Epilogue + Outro ; Notes for Readers

1.6K 167 79
                                    

" Her Bad  Boy - Epilogue "

⬜⬜⬜⬜⬜

너는 내 삶에 다시 뜬 햇빛
어린 시절 내 꿈들의 재림
모르겠어이 감정이 뭔지
혹시 여기도 꿈속 인건지

You are the sun that rose again in my life
The return of my childhood dreams
I don't know what this feeling is
Perhaps I'm also in a dream

- BTS, Euphoria

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Rachel menggalas beg sekolahnya setelah mengemas barang-barangnya yang bersepah di atas meja di perpustakaan itu. Hampir 2 jam dia berteleku di situ, mengulang kaji pelajaran dengan bantuan buku rujukan di perpustakaan Ppalgan Highschool.

"Aduh, laparnya." Rachel memegang perutnya yang terasa berkeroncong meminta makanan. Maklumlah, kali terakhir dia makan adalah semasa waktu rehat iaitu hampir 6 jam lepas.

Tanpa berlengah dia keluar dari perpustakaan. Sempat juga dia lemparkan senyuman pada pustakawan yang bertugas di situ. Rachel berjalan perlahan ke arah pintu pagar sekolah untuk pulang ke rumah. Tak lama lagi dia kena ke bakeri pula untuk bekerja.

Di suatu sudut yang lain, Taehyung dan Jimin berpeluk tubuh. Mereka sedang membuli seorang pelajar junior yang tidak sengaja menumpahkan susu coklat pada uniform sekolah yang dipakai Taehyung.

"Saya minta maaf, sunbaenim... Saya tak sengaja. Saya janji tak buat lagi!" kata pelajar lelaki tahun pertama itu. Dia menggigil ketakutan melihat wajah bengis Taehyung saat itu.

"Hei, berhenti minta maaf! Maaf kau tu, murah sangat bagi aku," balas Taehyung dengan suara memetir kuat dalam stor sukan itu. Ya, di situ ahli Bangtan kerap melakukan projek membuli pelajar yang mencari masalah dengan mereka kerana kawasan itu sunyi dan jarang dilalui oleh sesiapa.

Taehyung menunduk, menyamakan pandangan dengan pelajar lelaki yang sudah menarik nafas lemah kerana penat dibelasah oleh Taehyung. Jimin tidak sesekali menyentuhnya, sekadar ikut ketawa jahat apabila Taehyung memukulnya.

"Berhenti," ucap pelajar lelaki itu, menahan sakit yang teramat pada perutnya apabila disepak oleh Taehyung. Dia terbaring di atas lantai stor sukan dengan darah yang mengalir keluar dari hidungnya setelah ditumbuk bertubi-tubi.

"Macam mana? Menyesal tak?" tanya Taehyung, tangannya menggenggam kuat rambut pelajar lelaki itu sehinggalah dia mengerang kesakitan.

"Saya menyesal! Sunbaenim, tolonglah kasihankan saya," kata pelajar lelaki itu tadi, memohon belas kasihan Taehyung. Taehyung sengih sinis, berani pula dia meminta belas kasihan selepas membuat sesuatu yang membuatkan dirinya malu.

"Kau tak layak dapat belas kasihan aku," ujar Taehyung dengan nada geram lantas sekali perut pelajar lelaki itu disepaknya.

Rachel yang kebetulan lalu di situ menoleh ke arah stor sukan yang ada di sebelah kanannya. Dia tersalah dengarkah? Rasanya macam ada bunyi orang mengaduh kesakitan dari situ.

Tanpa membuang masa Rachel memberanikan diri untuk mengorak langkah ke situ. Tubuh kecilnya menyorok dari sebalik pintu yang terbuka sedikit. Rachel menekup mulut, terkejut melihat pelajar lelaki yang dipukul teruk itu.

Her Bad Boy + kth ✓Where stories live. Discover now