Aini mengambil perencah rendang dari rak Dan letak di dalam bakul. Malam ni bolehlah masak. Lagipun lama dia tak masak rendang. Dalam Hati berkira-kira nak mengajak Ilyani iaitu teman baiknya untuk datang ke rumah.. Dah lama juga Ilyani tak menjenguk direi ke rumahnya.Aini tunduk bila tali kasut sneekers yang dipakainya terlerai dari ikatan. Tiba-Tiba rak yang berada di sebelahnya meletup. Pecah berderai botol-botol kaca. Aini terkejut. Kenapa ni ? Susana pasaraya itu bising. Orang ramai bertempiaran lari bila beberapa das tembakan dilepaskan. Badan Aini menggeletar.
Kakinya keras. Dia tak berani untuk bangun. Takut kalau peluru itu akan mengenai dirinya. Mujurlah dia tunduk tadi untuk membetulkan tali kasut. Kalau tidak, pasti Tubuhnya sudah terbujur kaku saat ini.
Aini merangkak. Matanya mencari pintu keluar. Tiba-tiba pandangannya terhalang dengan dua susuk tubuh besar di hadapannya. Dua - dua pakai topeng hitam. Nafas Aini bagaikan mahu terhenti bila dua orang lelaki yang tidak dikenali itu mempunyai pistol. Maknanya diorang lah yang melepaskan tembakan tadi? Tapi Kenapa? Mahu merompak pasaraya ni? Atau memburunya? Peluh sudah memercik di dahi Aini. Meningkatkan itu sahaja dah buatkannya putus Nafas. Adakah mereka ini sama seperti lelaki yang pecah masuk ke rumah ya hari itu? Datang untuk membunuhnya....
"Finally.. Dapat juga aku berjumpa dengan kau perempuan." lelaki yang sedikit tinggi bersuara. Sambil Matanya meliar melihat keadaan sekeliling. Orang ramai berpusu-pusu mencari jalan keluar. Dia tersenyum sinis. Serabut betul tengok orang ramai ni. Dia melepaskan lagi dua tembakan ke atas. Jeritan orang ramai bertambah kuat. Lelaki itu tersenyum lebar. Suka tengok orang bertempiaran lari.
Aini masih lagi tidak bergerak. Kakinya tersa kejang. Maknanya betul lah tekaannya tadi. Memang mereka datang untuk membunuhnya! Tapi Kenapa? Apa yang dia lakukan sampai Ada orang yang mahu dia mati?
"Tahu takpe... Dah lah RJ, jangan banyak cakap. Bunuh je perempuan ni. Nanti polis datang, tak pasal-pasal je aku dengan kau kena cekup." lagi seorang lelaki bersuara. Dia tak mahu berlengah lagi. Lebih tinggi risikonya kalau mereka berlama disitu.
"Aku tahu lah!" serentak dengan itu RJ mengacukan pistol ke arah Aini.
Aini menekup kepalanya dengan tangan. Jantungnya berdegup kuat sehingga telinganya sendiri boleh dengar degupan Jantungnya sendiri. Dia tak nak mati lagi! Dia nak lari tapi tak mampu untuk bergerak. Bahunya terangkat bila tembakan dilepaskan. Sara erangan seorang lelaki membuatkan Aini membuka matanya. Lelaki tinggi tadi dah terduduk. Bahunya berdarah.
"Tak Guna !"
Sekali lagi tembakan dilepaskan. Kali ni kawan lelaki itu pula yang ditembak. Lelaki itu rebah bila peha kanannya ditembak.
Aini tercengang. Siapa yang tembak dua ora g penjahat ni? Belum sempat dia berfikir, tiba -tiba tangannya ditarik kasar oleh seseorang. Aini dipaksa bangun Dan ditarik mengikut langkah kaki itu. Bila lelaki lari. Aini turut terpaksa berlari kerana genggaman lelaki itu begitu kuat. Mahu tercabut lengannya. Dia Cuba leraikan pegangan itu namun gagal.
"hei..."
Tubuhnya ditolak kasar ke dalam kereta. Aini terjerit kecil apabila pintu kereta dihempas kuat. Lelaki itu masuk dengan pantas dan menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan kuat.
Sekali lagi jeritan Aini bergema. Tubuhnya menggeletar. Duduk dalam kereta ni pun boleh buat jantung dia tercabut. Dia betul - betul takut. Kereta yang dipandu oleh lelaki itu begitu laju. Nafasnya hampir putus apabila kereta ini memotong laju kesemua kenderaan lain. Telinganya bingit dengan hon - hon dari kenderaan lain.
Sejenak aini menoleh untuk memandang siapa gerangan lelaki tersebut. Aini tergamam dengan apa yang dia lihat.
Dia?!
YOU ARE READING
Tulisan Di Dinding
ActionTubuhnya ditolak kasar ke dalam kereta. Aini terjerit kecil apabila pintu kereta dihempas kuat. Lelaki itu masuk dengan pantas dan menghidupkan enjin kereta. Pedal minyak ditekan kuat. Sekali lagi jeritan Aini bergema. Tubuhnya menggeletar. Duduk d...