"Assalamualaikum? Emir dah balik!" ujar Emir setelah tiba rumahnya.
"Waalaikumussalam! Abang! Anak kesayangan abang dah balik, dah ni?" ujar Puan Aminah sambil menolong Emir mengangkat barang-barangnya.
"Emir?"
"Papa sihat?"
"Macam mana flight? Okay?"
"Everything is okay, pa."jawab Emir sambil tersenyum.
"Itu yang papa nak dengar sebenarnya."
Kepulangan Emir, mengukir senyuman di bibir Encik Husni. Dia tidak menyangka bahawa anak lelakinya itu sudah menjadi juruterbang sepertimana yang diimpikan oleh anaknya sendiri.
"Waaahhh! Banyaknya lauk. Mama masak ke ni?"ujarnya sambil membuka tudung saji.
"Haah! Mama sengaja masak lebih sebab mama tahu, Emir balik hari ni."
"Thank you, ma. Sebab waktu Emir takde, mama tolong jagakan papa."
"Itu kan, tanggungjawab mama."
"Makan, lah?"ujar Puan Aminah sambil tangannya sudah siap sedia menyenduk nasi ke dalam pinggan Emir.
"Baikkk! Nak makan mana dulu, ni? Semua nampak sedap-sedap je."
Tersenyum Puan Aminah melihat gelagat Emir itu. Selepas siap makan, Puan Aminah berdesup masuk ke bilik mencari suaminya.
"Emir dah makin matang sekarang bang? Tadi, dia ucap terima kasih dekat saya sebab tolong jagakan abang."ujar Puan Aminah terus pada suaminya selepas berada di dalam bilik.
"Bagus lah. Nampaknya, dia dah mula terima awak sebagai mama dia."
Puan Aminah terus baring di sebelah suaminya.
"Alhamdulillah, bang. Abang pulak macam mana? Esya masih panggil abang, uncle lagi ke?"soalnya.
Encik Husni hanya mampu berdiam sahaja. Dia seakan mengelak dari menjawab soalan itu.
Setelah tiba di rumah, Haneesya segera ke dapur mencari ubat. Kepala berdenyut-denyut menjadikannya hilang sabar.
"Hissh, pening kepala aku! Mana actifast ni!"sambil kepalanya digaru-garu.
Kemudian tanpa sengaja, ubat-ubat yang dipegangnya berciciran di atas lantai. Emir yang berada di dalam bilik sudah mengukir senyuman. Ini, mesti budak tu dah balik! Dah lama aku tak jumpa dia ni!
Dengan perlahan-lahan dia turun tangga. Dia melihat Haneesya yang kelihatan tergesa-gesa menelan ubat.
"Aku dengar kau kerja dekat syarikat Adhwa!"sergah Emir dari arah belakang Haneesya.
Tersedak terus adik tirinya itu.
"Allahhuuuu! Terkejut jantung aku tau! Kau ni, tak reti bagi salam ke!" bentaknya dengan kuat.
Emir menahan ketawa melihatnya.
"Kau ni, dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Masih tak hormatkan aku kan? Aku ni, abang kau tau!"ujar Emir.
Haneesya mengerut dahi. Dia ni! Balik-balik, abang! Balik-balik, abang! Takde ayat lain ke!
"Hish! Aku ni baru balik tau! Penat! Banyak kerja tadi kat office! Dah! Jangan kacau aku!"tengkingnya.
"Buat kerja sikit, dah merungut. Nampak sangat buat kerja tak ikhlas! Macam mana rezeki nak murah?" sindir lelaki itu.
Haneesya menoleh ke arah Emir. Dia ni! Memang nak cari pasal dengan aku agaknya!
YOU ARE READING
DIA ABANG AKU [ On Going ]
Short Story"Kau kena ingat! Aku ni, abang kau! Kalau apa-apa jadi pada kau! Automatic! Aku kena tolong kau! Faham!" - Emir Edrian "Eeeeeee... Geli lah dengar perkataan abang tu! Takde perkataan lain ke?"- Haneesya Hanes "Ewah, ewah! Mengada pulak kau eh! Aku p...