Semakin dekat dengan majlis perkahwinan, hati Sofea Airis semakin berdebar-debar. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu. Setiap malam dia tidak lupa untuk bangun di sepertiga malam untuk mendekatkan diri dengan Allah. Dia tahu, hanya kepada Allah dia letakkan sepenuh pengharapan. Kalendar di tangan dia renung lagi. Tidak kurang daripada tiga minggu majlis perkahwinan antara dia dan Haikal Daniel akan berlansung. Sungguh cepat rasanya masa berjalan. Dia mengeluh lagi. Jam di dinding bilik pula direnung. Menginjak angka 12 tengahari. Sepatutnya selepas zohor nanti, dia akan berjumpa dengan Haikal Daniel seperti kebiasaanya jika hujung minggu menjelma. Tetapi, hari ini perasaannya tidak tenteram. Dia mahu berehat sahaja di rumah. Menghirup milo ais kegemaran dan menonton movie di laptop. Dia mahu lapangkan dada dan kosongkan fikiran. Mahu dibuang seketika perihal perkahwinan dan Haikal Daniel. Mahu menikmati waktu sendirian. Setelah nekad dengan perancangannya tadi, dia megambil handfhone, mahu menghantar whatsapp kepada Haikal Daniel tentang temujanji yang akan ditunda. Namun, belum sempat dia berbuat demikian handfhonenya berdering kuat mintak diangkat. Melihat tiada nama yang keluar di paparan skrin, dia letakkan kembali. Sejak daripada dulu, dia tidak suka menerima panggilan yang tidak dikenali. Dia bangun, mahu ke dapur untuk membuat milo ais. Cuaca di luar pula agak panas. Hurmm, memang sesuai sangat plan aku nak minum milo ais! Sofea Airis senyum.
"Tik"
Handfhone kembali berbunyi tetapi nada bunyi yang berbeza.
Dia mencapai. whatsapp dibuka.
Hampir tercampak handfhone di tangan. Dia terduduk. Lututnya terasa lembik. Berkali-kali dia menatap gambar yang terpampang di skrin handfhone. Antara percaya dan tidak, dia perlu akui gambar itu semua real! Bukan di edit.
Ya Allah!
Inikah jawapan kepada persoalannya kebelakangan ini?
Entah ke berapa kali, gambar itu ditatap lagi. Haikal Daniel dan Melati berpeluk! Bukan sekadar berpeluk biasa... tetapi tanpa seurat benang di tubuh mereka!
Air mata mula bertakung. Segera dia sapu dengan kasar sebelum ia tumpah. Ooh, patutlah Melati meroyan sakan bila dapat tahu aku akan berkahwin dengan Haikal Daniel! Sampai nak bunuh diri. Kalau aku pun, dah serahkan segalanya untuk Haikal Daniel... bukan setakat bunuh diri, aku bunuh Haikal sekali!
Belum sempat dia mahu mendail nama Haikal Daniel, pintu biliknya terkuak... muncul wajah Medina di situ, teman serumahnya.
"Airis... Haikal ada kat bawah! Ehhh, kau kenapa ni?"
Medina menghampiri. Tangan Sofea Airis dicapai. Sejuk semacam!
"Kau ok tak ni? Kau macam orang nampak hantu! Haikal pun pucat semacam kat bawah tu. Korang dah kenapa?"
"Haikal kat bawah?"
Sofea Airis menyoal. Berani betul mamat tu datang ke sini saat-saat macam ni. Memang sengaja menempah maut!
"Aaah, dia kat bawah... dia cari kau... ehhh..."
Belum sempat Medina mahu menghabiskan ayat, dia melihat Sofea Airis telah berlari keluar daripada bilik untuk turun ke bawah. Dengan pantas, dia turut sama berlari ke bawah untuk melihat apa yang telah terjadi antara Sofea Airis dan Haikal Daniel.
Semacam je!
.......................................................................................................................................
"Kita batalkan perkahwinan kita! Kita batalkan!"
Sofea Airis terasa mahu menjerit. Bukan setakat menjerit, dia mahu menerkam, menumbuk dan mencekik lelaki di depannya ini tetapi dia masih lagi waras. Dia tidak mahu bersikap gila untuk lelaki macam Haikal Daniel.
YOU ARE READING
BUKAN PILIHAN DIA
RomanceSofea Airis, wanita yang tegas dan matang dalam menentukan kehidupannya. Takdir tuhan, dia dipertemukan dengan Haikal Daniel dan saling jatuh cinta walaupun dia tahu sejarah silam Haikal Daniel. Mereka berkahwin tanpa Sofea Airis sedari bahawa dia b...