Keesokan pagi, seperti biasa aku melakukan semuanya sendiri. Teringat aku, dulu-dulu mama yang selalu gosokkan baju aku sebelum aku ke kolej. Tapi, sekarang semuanya dah berubah.
Aku pun faham, mama ada tanggungjawab yang lain. Mungkin mama nak aku berdikari. Aku pun dah meningkat dewasa. Inilah masanya untuk aku tunjukkan pada mama, yang aku boleh!
Ketika turun tangga, aku melihat mama menyediakan sarapan pagi. Dengan sekilas kami berdua bertentangan mata antara satu sama lain. Lalu aku, terus menundukkan kepala ke bawah.
Puan Aminah mengeluh. Dia seakan tahu yang anaknya masih marahkan nya tentang perkara semalam.
"Esya, hari ni Emir tak dapat nak hantar kamu pergi kolej. Kamu pergi sendiri boleh tak? Ke, nak mama kejutkan kak Zara. Minta tolong dia hantar kamu."ujar Puan Aminah lembut sambil menuangkan kopi panas untuknya. Ibu mana tak sayang anak? Walaupun peristiwa semalam itu, melukakan hatinya.
Haneesya tersengeh sinis.
"It's okay, ma. Jangan susahkan diri mama, untuk Esya. Esya dah besar kan? Ada kaki, ada otak. Esya boleh naik grab."jawabnya dengan nada yang kasar.
Puan Aminah terdiam. Lalu, duduk di kerusi yang berhadapan dengan anaknya itu.
"Esyaa... Tolong jangan buat mama susah hati macam ni. Esya tahu kan, mama ni sayang sangat dengan Esya." pujuk mamanya dengan nada yang lembut.
Haneesya ketawa sinis. Terhenti suapannya seketika.
"Sayang? Sayang apa macam ni, ma? Sampai sanggup ke tepikan perasaan anak sendiri! Itu ke yang di namakan sayang, ma!"jeritnya di hadapan mamanya.
Puan Aminah kelihatan sebak apabila mendengar anaknya berkata begitu pada dirinya. Ibu mana yang tak sedih, bila anak sendiri tengking dia?
"Maafkan mama, Esya. Mama dah lakukan sehabis baik, untuk seimbangkan kasih sayang mama pada Esya, pada Emir-
Belum sempat Puan Aminah meneruskan kata-kata langsung dipotong oleh anaknya itu.
"Emir tu siapa ma! Dia anak mama ke! Bukan, kan? Esya ni, yang anak kandung mama! Bukan diaaa!" tengking Haneesya sekali lagi.
Puan Aminah terdiam dan hanya mampu mengalirkan air matanya sahaja di depan Haneesya.
Kemudian, Encik Husni merangkap papa tirinya turun ke bawah dan melibatkan dirinya dalam situasi ini.
"Esyaaa!! Esya sedar tak, Esya tengah bercakap dengan siapa ni? Ini mama Esya tau! Perempuan yang Esya tengking tu, mama Esya!"bentak Encik Husni dengan nada yang kuat.
Haneesya menjeling papa tirinya itu. Lalu, dia langsung tidak mengendah kan nasihat-nasihat Encik Husni dan terus berjalan ke pintu.
Encik Husni masih mengekorinya dari belakang.
"Esya? Kalau Esya marah dengan papa sekalipun, papa tak kisah. Tapi, tolong lah hormatkan mama Esya ni. Dia yang mengandungkan Esya. Dia yang besarkan Esya."ujar Encik Husni dengan baik sekali.
Siap sahaja Haneesya memakai kasut tumit tingginya. Dia bangun dan memandang Encik Husni.
"Uncle tak payah lah, nak nasihat Esya! Lagipun nasihat uncle tu, tak boleh pakai! And, one more thing! Stop lah sebut perkataan papa tu. Jijik lah! Uncle bukan papa Esya pun! You are nothing!"jawab Haneesya selamba dan terus meninggalkan Encik Husni.
Dia tidak sedar bahawa kata-katanya itu telah menyakitkan hati bapa tirinya. Encik Husni sedar yang dia tidak layak untuk menggantikan arwah bapa Haneesya.
YOU ARE READING
DIA ABANG AKU [ On Going ]
Short Story"Kau kena ingat! Aku ni, abang kau! Kalau apa-apa jadi pada kau! Automatic! Aku kena tolong kau! Faham!" - Emir Edrian "Eeeeeee... Geli lah dengar perkataan abang tu! Takde perkataan lain ke?"- Haneesya Hanes "Ewah, ewah! Mengada pulak kau eh! Aku p...