Aina mengeluh. 'Payah betul kalau suruh si meiying ni terangkan ' seloroh aina dalam hati. Bahu sahabatnya itu dipegang lembut. "Macam ni.. sehari sebelum diorang break tu, adam cakap yang dia dah tak boleh teruskan hubungan diorang tu..edryna pun peliklah takkan sepanjang 5 tahun diorang bersama si adam tu boleh cakap macam tu je kan. Lepastu edryna tanyalah kenapa, lepastu jawapan dia-" "adam jawab yang dia suka you lorr" terangan aina dipotong oleh meiying. Fatimah terdiam seketika. "Weh.. aku.. aku sumpah tak tahu ape ape.. aku takde niat pun wey.." fatimah menunduk. Matanya bergenang air mata.tidak disangka adam yang juga sahabat baik paling lama dikenalinya berbanding orang lain itu menaruh perasaan padanya. Fatimah terus mengesat air matanya lalu segera menuju ke meja mengambil keputusan. Meiying melatah terkejut fatimah tiba tiba berdiri. Hilang sahaja fatimah daripada pandangan, meiying terus menyiku aina. "Haiyaa.. macam mana ini. I tak tahu lah . I feel so guilty." Meiying membuat muka risau. Dia tidak mahu hubungan persahabatan mereka putus begitu sahaja. "Entah lah meiying. Tapi eima tu pandai. Nanti dia akan cari juga cara macam mana nak perbetulkan masalah. You macam tak kenal je dia tu." Kata aina sambil matanya melilau mencari kelibat fatimah. "Eh sekejap.. eima tu sape ek" tanya meiying. Bahu meiying ditolak lembut. "You kenapa.. eima tu fatimah la kawan kita. Nyanyok betol" aina tergelak dengan perangai meiying. "Eh haah la lupa lorr" meiying tersenyum.
____
Fatimah segara bergegas ke meja yang dihuni guru guru subjek pelajaran yang pernah mengajarinya dahulu. Orang pertama yang dijumpainya sudah tentu pn fadzilah, juga guru bahasa melayu yang kelasnya tidak pernah bosan. Ada sahaja kenangan gelagat karenah yang mereka cipta bersama. Pn fadzilah terus berdiri seraya melihat fatimah yang berjalan ke arahnya itu. "Ya allah.. lama tak jumpa budak ni haaa" kata pn fadzilah menghulurkan tangannya untuk disalami. "Yela cikgu.. assalamualaikum.. cikgu sihat ke ?" Kata fatimah tersenyum lalu memeluk erat pn fadzilah itu."waalaikumussalam... sihat jer gini gini lah.. orang tua biasa lah kan." Tersenyum pn fadzilah melihat wajah fatimah yang putih kemerah merahan itu. Selang tidak berapa lama itu, senyumannya pudar. "Kamu nangis ek tadi? "Tanya pn fadzilah memegang pipi fatimah. "Mana ada lah cikguuu. Alah cikgu ni biasalah tengok muka cikgu nangis kegembiraan saya ni ha." Kata fatimah sambil tersengih sengih nakal. "Macam macam lah kome ni." Kata pn fadzilah lalu menyusun kertas kertas keputusan spm pelajar pelajarnya. "Cikgu!!" Jerit seorang pelajar lelaki daripada belakang fatimah. Fatimah dan pn fadzilah segera menoleh ke belakang. "Eh amir.. adam.. ha datang pun. Ingatkan memang tak nak ambik result." Seloroh pn fadzilah bergurau. "Eh takkan ah cikgu.. saya budak pandai kot.." kata amir membuat gaya superhero . Dia menoleh ke arah fatimah lalu senyum. "Budak pandai dapat berapa result tuu.." usik amir. "Biase biase je tak sepandai amir-reka kita ni.." kata eima dengan senyuman yang manis . Matanya lalu memandang adam. Adam memberi senyuman kepada fatimah namun senyuman nya dibalas dengan jelingan. "Ha cikgu banyak tetamu ni.. saya pergi jumpa cikgu lain lah cikgu. Saya gerak dulu eh cikgu." Kata fatimah lalu terus menyalami pn fadzilah dan beredar pergi.
Fatimah kemudian berjumpa dengan semua guru untuk memohon maaf atas perangainya yang nakal dahulu. Nasib juga kerana guru guru subjek batch nya semuanya 'sporting'.
"Weh eima!" Panggil seseorang daripada luar dewan. 'Ala nak ape lagi ni. Aku baru nak balik ni.' Kata fatimah dalam hati. Dia terus menoleh. Siapa lagi kalau bukan adam. Fatimah mengeluh. "Haish.. kau nak apa lagi ni? Aku nak balik lah." Kata fatimah cuba berkata dengan lembut. "Asal kau ni tiba tiba je macam ni?" Tanya adam hairan. "Itu je ke kau nak tanya? Kalau macam tu aku balik dulu ah." Kata fatimah lalu beredar pergi meninggalkan adam dibelakang berseorangan. "Pergh budak pandai koyak ke tuu.. muka masam masan tu.. ni mesti sebab nakal sangat time kat sekolah pastu dapat result tak cantik nak marah kat member pulak. Biaselah, inilah dinamakan 'cantik tapi bodoh'" jerit seseorang daripada sekumpulan budak lelaki yanh sedang lepak di tepi dewan. Ejekannya disambung dengan gelak tawa rakan rakan di sekelilingnya. Fatimah cuba bersabar dan berjaan dengan lebih cepat ke arah keretanya. 'Aduhla kenapalah sekolah ni besar sangat' bebel fatimah dalam hati. "Eh kau tak dengar cerita ke? Dia gunakan kecantikan dia tu untuk rampas pakwe member baik dia sendiri do.. pandai tapi bodoh jugak eh dia ni." Kata seorang lelaki yang lain pula. Gelak tawa mereka menganggu ketenteraman dewan itu. Fatimah cuba bersabar dengan menundukkan pandangannya. "Kalau aku jadi kawan dia lah kan, aku menyesal dapat kawan macam dia. Perangai time sekolah dahla nakal. Buat malu je jadi kawan dia. Patutlah ayah dia yang kerja lawyer tu pun tak masukkan dia kat sekolah mrsm even dia pandai pun. Patutnya dia masuk je juvana terus." Kata lelaki pertama tadi dengan gelak tawa besar.
Fatimah sudah hilang sabar. Dia bergegas ke arah kumpulan lelaki tadi lalu memberi segenggam penumbuk kepada lelaki pertama yang mula ejekan itu. Kolar baju kemeja lelaki itu dipegang erat. "Eh kau dengar sini ek.. aku dah lama au tak buat benda macam ni. Hilang sabar ah jugak aku bila dengar kau petik nama ayah aku. Kau elok sikit eh..aku tak kacau kau , kau jangan kacau aku, faham tak?! Semak!!" Kata fatimah lalu melepaskan genggamnya lalu menolak lelaki itu. Rakan rakan lelaki itu yang dari tadi sakan gelak terus terdiam. Masing masing memeriksa rakannya yang sudah lebam ditumbuk itu.
YOU ARE READING
Beza antara kita
Short StoryFatimah merupakan seorang pelajar perempuan yang sangat nakal. Meskipun begitu, kepandaiannya tiada tandingan. Semua guru di sekolah mengakui bahawa mereka sudahpun penat melayan karenah nya yang nakal begitu namun tetap sabar kerana kepandaiannya y...