PROLOG

1.6K 19 10
                                    

       Kali pertama aku buka mata? Kosong. Hati rasa kosong. Fikiran pun rasa kosong. Apa yang aku ingat? Juga kosong.

       Siapa aku? Macam mana aku boleh berada disini? Apa yang telah terjadi kepadaku? Kenapa aku langsung tak ingat apa apa?

       Semuanya dijawab oleh lelaki separuh umur yang setia menunggu di sampingku. Orang yang bergelar ayahku. Wajah cengkungnya jelas kepenatan. Ada lingkaran gelap dibawah mata yang menjadi bukti nyata bahawa dia terkesan dengan keadaanku.

       Nurissa. Itu yang dia panggil aku. Nama penuh, Nurissa Rose binti Noriman. Aku dimasukkan ke hospital gara gara kemalangan jalan raya. Teruknya sampai doktor tak tahu sama ada mereka boleh selamatkan aku atau tidak. Dengan izin Allah, aku berjaya melepasi tahap kritikal. Tapi aku koma untuk jangka masa yang tak siapa tahu.

       Sehinggalah sekarang. Setahun. Itulah tempoh masa aku terlantar di atas katil ini. Sangan terkejut. Juga bersyukur. Rasa bagaikan mati dihidupkan semula. Mereka semua mendefinisikannya sebagai keajaiban. Tapi aku pula mendefinisikannya sebagai peluang kedua. Mungkin aku diberi peluang kedua untuk tebus kesalahanku? Atau berbakti kepada orang orang yang sayangkan aku? Atau sebenarnya ini semua berkat orang orang yang doakan aku agar terus kuat berjuang? Wallahualam. Aku sendiri pun tak tahu.

       Malangnya aku bukan diriku sebaik sahaja aku buka mata. Setiap yang berlaku pasti ada kompilasi yang bakal kutanggung. Hantukan kuat pada belakang kepalaku meninggalkan satu parut panjang yang di sembunyikan oleh kelebatan rambutku. Kesannya? Aku mengalami retrograde amnesia. Kata doktor, keadaan ini mungkin sementara. Boleh jadi beberapa hari, beberapa bulan dan juga mungkin sehingga ke akhir hayatku. Perasaanku bila doktor cakap macam tu? Kosong.

       Dan beberapa hari telah pun berlalu. Keadaanku sama. Masih cuba memikirkan apa yang telah terjadi. Hidup tanpa tahu siapa kita yang sebenarnya amat memenatkan dan tertekan. Aku bagaikan tak punya identiti diri. Hati selalu tertanya tanya, bagaimana kehidupanku sebelum aku hilang ingatan? Baikkah aku? Atau jahatkah aku? Berapa banyak pahala aku? Atau lebih banyak dosa terkumpul? Rasa bagaikan hidup tak lengkap.

       Mungkin emosi masih kurang stabil, aku sering manangis apabila ditinggalkan sendirian. Entah kenapa aku rasa satu kehilangan yang amat besar tanpa ingatan. Aku tak tahu kenapa aku rasa bagaikan aku lupakan sesuatu yang paling bermakna dalam hidupku. Hati bagaikan mendambakan sesuatu.

       Atau seseorang? Tapi malangnya tiada satu pun memori lepas yang terimbas dalam fikiranku.

       Satu hari, apabila aku membuka mata, masih tiada apa apa yang berubah. Pandangan kosong ke arah siling putih bilik pesakit itu. Hanya bunyi pendingin hawa yang jadi melodi halwa telinga. Bezanya, bilik itu kosong tanpa ayah.

       Hidup mesti diteruskan. Itulah motivasi yang selalu aku tiupkan ke dalam jiwa sendiri. Tiap tiap hari. Agar aku tidak berputus asa dengan kehidupan.

       Aku cuba duduk sendiri. Otot otot masih lemah gara gara lama tidak digunakan. Sesuatu yang berbeza hari itu. Di sisi meja kecil di sebelah katilku, ada sekuntum mawar putih cantik terletak. Bibir secara automatiknya menguntum senyum. Aneh. Ini kali pertama aku senyum sepanjang aku buka mata.

       Bunga mawar bunga kesukaanku agaknya. Tangan terus capai. Kelopak lembut putih itu kuusap perlahan. Cantik. Kemudian dibawa ke hidung. Dalam dalam nafas ditarik bersama bau manis bunga mawar itu. Tenang. Sekali lagi bunga itu dipandang. Ada satu kad kecil terikat di batang mawar putih itu.

       Rest well. Till we meet again, Rose.
       Encik Duri.

       Rose? Dia panggil aku Rose? Tulisan tangan berangkai itu bagai dekat dalam hati. Sangat cantik. Sekali melihat pun aku sudah jatuh hati dengannya.

       Encik Duri?
       Kalau awak ros, saya durinya...

       Auch! Aku pegang kepalaku. Suara siapa yang melekat dalam kepalaku ini?

       Erat erat aku pejam mata. Cuba redakan sakit kepala yang tiba tiba menyengat.

       "Encik Duri," sebutku. Ulang dan ulang lagi dalam kepala. Cuba membayangkan insan yang berselindung di balik sebaris nama itu. Siapa dia? Kenapa dia datang ketika aku sedang lena?

       Yang pasti dia kenal siapa aku. Dan aku dapat rasakan dia adalah orang yang penting dalam hidupku. Kawan aku? Atau kekasih? Atau tunang? Argh... Kenapa tiada langsung memoriku tentang siapa dia ni?

       Pantang otak mula bekerja keras, sakitnya bagai mahu meletup kepala ni. Sekali lagi jari mengurut kepala. Relaks, Nurissa. Relaks. Nafas ditarik dalam dalam, cuba untuk tenangkan diri sendiri. Beberapa kali doktor berpesan supaya aku jangan tertekan kalau aku tak nak rumitkan lagi keadaan. Kalau aku nak balik, jangan paksa diri.

       Ros di tangan dibawa ke hidung lagi. Hidu bau lagi sekali. Fikiran kembali tenang. Aku yakin bunga ros adalah bunga kesukaanku. Bunga dari Encik Duri. Suatu hari nanti, pasti aku akan tahu siapa dia.

       Aku menguap. Tiba tiba rasa penat. Tubuh kembali dijatuhkan ke atas katil secara mengiring. Bunga itu digenggam erat ke dada sebelum tutup mata. Tanpa sedar, bibir sempat mengorak ssnyuman. Gembira entah kenapa.

       A pretty rose definitely blows a good spirit. Tiba tiba terngiang ngiang ayat itu dalam kepala. Aku setuju.

       Lenaku setelah itu diulit mimpi indah. Sangat indah. Terbayang seulas senyuman yang terukir bersama satu lesung pipit di pipi kanannya. Lawa. Hati rasa senang bila melihat senyum gembiranya itu. Aku rasa aku mahu selalu menjadi penyebab untuk dia tersenyum. Malangnya, wajah pemilik senyuman indah itu samar samar.

       "Wait for me, mia bella..."

       Suara sama juga yang berkata. Juga samar samar. Tapi selalu kudengar.

       Sering tertanya tanya. Siapakah dia?
................................................................
Guys Bab 1 maybe saya publish esok atau lusa. Saya tulis banyak ni pun dah nak tercabut tangan..just staytuned untuk Bab 1 maybe saya update esok paling lambat pun lusa okay..
BYE..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DHEO'SWhere stories live. Discover now