Monolog 1

14 0 0
                                    

"ada sebab Allah biarkan kau buat keputusan sedemikian. Tak perlu lagi dah kau persoalkan. Dia pemilik hati hambaNya." , aku mula bertelingkuh menghadap tingkap. Cuaca hari ini nyaman.

"jadi, apa yang aku perlu buat sekarang?" , balas hatiku kepada diriku yang sedari tadi aktif memikir sesuatu kerana hati mula pedih dek parut lama pedih tiba tiba.

"tak perlu kau menyuruh aku berfikir banyak. penat tahu tak? kau cuma perlu percayakan diri sendiri. Hal yang lebih baik akan tiba. Jalani saja hidup kau sebagai hamba Dia, turuti dan ikuti larangan dan suruhanNya. Bukankah itu sebab utama kita dihidupkan? Kita akan baik baik saja.", aku mencari telefon bimbit dan melihat gambar si dia yang sedang bahagia. Senyum aku ukirkan.

"tapi kenapa kau terus menerus menyeksa aku dengan melihat gambar dia lagi dan lagi?" hatiku memberontak kesakitan.

"supaya aku tahu, aku tidak buat keputusan yang salah. dan kita harus terus kuat, demi kebahagiaan dia dan ketenangan kita" balasku ringkas. Hatiku diam memendam rasa. Hari diteruskan seperti biasa.

Monolog HatiWhere stories live. Discover now