Dark Red

27 5 2
                                    


Dunia ini...

.... tiada lagi...

.... cinta sejati.





~~




Sejak dulu, aku tidak pernah membantah kata-kata orang tua ku. Aku menurut walau ia bukan kemahuan ku.

Kenapa?

Kerana hanya mereka yang ada, ketika semua berpaling dari ku.

Soal hidup ku, hanya mereka yang tentu kan. Aku tidak kisah. Memandangkan diri ku hanyalah sekadar medium kepuasan.

Dulu lebih sensara. Dijadikan tempat mencari harta oleh perempuan itu.

Perempuan itu?

Ya, perempuan itu, yang telah membawa ku ke dunia penuh dusta ini. Sejak kecil aku tidak pernah dilayan seeloknya. Dicaci, dihina, dicemuh kerana melakukan pekerjaan itu, hanyalah melodi yang selalu ku dengar semasa menginjak dewasa.

Tidak sampai suatu hari.

Perempuan itu kemalangan. Aku melihat darahnya mengalir membasahi jalan. Matanya tepat melihat wajahku. Di saat itu, sebelum dia meninggalkan jasadnya, aku masih mengingati ucapannya.


"K.. Ka.. U.. Pe.. M.. Bawa... Si.. Sial! "


Dan ketika itu, kami dikerumuni oleh manusia.

Berita tentang kematiannya tersebar luas. Mungkin kerana dia seorang yang disayangi masyarakat di sini? Penampilan yang baik dan ramah hanyalah topengnya untuk mengkaburi mata manusia tidak berotak ketika keluar dari rumah. Rumah yang seperti 'neraka' pada ku.

Aku fikir setelah kematiannya, aku bebas dan tidak menderita lagi.

Namun, takdir begitu kejam. Aku lebih merana berbanding dulu.


Kesunyian.



Kesepian.



Cemuhan.



Hinaan.


Hidup aku bagai tiada erti ya. Untuk apa aku hidup jika terus dipersalahkan?


"Anak sial pembawa malang! "

"Dasar anak sial, kau yang menyebabkan Maria mati! "

"Sejak lahir, memang selalu benda sial jadi dekat Maria. Kau hidup untuk menyusahkan orang ya? "

"Aku tak suka kau muncul di sini lagi. Mencacatkan pemandangan je, sampah. "

"Kerana kau, Maria mati. Kenapa bukan kau je yang mati? "







Kenapa bukan kau je yang mati.




Bukan kau je yang mati.





Kau je yang mati.






Mati.






Kau.





Kau.






Aku.







Kenapa bukan aku je yang mati?






Kenapa aku harus terseksa seperti ini? Kenapa aku harus terus dipersalahkan? Aku pembawa sial? Pembawa malang? Aku yang menyebabkan kemalangan? Semua ini salah aku?

C A R N A T I O NWhere stories live. Discover now