Masa berlalu dengan begitu cepat. Naim sudah lima tahun dipenjarakan. Iris dan Addin sudah pun bekerja. Adam sudah menimang satu cahaya mata dan Adnan sudah bertunang. Dan Adriana?
"Tak manis lah orang lain tengok. Nana dah la asyik keluar je dengan si Mail tu." tegur Encik Jamal.
Adriana mengeluh.
"Tapi babah, Nana tak ready lagi lah. Nana baru 23 tahun. Banyak lagi benda yang Nana nak kejar."
"Ye, babah tau. Babah tak paksa. Kalau Nana tak nak kahwin awal, then jangan selalu keluar dengan Mail." Adriana menoleh ke arah ayahnya yang sentiasa tenang.
"Mana boleh macam tu, babah."
"Apa salahnya? Kamu berdua jiran. Keluar rumah terus nampak dia. Jumpa la jugak tu."
Adriana sering disuruh kahwin oleh ayahnya. Ibunya? Adik beradiknya yang lain? Pasti semuanya mengikut telunjuk Encik Jamal.
"Nana, kahwin ni benda baik. Lagi pun, Nana dah 23 tahun. Dah boleh kahwin dah." Adriana mengeluh. Dia paling tak suka kalau ayahnya yang memujuk. Sebab Adriana tau pasti dia akan tewas juga akhirnya dengan suara lembut Encik Jamal.
"Nantila Nana fikir."
"Ingat tau, babah tak paksa. Babah cuma nak yang terbaik untuk Nana." Encik Jamal memberikan segaris senyuman kepada anaknya, memujuk.
-
"Kenapa awak tiba-tiba cakap pasal kahwin ni?" tanya Mail sambil menghirup teh tariknya.
Adriana mengeluh. Nak taknak, kena bagitau jugak.
"Babah, dia suruh kita kahwin." Mail hampir tersedak apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Adriana.
"Eh, dah kenapa sampai tersedak ni?" Adriana menghulur sehelai tisu kepada Mail.
"Kahwin? Like husband and wife?" Adriana mengangguk.
"Yelah, takkan Bonnie and Clyde pulak dah." Adriana memandang Mail.
"Okay."
"Hah?"
Semudah itu?
"Ye." Adriana memandang Mail dengan tidak percaya.
"Apa awak ni? Kenapa terkejut sangat?"
"Rasa macam baru lamar awak."
Mereka berdua ketawa.
"Tapi kan, awak cukup ke duit nak bagi nafkah dekat saya nanti?"
"Insyallah, cukup."
-
Hari berganti hari. Hari Khamis, bertarikh 34 November 2020, Adriana Dahlia sudah menjadi milik Ismail Izzani.
"Awak, terima kasih sebab terima saya." Mail senyum.
"Awak pun, terima kasih sebab lamar saya."
"Lamar? Bila masa saya lamar awak? Saya ajak awak." Adriana ketawa kecil.
"Janji dengan saya, susah senang kita sama sama okay?"
Mail mengangguk.
"Promise?"
"Promise."
-
Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari minggu ke bulan.
Pada hari itu, Mail memberitahu rakannya bahawa dia akan sampai ke tempat kerja sedikit lambat daripada biasa kerana ada hal yang penting untuk dia uruskan.
YOU ARE READING
𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐢𝐳𝐳𝐚𝐧𝐢 ✔
RomanceAdriana Dahlia , 18 seorang pelajar kolej di MSU . Hidupnya serba sempurna ketika kali pertama memasuki kolej berpengaruh itu . Tetapi , hidupnya kembali tunggang terbalik apabila seorang jejaka idaman , Ismail Izzani yang tua setahun daripadanya su...