25. Ha sudah!

2.4K 132 1
                                    

" Weh gemuk, jom dinner. " suara Alef mengejutkan Khairunnisa yang sedang memeriksa rekod pesakitnya. Dia menjeling lelaki yang sedang tersenyum itu sekilas.

" Nak apa? Salam tak ada ke? Dah check IC ke belum? Kau ni Islam ke tak? " sarkastik sahaja jawapan Khairunnisa namun dibalas ketawa galak oleh Alef.

" Amboi garang betul ya doktor! Assalamualaikum ahlan wasahlan! " gurau Alef tersenyum lalu memandang tepat pada Khairunnisa dengan tangan menongkat dagu di atas kaunter.

" Waalaikumsalam, ha nak apa? " rekod pesakit yang selesai diperiksa, diletak kembali pada rak. Kali ini dia sedang memeriksa pula tempahan bilik bedah yang dibuat.

" Jomlah dinner, lately ni kita masing-masing busy. Dah lama aku tak kacau kau, lepak jom? Please? " Alef memuncungkan bibir, sengaja dengan dua jari telunjuk disatukan sekali. Gedik sungguh!

" Dinner acik kaulah, sekarang dah nak pukul 10 Doktor Alef. Jam habis bateri ke? " sekali lagi Khairunnisa membalas sarkastik.

" Bengong! Aku ingat awal lagi! Masuk dalam dewan bedah terus lupa dunia luarlah makcik! Ah lepak jom? " Khairunnisa ketawa melihat aksi lelaki itu.

" Lepak mana je? Aku malaslah. " balas Khairunnisa, dia melepaskan keluhan. Malas dan tak ada mood sebenarnya. Hal pertunangan Nadim yang tiba-tiba itu betul-betul menganggu fikirannya.

" Aku belanja, ala jomlah.. Ajak makan pun susah ye kamu sekarang. Ajak kahwin kang meroyan pulak! " ujar Alef buat kelakar, lantas dengan itu dia mendapat sebuah libasan khas oleh Khairunnisa. Kena libas pakai stetoskop pulak tu!

" Aduh, sorry sorry! Gurau pun tak boleh dah eh sekarang? " lengan yang dilibas itu diusap perlahan dengan senyuman masih meniti di bibir.

" Euw, siapa nak kahwin dengan kau? Tumbuk nak? Doktor ting tong! " Khairunnisa keluar dari ruang kaunter, mereka berjalan beriringan.

" Yelah, siapalah nak dekat aku ni kan. Dahlah hensem banyak daripada Syafiq Kyle. Huhuhu. " kali ini Alef sudah siap sedia daripada dicederakan oleh Khairunnisa, tangan dimasukkan ke dalam poket white coat.

" Yelah, nak lepak makan mana? " soal Khairunnisa menyelamatkan keadaan sebelum Alef keluarkan lagi punch line dia yang langsung tak kelakar tu!

" Aku masak? " kening sebelah diangkat membuatkan mata Khairunnisa terus bersinar-sinar.

" Nak! Nak! Aku nak spaghetti bolognese kau yang super delicious tu weh! Perh lama gila tak makan! " kalu ini suara itu berkata teruja sekaligus mendatangkan tawa Alef.

" Yelah, benda tu je la aku bagi kau makan tiap kali buka puasa dekat UK dulu. Sampaikan pergi kelas pun nak minta bekal tu. Macamlah tak boleh request benda lain. " mereka beriringan menuju ke lif.

" Tak masalahnya dah spaghetti bolognese tu je aku rasa paling sedap aku pernah makan. Carbonara tak minat ah. Creamy sangat, muak! " wajah Alef dipandang lalu dia ketawa. Bukannya Alef tak pernah masak benda lain tapi dia rasa Alef masak spaghetti bolognese je sedap, yang lain semua out! Goreng telur pun boleh hangus, hairan betul dia macam mana spageti Alef masak boleh sedap?

" Yelah cik adik, hamba menurut perintah. Nak lepak mana? Nanti aku datang bawak mangkuk tingkat hahaha! "

" Ingat pergi piknik ke seh? Lepak tasik jom, yang ada court basketball tu. Ah nanti aku send location. By the way, spageti je ke? Aku kena bawak apa? "

Love , Cik BabysitterWhere stories live. Discover now