1-🏡

3.5K 106 10
                                    

Author Pov

"Cuba kau bagitahu aku sekarang ni siapa jantan tu?" tanya Haifa berang pada kekasihnya, sekarang mereka berdua berada di satu sudut terpencil dekat restoran mewah.

"Biy janganlah marah dulu sayang tak ada hubungan apa-apa dengan dia" Marwa panik apabila perbuatannya dihidu oleh Haifa.

Haifa lalu meletakkan satu sampul berwarna coklat di atas meja.

"Kau tengok tu" arahnya lalu Marwa terus mengambil dan matanya terbeliak melihat dirinya dan kekasih simpanan tertangkap basah.

"Kau fikir aku buta ke? Kalau tak difikirkan jantan tu mangsa dah lama aku lenyapkan dia" raut wajah Haifa tegang sambil mengetap giginya.

"Baby....b-baby sayang boleh terangkan" Marwa cuba menjelaskan walhal dia hanya boleh mengarang kebohongan kerana tidak mahu hidup mewahnya dirampas.

"Tak perlu.. aku cuma nak kepastian senang nak jawab dengan mummy, aku hairanlah apa yang mummy agungkan dari kau" Haifa lalu bangun dan meninggalkan Marwa yang sudah berjujuran air mata.

Haifa keluar dari restoran itu dan menuju terus ke kereta dan masuk ke dalam kereta kesayangannya.

"Kejam lah pula dia bukan pernah naik public transport, Ee dia ni lah" Haifa lalu keluar kereta dan kembali ke restoran itu lalu pergi ke tempat makannya tadi dan melihat Marwa masih disitu menangisi nasibnya.

"Eleh sedih sangat lah tu waktu curang dengan aku tak fikir pula" batin Haifa berkata.

Haifa lalu mendekati Marwa dan mengambil begnya lalu menepuk bahu wanita itu perlahan.

"Jom balik" kata Haifa perlahan masih dengan wajah seriusnya.

"B-baby datang balik? I dah agak yang u masih sayang..."

"Tak payah nak merepek aku kesian je kat kau, bukannya kau tahu naik bas pon" Bidas Haifa lalu berjalan terlebih dahulu.

Marwa merungut dari belakang dan mengikuti langkah Haifa. Ketika mereka sudah bergerak ke destinasi yang dituju dan sampai di apartment mewah milik Marwa, Haifa terus tidak meninggalkannya.

"Kau tunggu Haifa, kau takkan dapat lari dari aku" Batin Marwa terluka melihat mesin ATM bergeraknya sudah pergi.

.......................

Kereta Haifa meluncur laju dan memasuki kediaman mewah milik keluarganya.

Haifa terus masuk ke rumah lalu baring di sofa.

"Haa~" Haifa menghela nafas berat.

"Aih anak mummy dah balik, bukan kamu keluar dengan Marwa? kenapa tak ajak dia datang sini" Datin Ramona datang dan duduk di sebelah anaknya.

Haifa pura-pura tidak dengar dan pejamkan mata lalu Datin Ramona yang tidak berpuas hati dengan gelagat anaknya terus menepuk paha Haifa dengan kuat.

PAP👋💥

"Aduh sakitlah mummy" Haifa mengadu.

"Mummy tanya Marwa mana?"Datin Ramona geram.

"Adalah kat rumah dia, Fa dah tak ada apa² dengan dia" kata Haifa bersahaja, Datin Ramona terkejut.

"Ish kenapa buat dia macam tu, mesti kamu yang buat hal kan?" Datin Ramona memandang tajam.

"Dia yang curang.." jelas Haifa lalu letakkan kepala di pangkuan ibunda tercinta.

"Betul ke? Kamu salah tengok agaknya, entah-entah kamu sengaja buat macam tu sebab tak suka dengan pilihan mummy" Datin Ramona masih tak berpuas hati.

Haifa malas menjawab.

"Habis tu Haifa nak siapa lagi? Semua pilihan mummy Haifa tolak" sedih Datin Ramona.

"Haifa..." tiada sahutan dari anaknya.

"Haifa..." terdengar dengkuran kecil dari anaknya yang tidur berpelukan dengannya.

"Ee anak bertuah ni benci aku selalu macam ni, nasib muka kau handsome macam bapak kau dulu kalau tak aku tekup je bantal masa kau kecil" Datin Ramona membebel tetapi tangannya terus mengusap perlahan rambut pendek anaknya sayang.

.............

Di sebuah tadika seorang anak kecil perempuan melihat keluar tingkap dan berharap mamanya menjemput tepat waktu.

"Ara mama belum datang lagi tak apa Ara dengan cikgu dulu ya" pujuk cikgu itu ketika melihat raut sedih anak muridnya.

"Mama selalu lambat" Ara membalas.

"Mama kan kerja sayang nanti dia datang ambil kamu tapi sekarang ni Ara main dengan cikgu ya" pujuk cikgu.

"ARA!" panggil seorang wanita muda.

.
.
.

Bersambung.

Hello Hantu Readers, Author kembali dengan cerita GxG hehehehe walaupun cerita yang sedia ada masih belum siap, i know2 , short story ni sebab nak cuba benda baru and i hope you guys like it, dont forget to vote and comment😎.

Happy Reading🥰

Little HomeWhere stories live. Discover now