Pink

7 3 0
                                    

Bertemu dia..


.. Suatu kesyukuran buat ku.





~~



Di taman ini, aku duduk sendirian. Menikmati keindahan senja.

Dari sini, aku dapat melihat dia.

Dia yang lain daripada rakan-rakan ku.

Dia kelihatan kekok untuk bergaul dengan orang lain. Bahkan ketika orang lain menegurnya.

Mungkin dia merasakan yang kami semua berbeda darinya?

Mungkin kerana dia tinggal di rumah itu?

Rumah agam yang mewah itu?

Dia, sangat berbeza.

Berbanding aku yang tinggal di rumah sederhana.

Melihat tempat tinggalnya sahaja aku sudah merasa kerdil. Apatah lagi jika aku bergaul dengannya.

Adakah dia akan jijik dengan orang miskin ini?

Disebabkan itu, aku jarang sekali menegurnya. Aku takut dia tidak selesa, jijik.

Seketika aku terleka memikirkan perkara itu. Lamunan ku berkecai apabila aku mendengar sesuatu.

Aku menoleh ke arah dia. Dia yang sedang meronta-ronta untuk dilepaskan. Kelihatan juga seorang lelaki yang lebih dewasa daripada kami. Lelaki itu cuba untuk menariknya ke dalam sebuah van berwarna hitam yang berada di situ.

Dia, diculik??

Apa yang aku harus lakukan?

Perlukah aku menyelamatkannya?

Namun, aku takut.

Aku takut jika aku gagal.

Adakah dia akan menyalahkan aku?

Tapi...

Dia perlukan pertolongan aku.

Aku..

Perlu menyelamatkannya.





"Hei! Korang lepaskan dia! Jika tidak aku akan laporkan pada polis! "

Aku bersuara dengan tegas.

"Hahaha!! Serius lawak apakah yang kau buat, budak? Kau ingat aku takut dengan budak mentah macam kau? Heh. "

"Aku cakap lepaskan dia! "

"Kalau aku cakap aku tak mah-"

BUKK!

"Cepat lari. "

Aku berbisik kepada dia.

Dia kelihatan terpinga-pinga setelah aku membisikkan perkataan itu.

Aku lantas menariknya untuk lari daripada lelaki tadi setelah aku berjaya memukulnya di bahagian 'itu'.



HUF! HUF!

Aku menoleh ke belakang untuk memastikan lelaki tadi tidak mengejar kami.

Setelah memastikan kelibat lelaki itu tidak kelihatan, aku terduduk keletihan di samping dia.

Penat.

Sesak.

Haus.

Aku dan dia berlari tanpa henti untuk mengelak daripada ditangkap lelaki itu.

C A R N A T I O NWhere stories live. Discover now