"Hei perempuan!"tengking Qistina dari arah belakang.
Aku menoleh ke arahnya. Lalu, mata kami bertentangan antara satu sama lain.
Dia nak apa, pandang-pandang aku! Ingat, kau bawak geng kau, aku takut! Dah lah, halang jalan aku pulak tu!
"Korang ni, siapa?"soal Haneesya dengan nada yang kasar.
"Kau adik Emir, kan?"soal Qistina sambil menunding jarinya ke arah muka ku.
Wow,wow,wow... Aku ingat scene buli-membuli ni dalam drama je. Rupanya real life pun ada jugak eh?
"Tak aakkhhh! Korang salah orang ni."jawab Haneesya. Muka Haneesya seolah-olah menafikan bahawa Emir merupakan abang tirinya.
"Kita orang yakin, yang kita orang tak salah orang! Kau memang adik Emir kan?"soal kawan Qistina.
Aku mengeluh. Hish! Malas betul lah!
"Okay, fine! Aku adik dia! Korang nak apa!"bentak Haneesya pada mereka bertiga.
"Kau tahu kan, abang kau tolak jawatan ketua tu sebab apa?"
Haneesya tersenyum sinis.
"Tahu sangat-sangat! Sebab aku! So?" jawabnya dengan mimik muka yang tidak berperasaan.
"Kau tak kesiankan abang kau ke, ah? Dia dah lama nak jawatan tu. And kau, tiba-tiba rosak kan impian dia. Tak rasa serba salah ke?"ujar Qistina dengan nada yang seakan tidak puas hati.
Lalu, aku mendekatinya dengan sangat dekat. Muka bertemu muka, lalu aku tersengeh melihatnya.
"Taakkkk! Sebab, aku tak suka dia! Bye!"jawab Haneesya dengan riak dan pergi meninggalkan mereka.
Qistina langsung membulat mata apabila mendengar jawapan dari Heneesya sebentar tadi.
"Oh my god! Adik apa macam ni!"ujar Qistina dengan nada yang marah.
Aku pulak yang nak kena rasa serba salah! Apahal lak! Kenapa semua orang, nak pertahankan dia tu! Aku tak faham laaah!
Tiba waktu makan malam. Haneesya seorang sahaja yang tidak turun makan malam. Puan Aminah mula risau dengan anak tunggalnya itu.
"Esya tak turun makan sekali ke?"soal Encik Husni pada isterinya.
"Saya dah panggil dia dah tadi, bang. Mungkin, dia merajuk lagi kot?"jawab Puan Aminah.
Kemudian, Puan Aminah melihat, anak perempuannya turun sambil menjenjeng sebuah beg di belakangnya.
Terhenti suapan Puan Aminah.
"Esya nak pergi mana, sayang?"soal Puan Aminah pada Haneesya.
"Esya nak pergi belajar dengan kawan Esya."nafi Haneesya. Padahal dia mahu melarikan diri dari rumah, kerana dia tidak sanggup tinggal dengan mamat poyo tu.
"Belajar? Belajar ke, atau lari rumah?" sampuk Emir yang sedang berada di meja makan.
Emir langsung memandangnya. Muka Emir seolah-olah sudah memahami perangai adik tirinya itu.
"Kau cakap apa ni!"jawab Haneesya ketakutan.
Lalu, Emir bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah Haneesya. Beg yang dijenjeng Haneesya itu, dirampas dan dibuka zipnya.
"Eh! Jangan lah!"
Emir tersenyum saat melihat isi dalaman beg itu yang penuh dengan baju-baju. Jadi, betul sangkaannya, yang budak itu mahu lari dari rumah.
"See? Belajar pun, nak kena bawa baju ke?"soal Emir sambil mengeluarkan baju-baju dari beg Haneesya.
Reaksi Puan Aminah sangat terkejut.
YOU ARE READING
DIA ABANG AKU [ On Going ]
Short Story"Kau kena ingat! Aku ni, abang kau! Kalau apa-apa jadi pada kau! Automatic! Aku kena tolong kau! Faham!" - Emir Edrian "Eeeeeee... Geli lah dengar perkataan abang tu! Takde perkataan lain ke?"- Haneesya Hanes "Ewah, ewah! Mengada pulak kau eh! Aku p...