Monolog 5

13 0 0
                                    

"Hold to forgiveness; command what is right; But turn away from the ignorant. Surah Al A'raf, ayat 199", aku menanda Al Quran kesayangan pada ayat itu dengan label berwarna hijau. Forgiveness eh?

"dalam al quran pun ada tertulis untuk kau jadilah seorang pemaaf, teruskan membuat kebaikan tetapi berpalinglah dari orang yang bodoh. aku rasa kau patut terus berpegang pada ayat itu." , hati memecah kesunyian didalam diri.

"tapi apa yang diorang lakukan pada aku sukar untuk aku maafkan..kau sendiri seksa!", mindaku diserang semula pengkhianatan yang menyakitkan aku selama bertahun.

"sedar atau tidak, semakin kau tidak memaafkan..aku semakin sakit. yang terus menerus menyeksa aku itu adalah kau sendiri. bukan mereka lagi.", hati membengkak.

Aku tutup kitab suci tersebut dan bingkas bangun menuju ke katil. Badan dihempas masih bertelekung.

"aku cuba. tapi semakin aku cuba memaafkan, semakin aku tidak boleh lupa..aku takut. bukan aku tak mahu memaafkan, tetapi aku masih perlukan masa.", tanganku dibawa ke muka.

"sampai bila? tidak salah untuk mengambil masa. tapi jangan terlalu lama. semakin aku membengkak, semakin besar ruang untuk musuh nyata kau masuk.  Syaitannirojim. dalam masa kau menunggu untuk memaafkan, kau akan buat perkara luar kawalan yang akan mematikan aku. Maafkanlah mereka untuk diri kau sendiri. untuk ketenangan kau dan kerana Allah. Kau takkan rugi malah semakin disayangi Dia"

Aku kembali bersujud membasahi sejadah. Biarlah hanya Dia, hati dan aku yang mengetahui seksa ini. Aku maafkan dengan hati yang rela.
--

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tidak akan menambah walau sesuatu pun kepada seseorang hamba yang memberi maaf kecuali kemuliaan."

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: "Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik." (Surah al-Imran, ayat 134)

Monolog HatiWhere stories live. Discover now