Halilintar p.o.v...
Aku memandang ke luar tingkap. Aku merasakan pemandangan pada waktu malam kali ni terlalu indah. Aku termenung sambil merenung bulan purnama yang bercahaya itu.
Fikiranku terkenang kembali segala perbuatan airis terhadapku. Seharian ni aku asyik terfikir kenapa dia mahu bersikap sebegitu? Kekadang aku terfikir aku ada buat salah dengannya ke? Rasanya takde kot... Aku pun elok je layan dia selama ni. Ke ada apa-apa yang terjadi kat dia sebelum ni?
Aku teringat sesuatu. Ya, semua tu berlaku selepas airis berjumpa dengan solar. Dia tak nak menuduh adik-beradiknya sendiri... Tapi persoalannya macam mana airis dan solar boleh jadi rapat? Hm... Pelik ni.
Aku berasa rimas apabila terkenangkan perkara itu kembali. Haih... Apalah nasibku. Sebelum ni aku disayangi oleh semua orang, tapi kerana satu fitnah je korang terus bencikan aku. Korang memang percaya ke aku yang buat semua tu?
Aku mengeluh sebentar lalu aku melabuhkan punggung di birai katil. Tapi... Walaupun dibuli, aku tetap meneruskan perjuangan aku. Aku takkan mengalah.
Blaze:Halilintar!!!Buat apa tu?!
Terkejut aku. Boleh luruh jantung aku ni... Yelah, tetiba blaze jerit terpekik-pekik panggil namaku. Ish, tiber.. 😂
Halilintar:Buat bodoh.
Blaze:Ish,jawab betul-betullah! Jangan main-main!
Halilintar:Yelah...aku termenung je... Tapi tak fikir apa-apa pun. Eh, ais mana? Bukan ke korang ni selalu bersama?
Blaze:Oh,dia kat dapur.Dia duduk ngan gempa. Entah apa yang diorang bualkan, aku malas nak ambil tahu jadi aku masuk biliklah.
Halilintar:Oh..okey. Erm... Homework siap tak lagi?
Blaze:Huhu..settle bos. Semuanya complete! (sambil petik jari)
Halilintar:Baguslah tu... Dah pergi tidur takut kau terbangun lewat esok. Pergi tidur okey?
Blaze:Okey...good night halilintar.
Halilintar:Ya.
Aku kembali merenung ke luar jendela. Senyuman airis masih terbayang di mataku. Tapi dengan perbuatan apa yang dia buat kat aku... Aku masih tak boleh lupakan. Lukanya itu aku masih terasa lagi...
Aku menoleh ke arah jam dan terkejut. Lamanya aku termenung, baik aku masuk tidur sekarang. Jadi... Selamat malam semua....
Tbc
YOU ARE READING
I Love You 3 thousand, Halilintar! ❤
Romance"Wei, lari wei. Budak gay tu dah datang dah. "kata salah seorang murid dari sekolah itu. "Kenapa dia sekolah di sini ya? Kenapa tak pergi kat lorong je? Kat situ kan ada banyak pondan yang boleh dia kawan."kata salah seorang murid perempuan pula. ...