Light Red

8 2 0
                                    

Melihat dari jauh..

.. mencintai dalam sepi..





~~

SHUU

SHUU

Aku melihat titisan air hujan yang turun dari atap bangunan sekolah tanpa apa-apa perasaan. Terus merenung dan mengharap agar hujan ini berhenti.

Walau banyak mata memerhati, aku hanya tetap merenung air hujan yang turun tanpa henti. Ku dengar mereka ketawa. Bergurau senda, bahagia. Namun, tidak pada diri ini.

Jika aku dekati, mereka menjauh. Tika menyapa, tidak diendah. Kini, aku sudah lali. Menagih pada yang tidak sudi.

Jika dahulu mereka yang menjauh. Namun kini, aku yang memencilkan diri. Bukan terasa hati, cuma sekadar sedar diri.

Jika mahu dibanding aku dengan mereka, bagaikan langit dengan bumi. Seperti kaca dan permata. Bagai ratu dengan hamba. Tidak akan pernah sama.

Ku akui mereka cantik. Semua telah dicipta tanpa cela diwajah.

Namun, tidak aku.

Aku dan mereka jauh berbeda. Wujudku tidak seindah mereka. Mereka terlalu cantik jika hendak dibandingkan dengan ku.

Wajah ini.


Tubuh ini.


Diri ini.



Mengapa aku harus hidup? Jika aku tidak seperti yang lainnya? Diriku terlalu berbeza. Ya, ku akui aku hodoh.


Tidak cantik.


Hodoh.


Ya, itu aku.



Mahu mengejek ku? Memperlekehkan aku? Mencemuh aku?

Lakukan sesuka hati mu.

Aku sudah lali.

Lali dengan hidup yang sebegini.

Aku memegang wajah. Merasa setiap lekuk yang ada dengan perasaan tidak puas hati. Kenapa aku dilahirkan dengan wajah seperti ini? Apa salah ku?

"Hey, korang tengok lah dia pegang muka kotor dia lah! "

"Euw, tak jijik ke? "

"Kalau aku terpegang, mau aku potong tangan lepas tu. Tak sanggup aku! "

"Ada juga ya manusia bermuka hodoh macam tu? "

"Sudahnya kalau muka hodoh mesti lah perangai pun lebih kurang sama, kan? "

Ya, katakan apa sahaja. Aku mendengarnya. Terus lah berkata dan berkata. Sehingga kau tak mampu berbicara lagi.

Hujan yang masih turun dengan lebat itu tidak ku endahkan. Aku melangkah meninggalkan tempat berteduh ku. Meredah hujan lebat sambil wajah menunduk ke bumi. Biarlah aku basah di dalam hujan. Kerana di situ, tiada siapa yang akan tahu.




Air mata ku jatuh.


Aku melangkah dan terus melangkah. Di dalam kelebatan hujan, tiada lagi kedengaran suara mereka.

Apa memang salah aku dilahirkan begini?

Apa memang aku yang bersalah jika wajah ku sebegini?


Mengapa?


Mengapa aku harus dilahirkan dengan wajah seperti ini?


Kerana wajah ini, aku sering dihina, diejek. Hidupku tidak pernah aman tanpa kejian. Dan disaat seperti itu, aku hanya mampu memendam sendirian. Tiada tempat untuk aku mengadu nasib.

C A R N A T I O NWhere stories live. Discover now