12 ; first kiss

2.5K 273 8
                                    

" Her bad boy - 12 "

• First Kiss 

⬜⬜⬜⬜⬜

너는 나의 지구
네게 난 just a moon
네 맘을 밝혀주는 너의 작은 별
너는 나의 지구
And all I see is you
이렇게 그저 널 바라볼 뿐인 걸

You are my Earth
To you I am just a moon
Your little star that brightens your heart
You are my Earth
And all I see is you
I am just gazing at you like this

- BTS Jin, Moon

⬜⬜⬜⬜⬜



Rachel's Pov

"Jumpa esok, Rae."

Aku mengangguk dan melambai kepada Aerin dan Hana. Aku memerhati mereka yang berjalan ke luar sekolah bersama ramai pelajar yang lain memandangkan sekarang sudahpun waktu tamat sekolah. Mereka akan pulang terlebih dahulu kerana hari ini aku ingin belajar di perpustakaan sekolah.

Aku mengemas sedikit loker yang berhabuk. Mungkin aku kena bawa penyapu bulu ayam esok. Lama-lama nanti bersawang pulak loker ni.

Setelah siap, aku melangkah ke perpustakaan. Seperti biasa, hanya aku seorang yang berkunjung ke sini. Dua orang pengawas perpustakaan yang sudah biasa dengan kelibatku tersenyum dan mengangkat tangan tanda menyapa.

Aku letak buku dan alat tulis di atas meja berdekatan dengan pendingin hawa. Cuaca hari ni agak panas, aku membuka blazer sekolahku dan letak atas kerusi di sebelahku. Aku duduk dan mula menyelesaikan kerja sekolah dulu. Takut tak sempat buat sebab aku kerja syif malam nanti.

Hampir setengah jam aku fokus dengan kerja sekolah, tiba-tiba muncul seseorang yang memilih untuk duduk di hadapanku. Aku angkat muka dan memandang orang itu dengan muka pelik.

Taehyung.

Apa yang dia buat kat sini?

Taehyung tidak memandang aku namun dia selamba menarik buku aku. Datang sini memang sebab nak cari gaduh ke apa?

Aku memandangnya geram. "Jangan kacau saya, Taehyung."

Dia pandang aku dengan muka pelik. "Kacau?"

Aku angguk. Buat-buat bodoh pula,ish.

"Mana ada kacau. Aku ganggu je," jawab Taehyung sambil menyelak satu persatu buku aku.

"Kan sama je tu." Aku tarik kasar buku aku dan dia terlepas. Aku jeling dia tajam sebelum mengemas semua barang aku. Aku bawa semuanya ke meja yang paling tersorok, malas mahu hadap Taehyung.

"Oh no," Aku berbisik perlahan apabila Taehyung mengikut. Kali ini dia memilih untuk duduk di sebelahku.

"Taehyung, please. Kalau nak ganggu saya bukan sekarang masanya." Aku mengeluh berat. Tak faham betul aku dengan lelaki ini. Dia boleh balik, tak pun pergi jalan-jalan, apa-apa je tapi kenapa dia memilih untuk duduk dengan aku dekat library.

"Ya, aku tak kacau kau. Buatlah kerja tu," Taehyung berkata, suaranya kedengaran sedikit hampa. Aku mengalihkan pandanganku ke arah buku semula.

Lebih kurang 10 minit berlalu, dan aku dapat rasa sedikit bahang di pipiku kerana Taehyung langsung tidak berhenti memandangku.

Yalah, siapa je tak malu bila ditenung oleh lelaki ni? Dia kacak, raut mukanya cukup sempurna untuk menggoda mana-mana gadis di sekolah ini.

"Taehyung, jangan pandang saya macam tu." Aku mengeluarkan suara apabila terasa sedikit kekok diperlakukan begini.

Her Bad Boy + kth ✓Where stories live. Discover now