6-🏡

1.5K 87 19
                                    

Author pov

Gelabah Haifa apabila melihat jelingan maut Athira.

"Mampus aku" batinnya.

"Saya baru lepas sekejap awak dah ajar anak saya bukan-bukan" Athira membebel manakala Haifa hanya mengangguk tanpa ada niat untuk balas. Orang yang lalu lalang di kompleks perumahan itu ada yang gemas melihat mereka berdua, seperti seorang suami yang sedang dimarahi isterinya.

"Mama janganlah berleter dekat papa macam tu" Ara menolong Haifa.

"Habis tu? Macam mana mama nak lepas Ara kalau baru tinggal sekejap dah macam-macam perangainya" Athira memandang Haifa atas bawah.

"Saya tak sengaja lah" Haifa berkata.

"Tak baik marah nanti kedut" usik Haifa, Athira sudah memerah di pipinya dan kemudian menepuk kuat lengan Haifa.

"Main-main" ucapnya garang lalu mempersilakan Haifa masuk.

"Ala mama Ara nak cepat sampai kat rumah papa" bising Ara.

"Kalau tak dengar cakap tak payah pergi langsung, habiskan sarapan dulu" Athira menegur Ara.

"Makan dulu Ara~" pujuk Haifa.

"Nak dengan papa" kata Ara manja.

"Iyalah makan dulu" balas Haifa lagi. Athira geram melihat anaknya.

"Kenapa nak mengada-ngada sangat ni" kata Athira.

"Biarlah dia...." Haifa membalas.

" Ah baguslah lepastu budak ni besar kepala sebab awak manja kan sangat" Athira berleter lagi.

Haifa hanya mengaruk belakang kepalanya tidak tahu harus membalas apa.

"Pst makan Ara kang tak pasal-pasal mama marah kat papa" bisik Haifa lalu Ara mengangguk dan menghabiskan sarapannya.

"Kesian papa kena marah dengan mama" tegur Ara dengan suara yamg dibuat-buat.

"Haah yelah memang Ara sayang uncle je kan sebab tu nak tinggal mama" kata Athira sambil memasukkan baju milik Ara di beg.

"Ish mama ni" Ara membalas.

"Beg awak mana?" tanya Haifa ketika Athira hanya menghulur satu beg sahaja.

"Saya kerja hari ni lagipun buat apa saya nak ikut" Athira berkata selamba.

"Kenalah ikut awak kan mama dia" Haifa balas sambil mengekori langkah Athira di dapur.

"Tak mahu saya, ni susu Ara semua saya dah packing awak jangan lupa tidurkan dia tau" kata Athira lalu memberikan barang-barang pada Haifa.

Haifa memandang tajam mata milik Athira ketika wanita itu hanya membuat riak wajah biasa.

"Saya tak boleh ikut saya kerja" tegas Athira.

" Kalau macam tu lain kali awak kena ikut" Kata Haifa lalu pergi ke ruang tamu semula.

"Dah kenapa pula?" Athira bertanya.

"Dah ada papa mesti kena ada mama" Haifa bersahaja lalu membawa barang itu ke dalam kereta sementara Athira membeku di tempatnya.

"Merepek lah dia ni" kata Athira perlahan walaupun detak jantungnya sudah berdegup kencang.

"Bye mama" kata Ara lalu mencium Athira.

"Bye sayang hati-hati jangan nakal tau" pesan Athira lalu si kecil tu mengangguk.

"hati-hati awak bawa kereta" kata Athira lalu Haifa mengagguk.

"Papa kiss mama" kata Ara polos, mata keduanya sudah terbeliak.

"Eh papa tak boleh kiss mama" kata Athira, Haifa hanya terdiam.

"Kenapa pula?" tanya Ara lugu tapi tidak terjawab oleh mereka.

"Ara tengok kawan-kawan yang lain mak bapa diorang kiss before pergi, kenapa mama dengan papa tak boleh?" tanya Ara lagi.

"Uhm..." Athira mati kutu mahu menjawab lalu meminta pertolongan dari Haifa.

"Okay kalau Ara nak papa kiss mama Ara pejam mata" kata Haifa selamba lalu mendekati sambil mengenyitkan matanya.

"Haifa~" panggil Athira perlahan.

"Dah anak awak yang minta, saya tak boleh nak tolak saya insan yang lemah" usik Haifa lalu mendapat cubitan maut di pinggangnya.

"Cepatlah~" desak Ara.

Haifa menutup mata Ara menggunakan tangannya dan mengapai tangan milik Athira lalu mengucupnya perlahan.

Athira terpaku dengan tindakan drastik Haifa tetapi hanya membiarkan sahaja.

Cupp💕

"Okay papa dah kiss mama let's go" kata Haifa lalu mendukung Ara masuk ke kereta. Haifa tersenyum nakal sambil memandang Athira yang sudah bersemu.

"Bye maaa~" lambai Ara kepada Athira yang membeku di situ.

"Bye Ara~" Athira membalas perlahan, pipinya kelihatan merah.

...........

Di kediaman elit indah rumah agam berwarna putih gading milik Tuan Razak.

Ketika itu Puan Ramona sedang menonton tv sambil menyelak majalah dan terdengar enjin kereta Haifa. Puan Ramona hairan kerana anaknya tidak masuk dari tadi.

"Haifa! Kamu buat apa kat luar?" tanya Puan Ramona.

"Assalamualaikum" kedengaran suara anak kecil di muka pintu.

"Eh siapa pula tu?" tanya Puan Ramona lalu berjalan ke arah pintu utama dan kelihatan seorang anak perempuan memakai beg kecil dan memeluk patung berbentuk unicorn di muka pintu.

"Ya cari siapa?" tanya Puan Ramona.

"Selamat pagi" Kata Ara ceria sambil memperlihatkan senyuman manisnya. Hampir sahaja Puan Ramona kena serangan jantung.

"S-selamat pagi......" Terbata-bata Puan Ramona sambil memandang anak kecil itu.

"HAIFA! anak siapa ni?" jerit Puan Ramona sambil memandang tajam Haifa yang menyorok di belakang budak perempuan itu.

.............

"Anak siapa yang kamu bawa ni Haifa?" Datin Ramona menarik lengan anaknya perlahan.

"Kan Haifa dah kata haritu takkan Mummy lupa?" kata Haifa.

"Iyalah ta- tapi.." Datin Ramona kehabisan kata sambil matanya mengikut gerak geri Ara yang sedang melihat aquarium besar di dinding rumahnya.

"Aww mummy rindu budak kecil" kata Datin Ramona lalu mendekati Ara yang masih leka memandang ikan-ikan kecil.

"Hai sayang, siapa nama?" tanya Datin Ramona.

"Ara...." jawab Ara perlahan.

"hye Ara" balas Datin Ramona lagi.

"Awak siapa?" tanya Ara sambil memandang Datin Ramona dengan penuh tanda tanya.

"Saya.. Uhm ibu kepada Haifa"

"Oh papa Ara... Jadi awak ibu kepada papa macam mama Ara" si kecil itu berbelit mahu menerangkannya.

Datin Ramona memusingkan kepalanya lalu menoleh ke arah Haifa yang tersengih seperti kerang busuk.

"Papa?..... Kenapa panggil Haifa papa?"

"Sebab papa tu papa Ara lah" si kecil berterus terang.

"........jadi boleh tak....hmm kalau Ara panggil nenek?" si kecil memandang dengan puppy eyes miliknya.

"ASSALAMUALAIKUM AUNTY!..." laungan suara membuatkan mereka menoleh kearah pintu dan melihat seorang wanita.

Bersambung ........

Yuhuu hantu readers i miss you guys so sorry for the slow update cause literally im busy like sh*t anyways don't forget to vote and comment.

Happy reading🥰

Little HomeWhere stories live. Discover now