Adam mengangguk. "Laa takkan baru berapa bulan dah lupa kot.." kata adam. Fatimah tersengih sambil membetulkan ikatan rambutnya yang ditarik itu. "Kau ni agak agak ah tarik rambut aku, sakit au" fatimah mencebik. Danial yang sedari tadi membetulkan buku di dalam beg terus menyalam adam . "Besar dah kau ek dani." Kata adam sambil menggosok gosok rambut danial. Danial tersengih . "Ala abg adam ni.. rosak ah rambut dani. Baru nak acah macho" kata danial lalu membetulkan rambutnya. "Perempuan kat sini lawa lawa an" kata adam menolak lembut bahu danial. "Tulah pasal.. sebab tu ah jangan rosakkan style dani . Ni namanya imej budak baru au" kata danial membuat muka 'gah'. "Lawa lawa ikut senior dia ahh.." kata adam lalu menoleh ke arah fatimah. "Aku tahu je HAHAHAH . By the way, kau buat ape kat sini" tanya fatimah pelik. Nak kata adam ni bawak adik budak baru pun pelik gak sebab adik dia memang student kat sekolah ni sejak form 1 lagi. "Oh takde ah aku nak jumpa cikgu azhar ah ape lagi. Lama tak sembang do" fatimah tersenyum.
"Err.. muhammad danial bin muhammad fakhrul ?" Tanya seorang kerani di pejabat itu. Danial dan fatimah terus bangun serentak. "Ha kau nak aku teman masuk ke tak ? Sebb kau pergi hantar fail ni je astu kau dapat tahu kau kelas ape kau terus ah masuk kelas" kata fatimah . "Oh kalau macam tu takpe ah . Akak pergi ah dewan . Biar danial uruskan ." Kata danial. "Ha cantek.." kata fatimah lalu menghulurkan tangan . "Kau jangan buat perangai pulak" sempat fatimah memberi nasihat sebaik sahaja danial menyalaminya. Dia memandang adam yang masih duduk di bahagian kerusi lalu masing masing senyum . Fatimah terus ke arah adam . "Aku gerak lu ah weh. Edryna dah lama tunggu tu." Kata fatimah . Adam hanya mengangguk.
____
Sebaik sahaja tiba di dewan, matanya terus melilau ke arah semua tempat di dewan . 'Meriah betul ek ' seloroh fatimah dalam hati sambil tersenyum melihat semua rakan se'batch' nya yang hadir. Matanya terus berhenti ke arah sekumpulan kawan kawan baiknya. Dia terus bergerak dengan lajunya kearah rakan rakannya itu. "Assalamualaikum!!"jerit fatimah sebaik sahaj tiba di bahagian kerusi paling belakang sekali. "Syok ek sembang tak ajak aku.." fatimah tersenyum lalu memandang setiap satu kawan kawannya. Ada edryna, fatihah, qayra, aina, juga meiying. "Haiyaaa eima lama tak jumpa you laa. Sudah berisi" seloroh meiying sambil menepuk nepuk kerusi plastik di sebelahnya yang kosong agar fatimah duduk di situ. Fatimah segera duduk seraya berkata "sampai hati you meiying.. i penat diet tauu" kata fatimah sambil membuat muka acah acah merajuk. "Ah kau sembang je diet.. kau tak payah diet pun takpe badan pun kurus kering" kata qayra . Gurauan qayra itu disambung dengan gelak tawa mereka . "Dasar kau." Kata fatimah mencebik lalu matanya melilau di seluruh dewan. "Eh korang dah ambik result ke ?" Tanya fatimah selepas teringat tujuan sebenar mereka berada disitu. Rakan rakannya yang sedang syok berbual terus diam. "Sudah la gaes kemon la.. kau je belum" kata aina pula. "Laa sampai hati tak tunggu aku." Fatimah memuncungkan mulut. Rakann rakannya hanya gelak melihat karenah fatimah. "Kalau macam tu aku gerak lu ah ambik result eh tapi an bistu asal korang lepak kat sini" tanya fatimah lalu duduk semula membatalkan niat. "Saje la tunggu kau.. kau lama sangat.. alang alang tu saje nak cari mana ex edryna, nak bantai dia ramai damai." Kata fatihah membuat suara acah acah garang. Fatimah terkejut "eh.. korang break ke do?" Tanya fatimah pelik. Tak sangka pulak hubungan sejak form one kawan baik lelaki mereka itu putus dengan kawan baik perempuan mereka. Edryna hanya mengangguk. "Aku ade nampak dia kat pejabat tadi. Citer aaa macam mana boleh clash ni" kata fatimah dengan rasa simpati. Dia tahu edryna bukannya seorng yang boleh melepaskan orang yang dia sayang begitu sahaja. Tiba tiba mata edryna bergenang air mata. Edryna terus berlari keluar dewan diikiuti fatihah juga qayra. Fatimah terkejut. Dia terus mengekori langkah tiga sahabatnya itu tetapi tangannya terus dipegang oleh aina. "Meiying, you cakapla i tak sanggup ah" kata aina lalu menarik fatimah agar fatimah kembali duduk. Fatimah hairan. Dia lalu duduk di tengah tengah antara meiying dan aina. "Tak tak asal korang halang aku sia" kata fatimah lalu tersengih hairan. "Macam ni la eima,, you tahu tak kenapa diorang clash ?" Kata meiying. Tiba tiba aina menyiku meiying. "Mestilah dia tak tahu.. kalau tak kenala dia tanya aduhhh dia ni pun lah" keluh aina. "Eh haah la lupa lorr.. macam ni lah eima.. dioarng dua aa baru putus itu minggu lepas because of you lah because of youuuuu" kata meiying menekan perkataan 'you' itu. Fatimah mengerutkan dahinya. "Ape you cakap ni.. i tak faham la" dia masih cuba memahami apa yang disampaikan meiying itu.
YOU ARE READING
Beza antara kita
Short StoryFatimah merupakan seorang pelajar perempuan yang sangat nakal. Meskipun begitu, kepandaiannya tiada tandingan. Semua guru di sekolah mengakui bahawa mereka sudahpun penat melayan karenah nya yang nakal begitu namun tetap sabar kerana kepandaiannya y...