kata-kata mutiara

901 64 37
                                    

Hali mencari taufan merata tempat sehingga dia ternampak taufan di taman sedang duduk di bangku ¾memeluk kedua kakinya.hali terus arah taufan dan duduk sebelah taufan.

"Ufan tak niat jadi biadap pada mama dan papa,kak..ufan hanya tak mau gem trauma seperti dulu..aku tak mahu.."

Hali mengusap kepala taufan dan menghela nafas.dia memandang suasana taman yang kelihatan bising dengan ramai kanak² bermain dan tertawa riang.

"Aku juga tak mahu kejadian itu berulang lagi..kapan terakhir kali kita main dan tertawa bersama gem,fan?"

Taufan terkejut dan diam.suara tertawa kanak² di taman menarik perhatian taufan dan dia melihat 3 kanak laki bermain dan tertawa riang.dia tersenyum mengingat dia dan hali bermain tertawa bersama adiknya gempa.

"Sejak kejadian itu berlaku..aku,kak hali jarang bermain bahkan tertawa bersama gempa..aku rindu dan ingin melihat gempa terus senyum dan tertawa seperti kanak² itu kak..aku sedih melihat wajah gem terlihat ketakutan dan trauma dengan semua orang.."

Hali memandang taufan yang menunduk tu dan memandang langit dengan senyuman nipis.dia bangun dan menghulurkan tangannya.taufan memandang hali hairan.

"Jom,fan.kali ni kita jaga adik² kita dengan betul dan tak lalai lagi.kita buang ketakutan dan kembalikan tertawa dan senyum dalam diri gem"

Taufan tersenyum dan mengangguk. dia menyambut tangan hali dan bangun.dia memandang hali dan mula menarik tangan hali dan mula berlari.

"Ya kembalikan senyuman tawa gempa!!ayo kak!!kita ke wad gem!!"

Mereka berdua masuk ke dalam bangunan hospital itu dan mencari wad gempa.sementara di wad ice dan blaze.suasana masih sunyi.thorn tidur di katil ice kerana penat melayan kesedihan.ice mengusap kepala thorn yang tidur disebelahnya.

Blaze merenung jauh sedangkan solar menunduk.qisana sudah henti dari nangis walaupun masih ada sisa air mata di pipinya dan karim cuba memikirkan sesuatu.ice memandang solar dan blaze lalu memandang orang tuanya.sedih hatinya fikirkan kata² hali dan taufan.ice masih tak boleh berhenti meningat wajah taufan yang sangat sedih dan kecewa itu saat meluahkan hatinya.

"Mama tahu itu kali pertama ice melihat kak taufan begitu kecewa.."

Qisana memandang ice yang cuba katakan sesuatu.blaze dan karim memandang ice dan hanya diam mendengar.ice memandang thorn.

"Thorn masih budak naif.solar pintar dan berlagak namun dia budak. blaze suka mengusik dan dia budak.kak hali dingin dan selalu menegur kami tapi dia juga seorang budak.kak taufan sentiasa senyum dan ceria tapi dia juga budak.kak gem selalu menasihat dan memanjakan kami tapi dia budak.kami hanya seorang budak yang tidak dapat mencuri masa mama papa untuk keinginan kami.apa yang dikatakan kak hali dan juga kak taufan memang kasar tapi itulah kenyataan yang tak boleh ubah.apa yang mama dan papa lakukan memang melampau.setidak nya mama papa dengar lah walau sedikit.ice tak marah cuma sedih dan kecewa dengan sikap papa mama."

Terbeliak mata blaze mahupun qisana dan karim mendengar ice berkata dengan tenang.solar memandang ice tak puas hati ketika dirinya dikatakan 'berlagak dan budak'.ice memandang wajah ibubapanya dengan dalam.

"Ma,ice berterima kasih pada mama sebab dah melahirkan dan menjaga kami.pa,ice berterima kasih pada papa sebab papa mencari sesuap nasi untuk kami.manusia tak lari dari buat salah ma,pa.ice mohon pada mama dan papa kali ni demi kak gem..ice mohon mama dan papa cuba menjadi orang tua kami yang terbaik."

Qisana terkejut mendengar ayat ice. Karim memandang mata ice begitu dalam mencari apa anaknya berbohong.tiada kebohongan yang ada hanya harapan dan sayu dalam mata ice.blaze dan solar hanya diam kerana mereka tahu jika gempa tiada untuk menasihat atau tegur setidaknya ada ice yang akan menegur secara tenang walaupun dalam apa² situasi.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Mar 14, 2021 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Menunggumu Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang