J

97 29 1
                                    

" Dia -"

" Eomma jomlah makan. Min dah masak tu,"

Celah Youngmin sebelum Jin sempat menghabiskan ayatnya.

" Iya ke kau masak ? Bukan Jin masak ?"

Soal Yoongi. Youngmin kaget. Oppa dia ni pon biar lah dia nak kelentong sekejap.

" Ehehehehehe. Ye, Jin oppa yang masak. Bukan Youngmin,"

Membuntang mata Jin apabila Youngmin memanggil dirinya dengan panggilan oppa.

" Lembut jer kau panggil aku oppa ,"

Bisik Jin perlahan takut didengari oleh keluarga Youngmin yang berada di hadapan mereka.

" Diamlah. Teruskan berlakon,"

Balas Youngmin yang turut berbisik.

" Kamu berdua ni secocok sangat. Tak sabar eomma nak dapat cucu. Harapkan Yoongi ni sampai eomma rambut putih tak kahwin,"

Celah Eomma Youngmin yang dari tadi hanya memerhati mereka berdua.

" Apa eomma cakap ni. Kahwin pon belum,"

Balas Youngmin. Terasa mukanya membahang panas dengan kenyataan eommanya.

" Tulah ahjumma. Jin tengah kumpul duit nak kahwin dengan anak ahjumma. Betul kan Youngmin ?"

Jin menarik Youngmin rapat ke dirinya. Tanpa rela, Youngmin hanya mengangguk sambil tersenyum kekok.

" Baguslah tu. Suka  ahjumma dengan ahjussi dengar,"

" Erk. Eomma duduklah dulu dekat meja makan. Biar Youngmin dengan Jin hidang,"

Youngmin terus menolak eomma dan appanya ke meja makan. Yoongi menggeleng - gelengkan kepalanya melihat kerenah Youngmin.




















Jin dan Youngmin masing - masing merebahkan diri di sofa setelah keluarga Youngmin balik.

" Gomawo -"

Ucap Youngmin pada Jin. Terjongket sebelah kening Jin.

" Sebab tolong aku ,"

Sambung Youngmin. Jin hanya mengangguk.

" Benda kecik jer. Lagipun kita kan nak kahwin,"

Jin tersengih mengusik. Muka Youngmin terus membahang semula.

Kusyenn yang terdekat dicapai lalu dilemparkan tepat pada muka Jin.

" Yah- ouh main kasar. Ambik ni,"

Jin melempar kembali kusyen yang dicampak tadi namun tersasar kerana Youngmin sempat mengelak.

" Min Youngmin. Kau tunggu ,"

Jin terus mengejar Youngmin yang dah mula membuka langkah seribu.

Youngmin sedaya upaya memecut . Sesekali, dia menoleh ke belakang untuk melihat Jin.

" YOUNGMIN PANDANG DEPAN-"

BUK

serentak dengan jeritan Jin, Youngmin selamat mencium dinding.

" Youngmin, kau okay ?"

Soal Jin sebaik sahaja dia mendekati Youngmin.

Youngmin mengangguk. Dia cuba untuk bangun tetapi dia jatuh kembali. Kepalanya terasa pening.

" Boleh bangun tak ?"

Soal Jin lagi. Kali ini, Youngmin menggeleng. Kepalanya terasa berpusing.

Jin terus mengangkat Youngmin secara bridal style lalu meletakkan Youngmin di sofa.

" Kau tunggu sini kejap. Aku ambik first aid,"

Youngmin hanya mengangguk. Dia hanya memandang Jin yang naik ke tingkat atas untuk mengambil first aid kit.

" Auch -"

desis Youngmin perlahan apabila dia menyentuh bibirnya. Terdapat kesan darah pada jarinya yang menandakan bibirnya berdarah.

" Da...Da...darah"

Mata Youngmin terus terkatup rapat.

" Youngmin -"

Jin terus berlari mendapatkan Youngmin yang pengsan di sofa.

" Youngmin-"

pipi Youngmin ditamparnya lembut.

" Pengsan pulak ,"

Ucap Jin pada dirinya. Dia terus merawat bibir Youngmin yang pecah.

Dia perasan bibir Youngmin pecah masa dia angkat Youngmin. Rasa bersalah mula meruap dalam dirinya.

Jin mengeluh. Matanya terus menangkap jari Youngmin yang tercalit sedikit darah.

" Ni mesti dia phobia darah,"

Tanpa Jin sedar , bibirnya mengukir senyuman. Kepala Youngmin diusapnya lembut. Dia naik semula ke tingkat atas untuk mengambil selimut.

Badan Youngmin diselimutkan. Kemudian, dia turut membaringkan dirinya di sofa bertentangan dengan Youngmin.

Muka Youngmin ditelitinya sebelum dia turut masuk ke alam mimpi.












[ C ] 𝐡𝐨𝐮𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐞 . kim seokjinWhere stories live. Discover now