DM: SGFY > 1

114 9 20
                                    

Kelihatan seorang gadis sedang bertungkus lumus tengah memasak. Siap berpeluh-peluh bhaii! Sesekali peluhnya dilap dengan hujung lengan bajunya yang labuh itu.

"Mama Nami~ Tengah masak ape tuw? " Soal seorang gadis yang datang dari arah belakang dan secara tiba-tiba memeluknya itu. Gadis yang sedang memasak tu ape lagi en, terkejutlah. Datang dengan tak bagi salamnya, terus main peluk² bagai. Pikir sweet?🌚

"Ya Allah Aiko! Kaget dey! " Gadis yang digelar dengan nama Nami itu atau nama sebenarnya ialah Sora Honami, memarahi 'anak gadisnya' itu. Nasib baik tak melayang senduk yang sedang dipegangnya itu. Gadis yang bernama Aoi Aiko atau lebih mesra digelar dengan nama Aiko itu, membuat muka toyanya. Pelukan masih tidak dilepaskan oleh si dia.

"Tengah masak sup ini. Oh ye, Haru mane? Kok enggak turun² lagi ya? Masih belum siap? " Soal Nami kepada Aiko. Sup yang sedang mendidih itu, dikecilkan apinya lalu dibiarkan masak untuk seketika. Tubuh dibalikkan, menghadap Aiko. Pelukan dileraikan.

"Ada kat tingkat atas lagi tu hah. Tengah bersiap sebab bangun lambat tadi. Nak sangat jadi night owl kan. Tengok, sekarang ni pun dah lambat nak pergi sekolah. Puas Aiko bangunkan dia tadi. Liat namampos. Tidur mati agaknya " kutuk Aiko kepada 'adik' nya itu.

"Hamboi hamboi hamboi~ seronoknya cik kak mengutuk adik dia ye~ dah puas hidup? " Soal satu suara dari arah belakang. Kedengaran sinis tutur katanya itu.

"Tak de lah lama mana. Dalam 17 tahun 6 bulan 25 hari je " dengan selambanya Aiko menjawab. Kepala tidak dipalingkan untuk memandang gerangan yang bersuara. Tak payah tengok, dengar suara pun dah boleh tau tu sape🌚

Dengan tidak semena-menanya, kepala diketuk kuat dari si dia. Ringisan kecil terbit dari mulut Aiko. Mata dijelingkan ke arah si dia. Tangan bergerak mengusap perlahan kepala yang sudah timbul benjol itu.

"Sakit cial kepala aku. Tangan kau tu besi ke ape? Pan Mama Nami pun tak de lah sesakit ni. Sstt.. " kutuk Aiko kepada 'adik' nya itu.

Si dia hanya memandang datar ke arah Aiko. "Balasan untuk kau yang menjerit kat telinga aku masa kau kejutkan aku tadi. Cara kau tu tak boleh kejam lagi ke? " Soalnya sinis.

"Sape suruh kau tidur mati. Aku sumbat macam² dalam mulut kau pun, kau still tak bangun lagi. So, aku jeritlah. Kasi pecah gegendang telinga kau tu " jawab Aiko dengan selambanya.

"Sumbat macam²?! Kau sumbat ape seton dalam mulut aku?! " Soalnya dengan nada tinggi. Reaksi terkejut dipamerkan.

"Aku sumbat biskut yang dah expired, stokin lama aku, bulu ayam dan tuang air dalam mulut kau. Oh! Jangan lupa biskut Yaya sekali " jawab Aiko dengan muka toyanya. Manakala empat sesiku L sudah terbit di wajah si dia.

"Vavi kau syaiton!! Kau sumbat benda tak elok dalam mulut aku?!! Mari sini kau tagune!!! " Nada sudah naik seoktah. Aiko dikejarnya sekeliling meja makan di dapur itu. Manakala Honami hanya mampu memandang mereka dengan sweatdrop.

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!! LAGIPUN KAU YANG TAK NAK BANGUN TADI! AKU SUMBAT LA BENDA TU SEMUA! BAIK UNTUK KESIHATAN KUT!! " jawab Aiko yang masih lagi melarikan diri dari si dia.

"BAIK UNTUK KESIHATAN KEPALA HOTAK KAU!! BIAR AKU SUMBAT DALAM MULUT KAU PULAK! " si dia terus menerus mengejar Aiko.

"AIKO! HARU! SUDAH! JANGAN BERTERIAK-TERIAK DI SINI! KALIAN ENGGAK MALU APA KALAU JIRAN DISEBELAH DENGAR PERGADUHAN KALIAN INI HAH?! " jerit Honami yang cuba menghalang pergaduhan mereka berdua yang bakal tercetus sebentar lagi.

Gadis yang diberi nama sebagai Haruqa Izumi, atau lebih gemar dipanggil dengan nama Haru itu, masih tidak menghentikan kegiatannya. Fikirnya, dia mahu membalas dendam kepada Aiko dengan membelasah 'kakak' nya itu.

DEAR MAMA: SPECIAL GIFT FOR YOU【✔】Where stories live. Discover now