43. Ah banyak masalah

2.1K 114 2
                                    

" Lepaslah lepaslah!! "

" Sakit kakak, tolong aku!! Sakit...hiks.. "

Pang!!

" Hei betina sundal, baik kau diam sebelum aku lempang kau lagi sekali!! "

" Ibu.. sampai bila kita nak hidup dengan syaitan tu ibu? Hiks, orang dah tak sanggup tengok adik jadi pemuas nafsu binatang dia ibu.."

" Eh sial, malam ni kau tak pergi lorong ke? "

" Aku bersumpah atas apa pun aku akan balas dendam atas setiap perbuatan kau pada keluarga aku! Kau binatang! Manusia bertopengkan syaitan!! "

Buk!

" Sakit abang.. sakit.. jangan buat Nani macam ni.. "

Remuk hatinya melihat ibunya disepak terajang seperti binatang oleh lelaki itu, adiknya pula menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki tak guna itu. Dirinya juga beberapa kali cuba diperkosa lelaki itu namun nasibnya baik kerana dia tinggal di asrama dan bukan neraka dunia yang dicipta lelaki itu. Selepas ibu dan ayah bercerai, ayah meninggalkan mereka terkontang-kanting sendiri tanpa hala tuju. Jadi ibu membuat keputusan untuk berkahwin lain selepas dua tahun tempoh penceraian mereka.

Tapi langit tak selalunya cerah, malang tidak berbau ibu telah berkahwin dengan lelaki tak guna yang kerjanya menghabiskan beras, berjudi dan kaki perempuan. Hidup mereka bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Macam neraka, sepak terajang dan penampar itu sudah biasa menjadi singgahan pada tubuhnya, ibu dan adik. Lebih teruk lagi, abang dihalau keluar dari rumah oleh lelaki bangsat itu.

Di libas dengan tali pinggang, ditunjal dan dimaki itu bagaikan rutin harian mereka. Sakit dihatinya hanya Allah sahaja yang tahu, perit melihat ibu sendiri dipaksa menjadi pelacur untuk memberikan wang kepada lelaki tua tak sedar diri itu. Adiknya sampai naik lunyai menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki itu. Bukannya ibu tak cuba buat laporan polis tapi kerap kali diugut oleh lelaki itu.

Kehidupannya tak seindah yang disangka, masuk ke MRSM bukanlah pilihan yang bijak. Dia sentiasa dibuli kerana statusnya sebagai anak seorang wanita lorong semuanya kerana lelaki itu. Ibu dipaksa menggadai tubuh. Dia? Dia hanya seorang remaja berusia 16 tahun ketika itu, siapa yang mahu mendengar katanya? Tak ada, digagahkan diri memohon bantuan daripada keluarga ayah kandungnya namun apa yang dia dapat?

Dia dihalau, diludah seperti tiada harga diri. Wajah ini yang diherdik di hadapan khalayak ramai ketika itu. Di halau macam dia anjing kurap. Tapi siapa yang tahu? Tak ada siapa.

" Pakcik, tolonglah pakcik.. Saya merayuu pakcik.. Tolong jangan buat ibu macam tu..hiks.. Berhentilah seksa adik saya pakcik. Saya bersujud pakcik, lepaskan kami pakcik daripada semua ini.. "

Pang!

" Diamlah bodoh!! Sampai ke mampos, aku takkan lepaskan korang! "

" Arghh!! " Batrisha terjaga lenanya, dia memandang sekeliling ruang bilik yang suram itu sebelum satu-persatu kisah silamnya diulang tayang.

Ya, dia tak adalah sekuat mana. Dia berubah menjadi dingin disebabkan masa lampaunya yang cukup perit. Air mata yang mengalir satu-persatu itu cukup menggambarkan bertapa sukarnya kehidupannya dahulu.

Dia hanya mampu memandang ahli keluarganya diperlakukan seperti itu tanpa mampu berbuat apa-apa. Adiknya, Nurin Harisha meninggal dunia kerana tekanan emosi yang melampau. Harisha disahkan mengalami kemurungan, trauma dan gangguan mental. Adiknya.. Harisha mati akibat bunuh diri..

Harisha meninggal dunia kerana didapati mengelar nadinya ketika menjalani rawatan psikologi suatu ketika dahulu. Ibunya, Puan Hanani.. meninggal dunia kerana menderita penyakit HIV. Kerana kerja ibu sebagai pemuas nafsu lelaki. Bukan kehendak ibu tapi bapa tirinya yang telah memaksa ibu melacurkan diri untuk hidup. Apa dia boleh buat ketika itu? Tak ada apa, dia hanya mampu tengok.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now