Monolog 4

12 0 0
                                    

Air mata dilap sambil menekup muka tanda selesai doa. Sejadah dipandang sayu. Kesan air mata masih terlihat.

"kenapa aku rasa tenang tapi aku masih rasa kosong?", aku mengetuk hati. Hairan.

"mungkin sebab kau terlalu mengharapkan jawapan terus dari Tuhan?", jawab ringkas si hati.

"harapan itu perkara yang elok atau tidak?", sejadah tadi aku lipat dua. Kemudian, telekung ditubuh dibuka dan disimpan rapi.

" tidak salah berharap. yang salah jika kau menyalahkan diri atau Tuhan apabila harapan itu belum lagi sempat hadir lalu kau putus asa. Harapan itu jadi menyakitkan kerana kau berharap pada manusia.", kata hati buat aku terhenti dihadapan cermin melihat wajah bungkamku. Cuba untuk memberi semangat.

"yang memberi makna dan mengisi aku itu kan kau sendiri. Pilihan itu ditangan kau sendiri. Bilamana kau mengisi aku dengan sesuatu yang memang sifatnya tidak kekal, kau sendiri tahu bila bila masa manusia itu boleh pergi. Ingatlah, Allah itu Al Baaqii, Maha Kekal. ", hati menyambung. Air mata kembali bergenang. Well, the heart wants what it want.

"Maafkan aku terlalu lama mengabaikan kau", kata aku pada cermin.

"give yourself some credit, yang penting kau dah sedar"

-

كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan. (QS. al-Qashash: 88)

Monolog HatiWhere stories live. Discover now