Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.
Insan itu perlu sering bersendirian dengan Tuhan. Beristighfar, berzikir, bermunajat dan berdoa. Insan perlu memperuntukkan masanya saban hari untuk dia berada dalam keadaan tenang, sendirian, khusyuk dengan jiwa yang penuh hadir semasa melafazkan setiap kalimat zikir. Di situlah insan akan mendapat kekuatan dan merasai keindahan hubungan dengan penciptanya.
Di situlah juga ia akan melihat dunia dari dimensi yang merentasi batasan fizikal dan material. Jiwa serta rasa juga akan berbeza. Nikmat mengecapi limpahan kerohanian itu sangat ajaib dan luar biasa apabila ia mengambil tempat dalam jiwa seorang hamba. Dalam Kitab Allah dan Sunnah NabiNYA banyak diajar hal ini untuk kita hayati.
Tidaklah dapat memahami hal ini melainkan sesiapa yang melaluinya. ..
لا حول ولا قوة إلا بالله
![](https://img.wattpad.com/cover/249016961-288-k234677.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
musahabah diri
Short Storymari kita berhijrah bersama mari kita sama sama mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu WA Ta'ala, semoga istiqomah sahabat jannah 😊