31. Aik?

2.2K 123 3
                                    

Pagi kian menjelma namun penghuni rumah dua tingkat itu masih lagi nyenyak tidur. Batrisha menguap, dia menarik iPad miliknya sebelum membuka email. Surat-surat mahkamah yang dihantar oleh Adam ditilik sekilas. Awal pula Adam hari ini walhal sebenarnya lelaki iti daripada Kuala Terengganu melawat tapak projek terus turun ke mahkamah dan akan ke Kota Kinabalu keesokkan harinya.

Ting! Ting!

Kali ini Batrisha berkerut mendengar bunyi notifikasi yang datang daripada Samsung miliknya. Siapa pula yang mesej dia pukul 7 pagi ni? Itulah, tidur lagi lepas Subuh! Namun melihat sahaja nama yang tertera, dia terus mencuci muka, membersihkan apa yang patut dan menyarungkan kardigan bagi menutup baju lengan pendek yang dipakai. Seluar pendek berganti dengan sehelai track Adidas.

Lalu dia mencapai tudung sarung berwarna hitam yang tergantung di rak tudung miliknya. Samsung dicampak ke dalam poket track berserta sekeping not RM50 dan lantas dengan itu kunci kereta Civic diragut sebelum turun ke tingkat bawah.

" Morning! " laungnya ceria tiba-tiba melihat wajah Fasha yang baru keluar dari ruangan membasuh baju. Oh hari ini mungkin giliran gadis itu mencuci baju?

" Woah, good morning! Hantar Yaya sekolah? " soal Fasha, Batrisha menganggukkan kepala.

" Haah, aku pergi dulu. Jangan masak tau, aku nak beli nasi lemak. " pesan Batrisha yang sudah berada di hadapan pintu.

" Wokey! "

Batrisha senyum, entah kenapa hari ini dia rasa tenang setelah sekian lama. Rasa cerah je pagi dia hari ni! Haih!

Honda Civic itu akhirnya meluncur laju menuju ke taman perumahan mewah yang terletak tak jauh dari kawasan yang mereka duduk. Hampir dua puluh lima minit memandu akhirnya Batrisha sampai di perkarangan banglo mewah itu. Kelihatan si penghuni sudah bersiap sedia menanti di laman rumah.

" Assalamualaikum! " kata Batrisha, Yaya yang sedang memperbetulkan tudungnya terus menerpa mendapatkan kakak Oreo.

" Kakak Oreo!!! " jerit Yaya ceria, Batrisha terus mengangkat tubuh kecil itu ke dalam dukungan. Tawa kecil Kash mengejutkannya. Lupa pula dekat papa Yaya yang tengah lap kereta tu. Hm, dengan slek dan kemeja pun sempat lagi eh polish kereta?

" Waalaikumsalam, ambil beg sekolah dengan beg Yaya cepat. " arah Kash lembut sebelum Yaya turun daripada dukungan Batrisha dan berlari masuk ke dalam rumah.

Kash senyum nipis saat mata bertemu dengan Batrisha.

" Hai. " ujar Batrisha dengan senyuman mengejek, mengejek senyuman tipis Kash tu.

" Hai, happy nampak hari ni? Mimpi putera raja masuk meminang ke? " soal Kash bergurau.

Sebenarnyakan..semalam mereka berdua hanyut berborak hingga pukul 2 pagi. Berborak, bergaduh dan berkongsi cerita. Baru Batrisha tahu yang Kash ni pandailah jugak melawak. Ingatkan keras kejung je, yelah kan lelaki hensem tak semestinya kelakar kan?

" Haah, mimpi Taim Shah. " balas Batrisha bergurau, dan sejak semalam juga dia rasa dia dah kamceng dengan Kash. Bolehlah masuk, Kash ni macam Adam juga. Dia gurau kasar-kasar pun okey, tak judge jadi okeylah. Bukan senang nak bergurau dengan Batrisha okey, kena isi borang dulu! Huh!

Ha kan dah cakap hari ni dia terlebih ceria. Kenapa agaknya ya?

" Taim Shah? Nak ke dia pandang kau? " balas Kash memeluk tubuh sambil ketawa mengusik. Sengaja nak sakitkan hati babysitter anaknya itu.

" Kau pandang rendah dekat aku? Nak kena pukul ke? " balas Batrisha, kali ini dia berpeluk tubuh dengan tangan sebelah lagi mengacu penumbuk pada lelaki yang sedang bersandar di kereta itu.

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now