EINZELGANGER -CLAW 1

240 9 7
                                    

"Fifi pondan! Fifi pondan!"

"Kunyit dah datang weh kunyit dah datang!"

"Cantik beg adik Fifi hari ni... aww. Fifi pakai bra warna apa?"

Ya, kau dengar kata-kata nista dan cacian padanya. Tapi Wafiey kelihatan tidak kisah. Wafiey berumur 16 tahun, seingat kau. Baru berpindah sewaktu pertengahan tahun ini.

Kau pula hanya seorang tukang sapu sekolah, tapi diam-diam kau sebenarnya memegang segulung ijazah perguruan dari IPG di pantai timur - kau cuma mengisi masa lapang sebelum nama kau diseru Kementerian Pelajaran Malaysia. Kau mengikut pakcik kau, seorang tukang sapu sekolah juga, berkerja di sekolah ini buat sementara waktu.

Sebelum kontrak kau bermula,kau sempat memaksa pakcik sulung kau yang duda tiada anak itu - untuk merahsiakan status pelajaran kau.

Pakcik kau menurut. Sayangnya dia pada kau seperti anak sendiri.

Wafiey, Abdul Wafiey bin Abdul Muhaimin namanya. Kau kenal dia, sebab pada awalnya kau ingatkan dia perempuan. Dia agak rendah, dalam ketinggian 165 cm, namun kau tahu biasanya lelaki akan tetap membesar ketinggiannya hingga dia berumur 20 tahun lebih.

Agaknyalah.

Kulit Wafiey putih melepak. Bibirnya merah jambu, matanya sepet, berwarna hazel. Keningnya lebat. Rambutnya hitam kecoklatan. Disebabkan Wafiey jarang bersukan, jarang menyertai aktiviti lasak, badannya halus. Tidak setegap rakan-rakannya yang lain, yang menyertai ragbi, bola sepak, boling padang dan sebagainya.

Wafiey gemar membawa beg merah jambu bercorak bintang-bintang putih. Bila kau kata merah jambu, ini bukanlah merah jambu pudar. Merah jambu ini adalah benar-benar 'striking'! Dari jauh sudah kelihatan begnya. Ada pula 'keychain' bulat berwarna ungu lembut, berbulu. Ada loceng pula dihujung. Jadi kalau Wafiey berjalan dengan beg miliknya, kau dengar loceng itu bergemerincing lembut.

Sekejap, bagaimana kau betul-betul kenal Wafiey, ini?

Ehem. Kau lebih suka terma 'bisexual'. Kau okay mana-mana gender, lelaki atau perempuan. Terutamanya lelaki 'cantik' macam Wafiey. Ah. Sekali tengok si Wafiey ni bagai pelakon Korea. Tapi bukan yang sado-sado, macho itulah. Yang comel-comel tu. Geram pula kau dengan si Wafiey ini.

Namun, kau bukan jenis gopoh. Bukan. Lagi pun, kau tahu dosa pahala. Tidak pernah sesekali kau terjerumus dalam lembah 'pelangi' ini, walaupun godaan demi godaan datang bertamu. Lagi pun, kau okay sama ada lelaki atau perempuan. Itu satu kemudahan untuk kau,

Dan juga, satu ujian.

Sama sahaja analoginya seperti kau suka makan maggie ketam, tetapi kau tak ada duit, walaupun kedainya di depan mata. Takkan nak mencuri, kan? Takkan nak paksa orang sukakan kau, kan? Alah. Kalian faham-faham sahajalah. Jadi sama seperti lelaki heteroseksual lain yang meminati Neelofa dari jauh, kau pandang sahajalah Wafiey dari jauh.

Kalau Wafiey lalu, kau senyum. Tapi Wafiey tak pernah pandang kau. Dia cuma menunduk sahaja. Baguslah. Dapat kau kawal nafsu tak senonoh kau! Tapi, Neelofa cantik juga. Huhu.

Satu lagi, bila kau, err, gay/biseksual, kau dapat agak sama ada lelaki itu gay atau tidak. Puas kau tenung si Wafiey ini, tapi dia tiada tanda-tanda gay. Benar rambutnya selalu dibiar panjang, dan selang sebulan rambut panjang Wafiey akan bersua gunting si Ustaz Awang, namun Wafiey - tidak lembut. Jalannya tegap. Perlakuannya kaku, keras, tiada lemah gemalai. Dia pernah tercicir beg dompetnya, yang kau kutip dan hulur kepadanya. Beg itu, beg dompet lelaki, dengan nuansa warna perang gelap, berkulit kasar. Kau hulur, dan sewaktu dia menyambutnya, tangannya tidak selembut yang kau sangka.

EinzelgangerWhere stories live. Discover now