"Aku tak nak bunuh perempuan tu.""Apa?! Kau jangan nak main - main dengan aku !" Jay merenung pada handphonenya. Rasa ma am tak percaya ayat tu keluar dari mulut Karl sendiri.
"Aku serious. Aku tak nak bunuh perempuan." keras Karl membalas. Dia tak mampu bunuh Aini. Katalah apa pun, dia tetap takkan bunuh Aini. Kenapa mesti tunggu sampai dia bunuh Aini baru dia akan lepas dari Jay? Aini tak bersalah! Dia perempuan yang baik. Karl rasa bersalah jika turuti kemahuan Jay yang mahu perempuan itu mati.
Karl tersenyum sedikit. Sejak bila kau rasa bersalahni, Karl ? Selamba ni kau tak pernah Ada rasa bersalah bila melibatkan nyawa se seorang. Kau ambil nyawa diorang tanpa perasaan tapi Kenapa dengan perempuan ni kau jadi lain? Kenapa nak selamatkan dia pula? Bisik kata Hati Karl. Karl mengeluh. Entah lah, dia pun tak pasti dengan perasaannya. Apa yang dia tahu, dia tak sanggup menghabiskan riwayat hidup perempuan itu dengan tangannya sendiri.
Jay mendengus kasar. " Aku tak peduli. Kalau kau tak bunuh perempuan tu, jangan harap kau dapat keluar dari kumpulan ni !" jangan harap dia akan lepaskan Karl dengan begitu mudah! Perempuan tu dia akan bunuh, Karl pun dia akan bunuh!
"Aku tak kisah kau nak cakap apa. Aku dah buat keputusan yang aku tak akan bunuh perempuan tu aku Dan aku akan tetap keluar dari kumpulan kau! Kau dah tak Ada hak nak arah aku lagi!"
"Tak guna! Kau memang tak boleh harap! Kau memang silap besar bila kau jadi kan aku musuh kau ! Lepas ni, setiap bayang - bayang kau aku akan kejar. Tanam dalam kepala kau baik - baik.... Bukan perempuan tu je aku bunuh tapi aku tak teragak - agak nak bunuh kau!"
Karl merenung panjang setelah talian diputuskan. Jay nak bunuh dia? Dia tak kisah, dia tak pernah takut untuk mati semenjak melibatkan diri dalam dunia hitam ni.Tapi Aini? Dia takkan biarkan Aini mati. Kalau Jay nak bunuh Aini, Jay kena berhadapan dengannya dulu! Itu tekadnya. Biarlah dia selamatkan nyawa orang yang tak bersalah pula kali ni.
YOU ARE READING
Tulisan Di Dinding
ActionTubuhnya ditolak kasar ke dalam kereta. Aini terjerit kecil apabila pintu kereta dihempas kuat. Lelaki itu masuk dengan pantas dan menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan kuat. Sekali lagi jeritan Aini bergema. Tubuhnya menggeletar. Duduk d...