Purple

7 3 0
                                    

Kehilangan diri mu..

.. Perit sekali.






~~



Dia ialah keluarga ku.

Satu-satunya abang ku di dunia ini.

Ketika kecil, aku dan dia sering bermain bersama.

Di luar kami kelihatan bahagia.

Bermain.

Ketawa.

Namun, ketika kami pulang, rasa itu lenyap.

Iya, lenyap.

Lenyap setelah melihat keributan di dalam rumah.

Keluarga kami memang kelihatan bahagia.

Namun, ibu bapa ku sering bertengkar.

Aku tidak pasti mengapa mereka harus bertengkar. Aku tidak suka mereka bertengkar.

Disebabkan itu, aku dan dia keluar dari rumah. Bermain di luar untuk mewujudkan rasa ceria.

Jadi, hanya dia yang aku ada untuk meluahkan rasa. Hanya dia yang selalu ada.

Hanya dia.

Abang ku.




Di musim dingin ini, kami berdua lagi. Berjalan melewati padang rumput yang dilitupi salju. Sambil berpegangan tangan, aku dan dia mengatur langkah bersama.

"Christ, itu kan pohon berbuah yang disukai ibu. Jika kita petik dan berikan kepada ibu, pasti dia gembira, kan? "

Aku tujukan jariku ke arah sepohon pokok besar di hujung sana.

"Baiklah, Christine. Kita petik banyak-banyak supaya ibu ceria kembali, ya. Ibu, sudah lama tidak kelihatan ceria. "

Sambil tersenyum manis, dia menyetujui cadangan ku.

Kami berjalan berpegang tangan lagi, menuju ke arah pohon itu.


Ibu.

Pasti menyukainya.






Mendekati rumah itu, kami mendengar suara pertelingkahan.

Mereka bergaduh lagi.

Kami tidak mahu ikut campur urusan mereka.

Buah yang dipetik, kami tinggalkan di hadapan pintu.

Sekali lagi kami keluar, menghirup udara dingin. Sambil berpegangan tangan, kami kembali ke pohon besar itu.

Aku sedih.



Mengapa mereka harus bertengkar?



Aku rindu mereka yang dulu.



Mereka yang menyayangi antara satu sama lain.


Apa rasa sayang itu sudah tiada lagi?



Apa rasa sayang itu sudah hilang?





"Hei, Christine. Jangan sedih. "

Abang.

Bagaimana aku tidak sedih?


"Percayalah mereka akan baik-baik sahaja nanti. "


Benarkah, abang?


"Christine, dengar lah. Jika kita terpisah, aku tidak akan melupakan mu. Jika kita terpisah, jagalah dirimu baik-baik. "


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

C A R N A T I O NWhere stories live. Discover now