2-🏡

2K 93 1
                                    

Author Pov

"ARA" panggil seorang wanita.

"Mama" Ara kemudian terus berlari dan memeluk wanita muda itu.

"Mama kenapa asyik lambat" Ara masam mencuka.

"Maaf sayang mama banyak kerja tadi" pujuk wanita itu.

"Puan Athira kerja shift lagi?" tanya cikgu Ara.

"Ya cikgu, terima kasih tengokkan Ara" kata Athira sambil memegang tangan anaknya.

"Dah memang tugas saya, Ara kamu pergi ambil dulu beg kamu" kata Cikgu kelasnya.

"Baik cikgu, mama tunggu kejap eh" Ara terus berlari ke kelasnya semula untuk mengambil beg yang tertinggal.

"Maafkan saya sekali lagi banyak menyusahkan cikgu" Athira merasa serba salah.

"Tak apa Puan Athira saya faham" Cikgu itu tersenyum kecil.

"Mama Ara dah siap jom balik" Ajak Ara ceria.

"Salam cikgu dulu sayang" Kata Athira lalu Ara terus menyalami cikgunya.

"Kami pergi dulu selamat jalan cikgu" kata Ara lalu terus memegang tangan Athira dan mereka beredar dari tadika yang terletak di tengah kota.

................

"Daddy dengar kamu dah putus dengan Marwa" kata Tuan Razak ketika mereka bertiga sedang makan malam di rumah.

"Kan mummy dah kata mesti Daddy marah" bisik Datin Ramona kepada anaknya.

"Baguslah, Daddy pun bukan suka sangat dia" kata Tuan Razak lagi.

"Yes hehehehe" Datin Ramona terkejut sedangkan Haifa bersorak riang.

"Daddy!" Panggil Datin Ramona tidak berpuas hati dengan keputusan suaminya.

"Betul lah, Mona kamu tak nampak ke yang si Marwa tu berkepit dengan anak kita sebabkan dia ada tujuan lain" Kata Tuan Razak kepada isterinya.

"Abang, dia tu budak baik tau sampai hati abang tuduh dia, keluarga dia dari golongan atasan mesti terpelajar cara didikannya" bidas Datin Ramona.

"Kalau terpelajar tak mungkin dia curang my" balas Haifa.

"Kamu lah tu tak jaga dia betul-betul, kalau takda angin masa kan pokok bergoyang" Tajam Datin Ramona memerli anaknya.

"Macam-macam boleh jadi faktor pokok bergoyang, tak perlu tunggu angin menerpa" balas Tuan Razak.

"Haa yelah kalau saya cakap semua salah tapi anak abang ni asyik nak menangkan dia je" Datin Ramona berang.

"Aih saya cakap benda betul, bukan saya tak tahu yang dia kaki kelab" Tuan Razak mula risih dengan isterinya.

"Dah tak suka macam-macam dikutuk budak tu, saya tengok elok je, yang si Haifa ni pun kedekut sangat kenapa? Sama-sama nak bahagia kan, berkorban lah sikit harta tu bukan habis kalau kamu bagi dekat si Marwa" Datin Ramona masih tetap dengan pilihan hatinya.

"Suka hati kamulah Mona malas saya nak cakap lagi, Haifa esok meeting jangan lupa Daddy nak tenda tu" Tuan Razak lalu bangun dan ke bilik kerja peribadinya.

"Ayok my kan Daddy dah merajuk" sakat Haifa sambil mengunyah makanannya.

"Kamu diamlah tak bapak tak anak sama je" Datin Ramona masam mencuka.

"Nama pun anak beranak" Haifa memang suka melihat wajah ketat ibunda tercinta.

"Mummy sumbat cili dalam mulut baru tahu, dahlah mummy nak tengok daddy" kata Datin Ramona lalu terus pergi menghampiri suaminya.

"Eleh dah tua-tua pun nak bersweet bagai" ejek Haifa.

"Mummy dengar Haifa" sahut Datin Ramona.

"Ups" Haifa kemudian melanjutkan makannya yang tertunda.

.....................

Di rumah yang terbilang agak kecil tetapi sangat bersih dan rapi.

"Kesian mama penat" Ara berkata lalu memicit lengan Athira dengan tangan kecilnya.

"Sayang tak perlu urut mama, mana ada penat mama biasa je" kata Athira lalu menarik si kecil itu dan mencium pipi tembam nan putih milik Ara bertubi-tubi.

"Sayang mama" kata Ara lalu tangan kecilnya melingkari leher Athira dan memeluknya.

"Mama pun sayang Ara" balas Athira lalu mengusap anaknya.

"Kalaulah Ara ada ayah kan best" kata Ara tiba-tiba dan itu mengejutkan Athira.

"Kenapa Ara cakap macam tu? Mama sibuk sangat sampai Ara takda masa nak bermain dengan Mama ke?" tanya Athira.

"Bukan" si kecil itu lalu memandang Athira dan memegang kedua pipi Mamanya.

"Ara kesiankan Mama kena kerja kuat untuk sara kita, untuk jaga Ara" kata Ara lalu membuatkan Athira bangga dengan Ara.

"Sayang.. kan mama dah kata Mama tak penat pun buat semua tu lagipun mama ada pembakar semangat mama kat sini" Athira terus memeluk erat Ara dan dibalas tak kalah erat oleh Ara.

" Ara harap sangat dapat seorang Ayah untuk Ara dan mama" batin Ara berkata lalu mereka lena sambil berpelukan di temani bintang yang indah.

..................

Keesokan paginya Haifa terus bergegas ke tempat kerja kerana dia ada meeting bersama beberapa staf.

"Aduh lambatlah trafic light ni" kata Haifa sambil mengerling jam tangan.

Kawasan itu memang sesak dek kerana sekolah rendah dan sekolah tadika yang terletak di seberang jalan.

Ketika kereta semua menunggu kanak-kanak melintasi jalan raya Haifa melihat seorang gadis kecil tertinggal di belakang dan cuba mengejar rakannya.

Kereta di hadapan tidak sadar akan kehadiran anak kecil itu lalu meluncur laju ke arahnya. Haifa terkejut dan segera menekan hon supaya gadis kecil itu berlari.

PIN🔊💥💥

Gadis kecil ketakutan apabila melihat kereta berhenti betul-betul di hadapannya, Haifa melihat anak kecil itu mengeletar.

Pengawal terus menarik anak kecil tersebut  ketepi dan memohon maaf pada pengendara tadi.

Haifa terus memandu dan meletakkan keretanya di tepi dan turun bagi memastikan anak kecil tersebut tidak apa-apa.

"Adik okay tak?" tanya Haifa apabila melihat dia menangis memanggil ibunya.

"Hiks....Hiks mama" katanya sambil mengusap air mata yang jatuh bercucuran.

Pengawal itu cuba memujuk gadis itu tetapi tidak diendahkannya.

"Adik sayang dah berhenti menangis, i ada gula-gula, adik nak" Haifa cuba memujuknya. Gadis itu kemudian perlahan-lahan mendongak dan memandang Haifa yang sedang menunduk kearahnya.

"PAPA!"

.
.
.

Bersambung.

Hello Hantu Readers yang dikasihi sekalian, okay tak short story ni ahhahaahaha macam klisé an tapi nak buat macam mana, nama pun rekaan semata-mata anyways don't forget to vote and comment.

Happy Reading🥰

Little HomeWhere stories live. Discover now