DM: SGFY > 6

42 7 2
                                    

"Blaze! Cepatlah sikit! Kita dah lambat dah ni! " Jerit Halilintar yang berada di luar rumah itu. Pinggang dicekaknya. Puas menunggu Blaze dan Ice yang masih tidak keluar² lagi dari rumah itu.

Mereka sekarang ini tengah bersiap sedia nak menuju ke pantai. Kenapa hari ni nak ke pantai? Haa.. disebabkan mereka masih lagi tidak puas menyambut hari jadi Keira itu, mereka membuat perancangan untuk berkelah di pantai pula. Kebetulan, hari itu Keira dibenarkan cuti disebabkan dia terlebih had masa bekerja semalam. Kesian dia hmm.

"Blaze! " Panggil Halilintar sekali lagi.

"Kejap kejap! Ice! Cepatlah sikit! Janganlah malas macam ni. Kalau dah sampai sana nanti, kalau kau nak tidur mati pun, tidurlah, aku tak kesah. Tapi sekarang ni, bangunlah polar bear!! Kau ni beratlah! " kedengaran suara Blaze dari dalam rumah yang sedang membebel ke arah Ice yang tak reti² nak bangun tu. Hari ni diorang dah janji, tapi si Ice ni pulak liat sikit nak bangun. Maybe sebab dia tidur lewat kut semalam.


Mereka berdua pun keluar dari rumah itu dengan Blaze yang sedang mendukung Ice itu. Susah sangat nak kejut.

"Haih..cepat, masuk dalam kereta " arah Hali. Mereka pun memasuki perut kereta itu.

"Semua dah ada? " Soal Gempa, yang juga menjadi pemandu kereta pada pagi itu. Halilintar mengangguk tanda memberi jawapan kepada Gempa.

Pedal minyak ditekan. Perjalanan mereka pun dimulai.



S K I P  T I M E ! !


"Yeay! Dah sampai pantai! " Sorak Taufan, Blaze dan juga Thorn. Mereka terus keluar dari kereta dan memecut laju ke arah gigi air itu.

"Hoi! Nak pergi mane tu?! Datang sini balik!! " Jerit Halilintar. Kegiatan mereka bertiga terhenti secara serentak. Kepala dipalingkan ke arah Halilintar dengan sengihan dibibir. Mereka mula mendekati Halilintar dan membantunya mengeluarkan beberapa barang yang dibawa oleh mereka semua dari rumah tadi.

"Gempa! Sini! Sini! " Jerit seorang perempuan dari kejauhan. Dia melambai-lambai ke arah Gempa, memberi isyarat supaya mendekati ke arah mereka. Gempa juga mengangkat tangan, memberi isyarat 'ok'.

"Hah, ikut sini " kata Gempa ke arah TTM yang sedang mengangkat barang itu. Mereka bertiga membuntuti Gempa dari arah belakang dengan barang² yang penuh ditangan.

Apabila sudah sampai di tempat para gadis itu, mereka meletakkan barang² itu di bawah. Belakang badan dibetulkan. Terasa sakit pula mengangkat semua barang yang berat itu lama².

"Eh? Mane kawan² kita yang lain? " Soal Taufan. Dia meliarkan matanya sekeliling apabila tidak ternampak kelibat sahabat²nya yang lain itu, iaitu Yaya, Ying, Fang dan juga Gopal.

"Mereka semua tak dapat datang dan join kita hari ni " jawab Solar yang baru sampai disitu. Handphone ditangannya, ditatap penuh khusyuk.

"Hmm? Kenapa? " Soal Thorn pula.

"Yaya kena tolong mak dia. Ying kena tolong nenek dia. Gopal pula kena tolong ayah dia. Fang, macam biasa. Dia ada latihan tempur dengan abang dia, Kaizo tu " terang Solar. Mereka pula hanya meng'oh'kan sahaja.

"Sekarang ni dah boleh mandi pantai tak? " Soal Blaze kepada Gempa. Gempa meletakkan jari telunjuknya di dagu, membuat pose berfikir.

"Boleh. Tapi mandi kejap je tau. Sebab lepas ni kita nak buat BBQ " balas Gempa, memberi kebenaran kepada mereka bertiga.

Mereka bertiga pula bersorak gembira bila dah dapat greenlight tu.

"Seriuslah korang? Kan pagi lagi ni. Lagipun korang kan baru sampai. Takkan nak terjah pergi mandi pantai sekarang? " Soal Haru, tidak percaya.

DEAR MAMA: SPECIAL GIFT FOR YOU【✔】Where stories live. Discover now