" Jadi, begini akhirnya kita?"
Sofea Airis memandang wajah sang suami, Haikal Daniel.
Mereka bertatapan sebentar sebelum mata Haikal dihalakan pada lebuhraya yang sunyi sepi.
Kosong hatinya. Sekosong pandangannya menembusi pekat malam.
"Mummy awak tak sukakan saya? Sejak bila? Dan kenapa?"
Sofea sudah mula menangis. Rawan hatinya tidak terkata. Wanita mana yang tidak sedih. Dihalau daripada rumah keluarga mertua setelah selesai majlis bertandang. Terasa maruah diri dipijak dan diinjak sesuka hati.
"Saya tak tahu"
Haikal buntu. Sepanjang jalan dia memikirkan hal yang sama tetapi tetap tidak punya jawapan.
"Awak tidak tahu atau pura-pura tidak tahu?"
Sofea tidak berpuas hati. Mereka dihalau, dihina, ditengking dan suaminya menjawab tidak tahu?
"Semalam mummy masih happy... ceria macam biasa! Sumpah Sofea, kalau saya tahu keadaan akan jadi macam ni.... saya tidak akan ambil risiko untuk buat majlis di rumah keluarga saya!"
"Saya bukan menantu pilihan?"
Haikal mengangguk. Tidak lama kemudian, dia menggeleng pula. Sahlah suaminya itu dalam keadaan yang sangat tertekan.
"Mummy awak tak boleh buat macam ni kat saya, maruah saya dia buang macam tu je. Kalau tak sukakan saya, dia boleh menolak sebelum kita bertunang. Sebelum majlis kat rumah saya pon boleh! Tapi kenapa sekarang?"
"Jangan mendesak saya Sofea! Sekarang ni bukan saya seorang sahaja yang kena halau. Saya pun sama!"
"Tak! Awak tak Haikal... awak keluar dari rumah mummy awak sebab awak ikkut saya. Bukan sebab mummy awak halau awak! Buruk macam mana pun awak, awak tetap anak dia! Saya ni menantu... selamanya akan jadi orang luar!"
Haikal memeluk Sofea. Mhau memberi kekuatan untuk isterinya yang baru dinikahi dua minggu yang lalu. Baru sebentar tadi mereka berdua telah dihalau keluar daripada rumah keluarganya. Mummy dan daddy berubah sikap sebaik sahaja majlis dirumahnya berakhir. Apa yang berlaku, begitu pantas! Susah otaknya mahu menghadam apa yang sebenarnya telah berlaku.
"Kita nak buat apa kat sini? Kita nak kemana..."
Sofea bersuara. Mahu memecah kebuntuan. Tiada kereta yang lalu lalang walaupun arah jam baru menginjak ke angka sebelas malam. Haikal berhentikan kereta di tepi lebuhraya kerana sudah tiada arah mahu dituju.
"Kemana sahaja asalkan hati awak tidak terluka lagi..."
Bahu Sofea dirangkul erat. Labih kuat daripada tadi...
YOU ARE READING
BUKAN PILIHAN DIA
RomanceSofea Airis, wanita yang tegas dan matang dalam menentukan kehidupannya. Takdir tuhan, dia dipertemukan dengan Haikal Daniel dan saling jatuh cinta walaupun dia tahu sejarah silam Haikal Daniel. Mereka berkahwin tanpa Sofea Airis sedari bahawa dia b...