"Jackson, kau tak pelik ?""Pelik tentang apa?" Tanya jackson.
"Kenapa jihyo tak beritahu tuan pengetua benda yang betul? Kau pun perasan kan yang dia tipu tuan pengetua wei, pengetua tau bukannya cikgu biasa" ujar namjoon pelik.
"Alah. Sekarang ni kau yang pelik. Fikir benda yang tak perlu difikirkan. Mestilah dia takut dengan kita. Kau pun tahukan, kalau benda ni kantoi, mesti dia akan kena lagi teruk dengan kita"
"Aku ugut dia." Lisa mencelah tiba-tiba.
"Apa?!"
"Tak yang korang buat muka terkejut kenapa? Bukannya kita tak pernah ugut orang!"
"Tapi ni lain lisa. Bila yang kau jumpa dia? Asal kita orang tak tahu pun?"
"Haritu kan aku ada minta izin keluar dari kelas lepas kes dekat tandas tu. Aku pergi bilik rawatan. Dan nasib memang menyebelahi aku sebab hanya ada dia seorang je dalam bilik rawatan."
" Ish kau ni. lain kali bagitahu la kitaorang."
" aku buat ni untuk korang jugak. kalau tak sekarang nie korang dah merempat dekat rumah korang tu."
.
.
"Hanbin baik orang nye. Dia sejenis yang dengan kata. Tapi sayang! Dia mungkin akan senasib dengan kau atau lebih teruk lagi. kau ingat kitaorang tak boleh cari dia diluar sekolah? Kau silap jihyo! Jadi lebih baik kau pastikan kau tutup mulut kau serapat-rapatnya sebab kau tahukan apa yang akan terjadi kalau kitaorang dibuang sekolah?"
Ugutan oleh lisa masing tergiang-giang difikirannya. Atas sebab itulah dia sanggup membiarkan dirinya terluka. Dia sanggup pendam ini semua sendiri. Semua kerana rakannya.
" Jihyo?! Jihyo?!"
"Ha?!"jihyo tersentak.
"Kau kenapa ha? Termenung ja dari tadi?"
"Aku okay la."
"Kau pasti? "
"Yup!"
"kelas dah habis. so jom teman aku sebelum kita balik."
"Pergi mana? "
"Ikut je"
selepas mengemas barang dan beg digalas, jihyo terus mengikuti Hanbin sehinggalah mereka berada di gelanggang basketball.
"Kita buat apa dekat sini? "
"Mancing! Kau boleh tanya lagi. Hari ni ada perlawanan pemilihan ahli untuk mewakili sekolah. Tu yang aku bawa kau datang sini."
Mereka memilih untuk duduk di kerusi tangga yang disediakan.
"Tapi aku tak sukalah "
"Kenapa? Sebab choisan?"
Jihyo risau sekiranya choisan perasan dengan kehadirannya disitu. Lagipula dia seboleh-bolehnya tidak mahu terserempak dengan seniornya itu.
"Alah, kau jangan risau. Dia takkan perasaan kau punya sebab mesti dia akan berikan tumpuan dia dekat pemainan ni"
Jihyo hanya mendiamkan diri. Pandangan dilepaskan kedalam gelanggang. Kelihatan beberapa pemain sedang memanaskan badan. Dia memandang para pemain satu persatu dan secara tidak sengaja matanya bertaut dengan anak mata milik choisan yang pada ketika itu juga sedang memandangnya.
"K-kau tengok la eh, aku nak balik. ada hal." Ujar jihyo apabila dia perasan yang choisan mula berjalan menghampirinya.
Dia melangkah dengan laju. Choisan terus mengejar Song Jihyo. Disebabkan choison adalah seorang pelajar yang tinggi, Dalam beberapa saat sahaja dia sudah berdiri menghalang Song Jihyo daripada pergi.
YOU ARE READING
𝙇𝙐𝙉𝘼𝙏𝙄𝘾 𝘾𝙃𝘼𝙊𝙎
Fanfiction𝗦𝘁𝗮𝗿𝗶𝗻𝗴 : Song Jihyo With Choisan 𝗧𝗵𝗲𝗺𝗲 : Teen Mystery Fanfiction 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : On-Going 𝗨𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲 : Available Day + Perpindahannya yang mempunyai sebab tersendiri yg membawa kepada pertemuan diantara dua musuh. Hanya kerana sifat...