat lah sikit! Lembab betul lah, kau ni!"
"Ya, cik abang. Cik abang nak apa?" soal aku dengan suara yang lemah lembut.
"Buat kan aku breakfast! Aku lapar." ujar lelaki itu dengan muka yang tak tahu malu.
"Aku? Nak kena sediakan breakfast untuk kau?"soal Haneesya semula.
"Ye lah! Kalau bukan kau, siapa lagi? Takkan lah, aku nak suruh kuali tu sendiri masak kan untuk aku! Pakai otak lah, sikit!"jawab Emir, dengan nada yang kasar.
"Ohhh... Jadi aku lah, yang nak kena masak kan untuk kau ni?"
"Hish kau ni! Kan aku dah cakap tadi! Kau ni pekak ke! Tu lah, aku ajak kau check telinga hari tu, kau tak nak! Tengok sekarang! Kan dah pekak!"
Sudah lah, mengerah aku pastu hina pulak aku. Hish! Geramnya! Siap kau Emir!
"Ohh, pekak eh? Baik."
Haneesya berhenti berkata-kata lalu terus berjalan ke arah dapur. Kemudian, dia mengambil penutup periuk lalu penutup itu disembunyi -kan di belakangnya dan berjalan semula ke arah Emir.
Lelaki itu merasakan kurang senang. Dia terlihat seakan tertanya-tanya. Apa benda belakang budak tu?
Dengan senyuman yang sinis, Hanessya mengeluarkan senjatanya dan di hala di depan mata Emir.
"Esya, bawa mengucap Esya. Kau nak buat apa dengan penutup kuali tu?" nada Emir semakin perlahan kerana ketakutan.
"Aku nak pukul kepala kau! Biar sampai hilang ingatan! Takde lah, lepas ni kau ngerah-ngerah aku lagi. Kan?"gertaknya dengan nada yang penuh membawa maksud.
"Okay! Okay! Aku janji lepas ni, aku tak ngerah-ngerah kau lagi, eh? Sumpah!"sambil mengangkat tangannya.
"Sumpah, sumpah! Nanti makan diri, baru tahu!"
"Betul, betul! Letak kuali tu, Esya."pujuk Emir bagi menenangkan semula hati Haneesya yang telah dilukai itu.
"Lagi sekali! Kalau kau suruh aku buat itu! Buat ini! Siap kau!!"gertak Haneesya sambil penutup periuk ingin digerakkan sekali bagi menggertak abang tirinya.
"Ba..ba..iikkk..."jawab lelaki itu.
Bukan sahaja di rumah aku menghadap muka dia tu, dekat kolej pun sama. Haaihhhh! Takde orang lain ke?
"Esya, Esya!"panggil Iffah a.k.a kakak bawang. Kerja dia ni, membawang je. Aku ni lah, pendengar setia dia. Tapi satu je aku tak suka pasal dia ni. Nak tahu apa? Nanti, korang tahu lah!
"Apa dia ni!"
"Jangan lah marah. Aku nak tanya ni."ujar Iffah sambil mengusap bahu ku.
"Tanya lah!"
"Abang kau convo hari ni kan?" soalnya.
"Ohh, ye kot!"
"Kau tak tahu?"
YOU ARE READING
DIA ABANG AKU [ On Going ]
Short Story"Kau kena ingat! Aku ni, abang kau! Kalau apa-apa jadi pada kau! Automatic! Aku kena tolong kau! Faham!" - Emir Edrian "Eeeeeee... Geli lah dengar perkataan abang tu! Takde perkataan lain ke?"- Haneesya Hanes "Ewah, ewah! Mengada pulak kau eh! Aku p...