66 ; the happiness will last long

1.3K 187 138
                                    

" Her Bad Boy - 66 "

The Happiness Will Last Long

⬜⬜⬜⬜⬜

네 새끼손가락
처럼 우린 여전해
네 모든 걸 알아
서로 믿어야만 돼
잊지 마
고맙단 그 뻔한 말 보단
너와 나
내일은 정말 싸우지 않기로 해

Like your pinky
We are still the same
I know everything about you
We gotta trust each other
Never forgot
More than the plain thank you
You and me
Decided not to fight tomorrow for real

- BTS, Friends

⬜⬜⬜⬜⬜

Rachel's Pov

Pejam celik, pejam celik, dah masuk sebulan sejak kami berkunjung ke Pulau Jeju. Hari ini akan menjadi satu tarikh yang bersejarah dalam hidup aku, kerana aku akhirnya bakal disatukan dengan Taehyung!

"Alahai, buat apa lagi ni Rachel? Turun cepat, kita makan tengah hari sebelum ke dewan tu. Kamu kena awal tau, nak bersiap apa semua."

Tiba-tiba omma muncul dan menguak pintu bilik dengan muka yang kerisauan. Aku yang sedang sibuk melipat baju yang baru dijemur menoleh ke arah jam dinding yang sudah masuk jam 12 tengah hari. Kami akan berkahwin lewat petang nanti, jadi perlu bergerak ke dewan lebih kurang jam 1 tengah hari.

"Sekejap ya, omma. Rae nak habiskan satu bakul ni dulu," balasku sambil menunjuk ke arah satu bakul yang tinggal separuh isinya.

Omma kemudiannya mengangguk dan berpesan sekali lagi sebelum dia turun terlebih dahulu. Aku pun cepat-cepat habiskan kerja aku dan melangkah turun.

"Sayang!" Aku menegur Hyunsuk yang terduduk di hadapan pintu bilik Taehyung. Entah apa pula budak ni buat kat sini, aku pun tak tahu. Terus dia depa tangannya padaku dan aku bawa dia turun sekali.

"Aww, comelnya cik muda dukung Hyunsuk!" teriak Eunha lalu dia ketawa kecil apabila aku sudah duduk di meja makan. Aku hanya membalas dengan senyuman sementara tangan Eunha ligat bergerak menyusun pinggan untuk makan tengah hari.

"Jemput makan, tuan, puan, encik muda dan cik muda." Eunha menunduk hormat dan dia terus berlalu ke dapur selepas itu. Aku meletakkan Hyunsuk di kerusi bayi agar dia boleh duduk dengan selesa sementara aku menyuapnya makan.

"Sayang! Nak suap macam Hyunsuk jugak!" Taehyung tiba-tiba berkata kuat. Aku menoleh ke arahnya dengan kerutan di dahi.

"Awak ingat awak baby ke nak suap-suap?"

"No, I'm not. But I am your baby, right?" Taehyung mengedipkan matanya berulang kali, ingin tampak comel di mataku. Aku berdecit dan sambung menyuap Hyunsuk.

"Jangan mengadalah, Taehyung. Malu sikit dekat omma dengan appa ni," tegur omma apabila melihat wajah cemberut Taehyung yang tidak dapat disembunyikan itu.

"Omma, Rachel ni nak kahwin dengan Tae ke dengan Hyunsuk? Dia tak layan Tae, asyik layan Hyunsuk, Hyunsuk, Hyunsuk!" Taehyung mula mengadu seperti budak kecil. Ku lihat omma menjegilkan matanya pada Taehyung dan terus saja bakal suamiku itu mencebik.

Her Bad Boy + kth ✓Where stories live. Discover now